pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, February 14, 2013

Hot !!! Pendedahan Bukti Adun PAS Kedah Menghina Menteri Besar Kedah



Semakin hari semakin panas isu kontroversi Adun PAS, Nasir Mustafa menghina Azizan Razak di dalam saluran keyrod@kubangrotan hanya di sebabkan ketidak puasan hatinya dengan tindakan Azizan Razak menghadirkan diri ke program anjuran Kerajaan Pusat, My Beautyful Malaysia

Sebelum ini di sebabkan pendedahan rakaman Audio tersebut, blogger upahan PAS Kedah telah memfitnah cybertrooper pro BN dengan mengatakan rakaman audio berkenaan di cipta cybertrooper pro BN ( klik sini ). Namun terkantoi setelah Nasir Mustafa mengakui di dalam akhbar tempatan bahawa saluran berkenaan merupakan saluran kepunyaanya. 
Di sebalik pengakuan Nasir Mustafa bahawa saluran keyrod@kubangrotan miliknya, Nasir Mustafa telah menafikan rakaman suara yang mengkritik Azizan Razak seperti mana yang di dedahkan dan ingin mengambil tindakan menyaman blogger dari Team Media Kedah.

Sehubungan dengan itu, Team Media Kedah yang di ketuai blogger Kedah Ke KL ( McTheory ) telah mendedahkan satu persatu bukti yang menunjukan Nasir Mustafa terlibat di dalam menghina Azizan Razak.



Mc ada terbaca kenyataan Nasir Mustafa dalam Sinar Harian hari ni. Nasir ni, untuk pengetahuan pembaca, dia Adun Pas yang pemalas nak mampuih. Adun Pas Kubang Rotan yang sangat benci pada Azizan, malah Adun Pas ni yang saman penyokong Pas sendiri disebabkan salah faham mengenai jalan kampung.

Baru-baru ni Mc ada buat pendedahan mengenai rakaman audio si Nasir ni kutuk MB Kedah Azizan Razak, malah Nasir dan gengnya berjanji untuk gulingkan Azizan di Sungai Limau. Tapi pagi tadi si Nasir ni menafikan dan katakan rakaman audio yang dikatakan suaranya tu fitnah!

Nak dengar rakaman audio dari yang pernah Mc dedahkan, boleh dengar kat SINI

Nasir juga kata keyrod@Kubangrotan tu miliknya, malah dalam tu ada lebih 100 orang ahli. Disini Mc nak terangkan, program 'Zello' keyrod@kubangrotan yang Nasir kata tu, sebenarnya hanya ada 12 orang saja. 12 orang dalam tu, semua geng Nasir, hari-hari kutuk MB Kedah saja kerja depa.

Mc pun ada dalam tu, tapi Mc diam dan dengar apa yang puak Pas dok sembang. Nasir tak mengaku, malah menipu. Kat bawah ni Mc nak bagi senarai ahli Pas Kubang Rotan yang duduk bersembang dalam channel Keyrod@kubangRotan tu.
 

Ini senarai dalam Zello tu..

'Not in the contacts' bermaksud, nama dalam senarai diatas tu takdak dalam list contact hp Mc.
Tengok hanya ada 13 orang ahli, termasuk Mc..
List kat atas tu, list mereka yang aktif berbual dalam Zello. Nasir kata dia jarang berbual, tapi sebenarnya dia diantara yang aktif dan JAYAMNMS tu adalah 'NICKNAME' Nasir dalam Zello dan juga emailnya.

Tak percaya? Nak Mc buktikan? Tengok kat bawah lagi,
 


Setelah carian google dibuat, pada JAYAMNMS, muncul blog Nasir dan user profile Nasir. Bila Mc KLIK pada FLICKR JAYAMNMS, terus naik gambar kat bawah ni.

Gambar Nasir bersama peminatnya. Jadi siapa punya JAYAMNMS ini? Rasanya pembaca sendiri pun tahu "nickname" JAYAMNMS tu sapa punya kann.

Lagi satu, kalau Nasir kata dia tak kenai 12 orang dalam list tu. Nampak sangat dia sedang berbohong, seperti mana yang dia selalu buat. 12 orang dalam Keyrod@KubangRotan tu semua ahli Pas yang Nasir kenal, malah Mc boleh dedahkan gambar mereka satu persatu!

Ohh.. lupa pulak, untuk pengetahuan pembaca semua, selepas pendedahan audio Nasir kutuk Azizan, channel keyrod@kubangrotan telah diletakan password.

Kemudian, geng Nasir buat satu lagi channel untuk depa, iaitu keyrodcrew@KubangRotan. Channel baru ni orang luar tak boleh masuk dan keyrod@kubangrotan yang diletak password tadi tu telah dibuang passwordnya.

Maknanya sekarang, sesiapa pun boleh masuk ke channel keyrod@kubangrotan, sebab Nasir dan gengnya sudah ada channel baru untuk kutuk Azizan dan Kerajaan negeri Kedah. Kalau benar Nasir dan gengnya telus, kenapa perlu buat channel lagi satu? he he..

Pada Nasir, kalau berani SILA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG!! Kalau benarlah Mc dan rakan-rakan sudah memfitnahnya! Sebab Mc dan sahabat ada banyak bukti, dan boleh membuktikan itu Nasir Mustafa.

Kalau hang salah SAMAN! Nescaya sudah tentu, SAMAN BALAS akan dibuat! Kita boleh gunakan graf nada suara dan pengecaman suara untuk buktikan suara Nasir dalam rakaman tersebut. Ada berani?


P/s: Ada sahabat cadangkan, suruh Nasir sumpah laknat! Tapi bagi Mc, sumpah laknat tak berkesan bagi puak SYIAH ni..
Kedah Ke KL 

HOT !!! Jeffrey : Gelaran Anwar ‘Huguan Siou’, Penghinaan KadazanDusun Murut

The controversial picture of Anwar wearing the headgear which is the one used only by the supremo of the Kadazan  people.-2.jpg

AIDCnews – 13/02/13 – Pemberian gelaran “Huguan Siou” kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu penghinaan terhadap adat masyarakat KadazanDusun Murut (KDM), kata pengerusi Parti Pembaharuan Negeri (STAR) Jeffrey Kitingan.

“Ia adalah satu penghinaan terhadap adat dan institusi komuniti KDM,”kata Jeffey kepada FMT.

Jeffrey yang juga Pengerusi Barisan Bersatu Borneo dan bekas Naib Presiden PKR berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tentang Anwar yang dikurniakan gelaran “Huguan Siou” yang diberikan PKR Ranau ketika beliau melawat Kampung Paginatan, Sabah, pada hari Ahad.

Foto-foto Anwar yang memakai tanjak (sigar) dan selendang bertulis “Huguan Siou” disebar luas oleh Ketua PKR Ranau, Jonathan Yasin di laman sosial peribadinya.

Huguan Siou merupakan satu gelaran tertinggi yang bersamaan dengan maksud pemimpin penting dalam masyarakat KDM. Ia dikurniakan oleh Majlis Kebudayaan Kadazan Dusun.

Gelaran itu sekarang disandang oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joseph Pairin Kitingan.

Jeffrey berkata gelaran itu diberikan kepada Anwar semata-mata untuk membodek Ketua Umum PKR demi untuk memanjang karier politik mereka di negeri itu.

“Pemimpin-pemimpin itu ‘menjual ‘ adat resam mereka semata-mata bekepentingan pertibadi. Mereka beri (gelaran itu kepada Anwar) sebab mereka mahu bodek boss mereka (Anwar) dalam usaha untuk menjadi calon.

“Mereka yang meneruskan amalan itu adalah biadap terhadap masyarakat KadazanDusun Murut,”kata Jeffrey yang juga adik kepada Pairin Kitingan.

Kesilapan besar

Sementara itu, Ahli parlimen Kota Belud, YB Dato’ Abd Rahman Dahlan berkata PKR Sabah telah melakukan kesilapan besar dengan memberikan gelaran yang Anwar tidak layak menerimanya.


“Bagaimana seseorang boleh memberi gelaran kepada seseorang yang tidak layak? Ia adalah gelaran yang suci … Anda tidak boleh datang dalam helikopter untuk menghadiri ceramah politik dan mendapat gelaran itu, katanya yang merujuk kempen politik Anwar di Sabah.

Menurutnya, Anwar sebelum ini pernah digelar oleh isterinya yang juga Presiden PKR sebagai Anugerah Tuhan dalam Kongres PKR 2010, namun satu gelaran masih belum mencukupi kepadanya.

“Dia (Anwar) sudah digelar ‘Anugerah Tuhan’ untuk rakyat Malaysia, tetapi ia masih belum berpuas hati. Dia mahu jadi ‘Raja’ kepada rakyat Malaysia,”katanya

Biaq Betul kerajaan Malaysia Akan Menzalimi Rakyat Selepas Dapat BR1M 2,0 ???


Sekarang ni puak Pakatan haram dok main cerita di kedai kopi bahawa Kerajaan Malaysia akan menzalimi rakyat setelah bagi BR1M 2.0. Kerajaan Malaysia hanya beri BR1M 2.0 untuk menarik perhatian rakyat untuk undi BN pada PRU 13 sahaja dan selepas itu tidak akan adap apa-apa bantuan akan di berikan.

Namun di sebalik fitnah yang di jaja oleh puak Pakatan Haram, YAB DS Najib Razak telah mengumumkan berita baik untuk rakyat di Malaysia bahawa Kerajaan Malaysia pentadbiran Barisan Nasional menjamin akan  meneruskan bantuan kepada rakyat melaui BR1M 3.0 dan BR1M 4.0 sekiranya BN terus di beri mandat.
Kulaijaya: Datuk Seri Najib Razak semalam memberi jaminan kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 dan BR1M 4.0.

Perdana Menteri berkata, BR1M yang memberi manfaat langsung kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang akan diteruskan jika BN terus diberi mandat membela rakyat. 

Lebih banyak insentif seperti BRIM akan disalurkan kepada rakyat, jika Barisan Nasional (BN) mendapat mandat besar pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, katanya.

Beliau berkata, pelaksanaan pelbagai program transformasi ekonomi oleh pentadbirannya bukan saja berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi semasa, tetapi menambah pendapatan negara yang membolehkan pelbagai manfaat disalurkan kepada rakyat.

BR1M adalah program denyut nadi rakyat yang inklusif dan adil berbeza dengan janji pembangkang yang hanya menjual janji selain mendidik rakyat melanggar undang-undang menerusi perhimpunan jalanan.

BR1M 2.0 banyak beri faedah kepada rakyat tapi pembangkang buat Bersih 1 dan Bersih 2 tapi apa faedah kepada rakyat?.

Barisan Nasional buat BR1M 1.0, BR1M 2.0... BR1M 3, BR1M 4 dan banyak lagi dan setiap kali buat BR1M, dia (bantuan) akan tambah lagi... ini bezanya kita (BN) dengan pembangkang, katanya berucap kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir pada sambutan Tahun Baru Cina peringkat Johor di pekarangan pasar raya Econsave dekat Senai di sini, petang semalam.
Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Najib berkata, kerajaan tidak hanya menabur atau menjual janji seperti pakatan pembangkang yang hanya tahu menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma, menghapuskan tol serta mengurangkan harga minyak, tanpa menerangkan kesannya kepada rakyat dan negara.

Kerajaan BN tidak main atau jual janji, kita tak janji kalau tak mampu, kata disambut tepukan gemuruh hadirin.

Perdana Menteri berkata, sebaliknya kerajaan menumpukan kepada program langsung seperti 139 produk 1Malaysia seperti BR1M, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) dan banyak lagi program bagi membantu rakyat secara langsung selain melaksanakan program transformasi ekonomi.

Najib berkata, pasaran saham negara juga sedang menunggu mandat yang jelas daripada rakyat kepada kerajaan BN, yang akan menyaksikan ia melonjak kepada tahap lebih tinggi dan keyakinan pelabur melambung.

Semua akan menerima faedahnya jika kita (rakyat) membuat keputusan tepat, katanya yang menegaskan pelbagai manfaat dinikmati rakyat ketika ini adalah hasil kejayaan program transformasi ekonomi yang membuktikan kerajaan BN menepati segala janji dibuatnya.- BH

Pisau Kedah :-

Janji BN Janji Di Tepati, Janji Pakatan Haram Merupakan Janji Di Capati 

Wednesday, February 13, 2013

Hot !!! Mat Sabu Bagi Isyarat Bahawa Malaysia Akan Huru Hara Sekiranya Pakatan Haram Kalah.



Sudah jelas, Pakatan Haram melalui kenyataan Mat Sabu Komunis telah menunjukan Pakatan Haram mempunyai niat ingin menjadikan Malaysia huru hara seperti mana " Arab Spring " sekiranya Pakatan Haram tewas dalam PRU 13 ini.
" Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat ".- Mat Sabu
Pastinya kekalahan  Pakatan Haram di PRU 13 ini akan di jadikan alasan bahawa pilihan raya  umum tidak telus oleh Pakatan Haram untuk mereka menghuru harakan Malaysia yang kini dalam keadaan tenang dan harmoni kehidupan dalam berbilang kaum.

Lihat la... Sebelum mentadbir negara, Pakatan Haram sanggup mengadaikan keamanan dan keharmonian Malaysia. Bagaimana pulak sekiranya mereka berkuasa kelak ??

Ternyata Pakatan Haram hanya mahukan kuasa semata-mata sahaja bukannya berniat menjaga keharmonian Malaysia yang telah di bentuk BN selepas Kemerdekaan.





Pencacai DAP Yang Tunjuk Isyarat Lucah Kepada DYMM Raja Pemaisuri Agong Di Hukum Penjara

 
PULAU PINANG: Lelaki yang menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong dan anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Isnin lalu dijatuhkan hukuman penjara 30 hari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret, sebentar tadi.

Hukuman diputuskan Majistret Muhamad Hidayat Wahab.- HM

Patutnya di hukum lucut kerakyatan saja kepada bangsat pencacai DAP ni semoga ia menjadi pengajaran kepada pencacai-pencacai Pakatan Haram yang lain.

Panas !!! Pakatan Haram Pulau Pinang Ketakutan Dengan Kebenaran Laungan YES For BN


Di sebalik isu sambutan Tahun Baru Cina yang di adakan di Pulau Pinang baru-baru ini, ternyata dan jelas bahawa Pakatan Haram Pulau Pinang sedang berada di dalam ketakutan setelah program yang di anjurkan parti Komponen dalam BN mendapat sambutan hangat dari golongan anak muda Cina.

Demi mahu menutup ketakutan terhadap program yang di anjurkan parti komponen dalam BN, Pakatan Haram telah mengarahkan penyokong-penyokongnya ke program berkenaan untuk sabotaj ucapan yang telah di sampaikan YAB DS Najib Razak di program berkenaan dengan membuat provokasi melampau.

Ketika penyokong Pakatan Haram membuat provokasi terhadap ucapan YAB DS Najib Razak, kumpulan terbabit telah membuat rakaman ketika melaungkan perkataan "NO" dengan nada yang kuat dan berdekatan dengan kumpulan Penyokong Pakatan Haram berkenaan supaya rakaman video berkenaan jelas dapat merakam laungan " NO " dari mereka ketika YAB DS Najib Razak bertanya kepada hadirin " Are You Ready For BN ? ".


Sekiranya video di rakam secara menyeluruh dan jauh dari kumpulan penyokong Pakatan Haram melakukan provokasi, ternyata laungan " NO " dapat di tengelami dengan laungan " YES " di sebalik pertanyaan YAB DS Najib Razak " Are You Ready For BN ? ".


Semua kita tahu, tujuan penyokong Pakatan Haram di hantar ke program berkenaan hanyalah untuk menganggu sahaja. Tindakan provokasi sememangnya sudah di rancang kumpulan terbabit supaya imej YAB DS Najib Razak dapat di jatuhkan di mata rakyat dan rakyat mempercayai segala penipuan mereka.

Pisau Kedah yakin, Pakatan Haram sememangnya berada dalam ketakutan untuk berhadapan dengan impak sambutan program berkenaan dari golongan anak muda Cina. Sebab itu lah Pakatan Haram telah mengarahkan penyokongnya membuat gangguan di program berkenaan setelah cubaan mereka mengagalkan kehadiran penyanyi populor Korea, PSY menemui jalan buntu.

Panas !!! Akhirnya Blogger Belaan PAS Kedah Kantoi Fitnah Cybertrooper Pro BN



Akhirnya blogger pencacai penjilat PAS Kedah belaan Zulkifli Yahaya ( Zul Ya ) kantoi mengfitnah cybertrooper pro BN berkenaan rakaman suara yang di ambil melalui application Zello dalam group keyrod@kubangrotan, group yang di ketuai oleh YB Nasir Mustafa, Adun Kubang Rotan.

Dalam posting yang di buat blogger pencacai penjilat PAS Kedah, mereka menuduh Blogger dari kalangan cybertrooper pro BN yang bertanggungjawap mencipta dan sengaja mengada-adakan rakaman tersebut supaya dapat melaga-lagakan di antara pemimpin-pemimpin PAS.



Di sebalik tuduhan yang di buat blogger penjilat PAS Kedah belaan Zul Ya terhadap cybertrooper pro BN, Adun Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa tampil memberi kenyataan bahawa group keyrod@kubnagrotan dalam application Zello merupakan group kepunyaannya dalam akhbar Sinar Harian ( klik sini ).

YB Nasir Mustafa telah menafikan bahawa dia merupakan individu yang mengkritik Azizan Razak, sebaliknya individu yang mengkritik Azizan Razak adalah dari pihak yang tidak berpuas hati dalam group keyrod@kubangrotan dengan kehadiran Azizan Razak ke program Pusat, My Beautyful Malaysia.
Mohd Nasir ketika ditemui menafikan suara yang dirakamkan dalam audio terbabit yang membincangkan topik itu miliknya, namun mengakui beliau bertanggung jawab membangunkan saluran keyrod@KubangRotan, yang dimuat turun melalui Zello.

“Ketika ahli kumpulan bahas isu tu, saya tak sertai kerana ada program lain. Memang benar nama saya disebut tetapi saya tidak respon kerana saya tidak aktif ketika itu. Saya dengar rakaman itu semula tetapi tidak pasti siapa yang terlibat,” katanya.

Menurutnya, dalam perbincangan itu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Azizan ke program Pusat itu mengkritik secara terang-terangan.
Sudah terang dan jelas bahawa rakaman audio berkenaan di akui oleh YB Nasir Mustafa sememangnya wujud dalam group keyrod@kubangrotan. 

Di bawah ini merupakan rakaman audio yang di ambil dalam keyrod@kubangrotan. Masih ada rakaman yang belum di dedahkan lagi.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog