pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, November 11, 2011

BERITA!! DASAR KERAJAAN KEDAH, MENYEBABKAN RUMAH MAHAL!!



Harga rumah di Kedah terutama dalam kawasan bandar raya ini meningkat dengan ketara dalam tempoh tiga tahun lepas berpunca dasar kerajaan Pas Kedah mengubah kuota dan syarat tanah yang hendak dimajukan.

Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Kedah, Badrulhisham Hashim yang membuat dakwaan itu berkata kenaikan tersebut menyeksa dan membebankan rakyat negeri ini yang hendak membeli rumah.

Menurutnya rumah teres dua tingkat pada 2008 berharga purata RM180,000 meningkat kepada RM220,00 pada 2009 dan tahun lepas meningkat kepada RM260,000 dan RM320,000 pada tahun ini.

“Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah,” katanya di pejabat MCA Alor Setar di sini, hari ini.

Selepas memenangi pilihan raya umum 2008, kerajaan Pas Kedah mengubah kuota peruntukan rumah daripada 30 peratus Bumiputera, 70 bukan Bumiputera kepada 50:50 untuk setiap projek perumahan swasta selain mengetatkan syarat penukaran status tanah yang hendak dimajukan.

Badrulhisham yang juga Ketua Pemuda UMNO Kedah berkata tinjauan dan kaji selidik pasukan petugas Pemuda MCA Alor Setar mendapati kenaikan sehingga 20 peratus berlaku setiap tahun sejak 2009.

Beliau memberi contoh projek perumahan rumah teres dua tingkat Taman Saga di sini yang sedang dibina ditawarkan pada harga RM360,000 seunit dan dianggap tidak munasabah.

Katanya pendapatan perkapita penduduk Kedah kira-kira RM15,000 setahun atau RM1,300 sebulan perlu naik kepada sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan untuk layak membeli rumah tersebut.

Dasar tersebut menyebabkan pemaju tidak berani melabur untuk membina lebih banyak rumah kerana bimbang tidak dapat menjualnya, katanya.

Beliau yang kecewa dengan trend serius ini mencabar kerajaan Pas Kedah menyediakan rumah untuk rakyat terutama di luar bandar seperti di Padang Terap, Sik dan Baling.

Ketua Pasukan Petugas Pemuda MCA Alor Setar, Tan Chee Hiong pula mendakwa menerima maklumat terdapat 100 projek perumahan bernilai RM1 bilion yang dibawa untuk kelulusan Exco kerajaan negeri langsung tidak dibacakan untuk diminitkan dalam mesyuarat.

Beliau turut mendakwa banyak projek besar di Sungai Petani dibekukan sementara berikutan masalah bekalan air. - MediaUMNO

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog