pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 29, 2013

Panas !!! Kunjungan Nik Aziz Ke Pulau Pinang Hanyalah Sandiwara Untuk Menyelamatkan DAP Dan PKR

tgna_karpal_bd copy

Kecoh betul di laman lidah rasmi PAS, Harakahdaily dan blog-blog pro-PAS semalam mengenai kunjungan Mursyidul Am PAS ke Pulau Pinang dan telah mengadakan pertemuan dengan seorang Bishop Katolik, Sebastian Francis di sana.

Kononnya, dengan pertemuan antara Nik Aziz dan Bishop tersebut, ia akan meredakan ketegangan yang tercetus dari isu penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu untuk edaran di Semenanjung Malaysia.

Malah dalam lawatan Nik Aziz ke negeri jajahan Guan Eng itu, dia telah menyambut harijadinya di kediaman Pengerusi DAP dan Karpal Singh telah menghadiahkan sebiji kek harijadi padanya dalam lawatan tersebut.

Kononnya, mereka berdua “mesra”lah, kan? Memanglah “mesra semacam” saja bila Nik Aziz dan Karpal dikatakan berbicara mengenai pemecatan Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari Majlis Syura PAS…

Apatah lagi bila laporan mengenai kunjungan Nik Aziz ke rumah Karpal dan pertemua dengan Bishop itu tidak menyentuh langsung tentang soal penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu…

Cuba sebut tentang isu itu, saya yakin Nik Aziz takkan lama di Pulau Pinang…kan?

Sepanjang lawatan Nik Aziz di Pulau Pinang, tiada sebarang laporan pun dari media-media pro-pembangkang yang melaporkan tentang sebarang perbincangan mengenai isu kalimah “Allah” berlangsung di antara Nik Aziz dengan pemimpin DAP atau Bishop tersebut.

Malah cakap-cakap mulut di kalangan para penyokong PAS di sebelah utara semenanjung menyifatkan lawatan Nik Aziz itu hanyalah sekadar propaganda untuk meredakan kemarahan mereka terhadap DAP dan PKR yang mahu kalimah “Allah” tercemar di negara Islam ini.

Kata mereka, mereka tidak sekali-kali akan tertipu dan percaya lagi dengan mainan propaganda tersebut selagi DAP dan PKR menurut kehendak Majlis Syura PAS yang mahu hak eksklusif penggunaan kalimah “Allah” itu dikekalkan sebagaimana yang ditetapkan kerajaan selama ini.

Paling menarik, sekumpulan penyokong PAS yang saya temui di Sungai Petani tadi berkata, biarlah PAS tidak memerintah sehingga kiamat asalkan kalimah “Allah” tidak dicemari DAP dan PKR, serta Islam tidak dicabar oleh kedua sekutu parti mereka.

Sebenarnya, para penyokong PAS sudah lama memendam rasa dan menahan sabar dengan kerenah DAP dan PKR yang sejak lima tahun dulu memandang “lekeh” pada parti mereka serta mencabar perjuangan parti “bulan” itu.

Malangnya, mereka mendakwa para pemimpin PAS sendiri sangat lemah dan terlalu “beri muka” kepada DAP dan PKR sehingga kedua parti pembangkang itu “naik kepala” dan “tumbuh tanduk syaitan di atas kepala”.

Tekad mereka, tiada lagi undi yang akan diberikan kepada DAP dan PKR pada PRU ke-13 nanti. Mereka tidak akan meninggalkan parti, tapi para penyokong PAS ini akan “mengajar” DAP dan PKR tentang “akar umbi PAS bukannya keldai seperti para pemimpin mereka”.

Salah seorang rakan PAS saya yang terkenal dengan sokongan terhadap gerakan Syi’ah di utara berkata, PAS sepatutnya keluar dari Pakatan Haram, tapi dia yakin bahawa para pemimpin PAS takkan berani buta begitu.

Bila ditanya sebab dia berkata begitu, selamba saja dia berkata, memang pemimpin PAS di zaman ini tidak sama dengan pemimpin PAS di zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, mereka semuanya gila kuasa dan jawatan politik!

Persoalannya, bila para penyokong PAS sendiri pun sudah mengamuk dan bersuara begini, maka memang benarlah kedudukan PAS hanya berada “di bawah tapak kaki” DAP dan PKR. Hina sungguh sehingga sanggup menjual agama demi kuasa.

Sekurang-kurangnya DAP masih sayangkan agama mereka (Kristian) dan Anwar masih sayang pada cita-citanya (nak jadi PM). PAS masih sayangkan Islam lagi, kah?- MYKMU


Panas !!! Pemecatan Ustaz Nasha Bercangah Dari Garis Panduan Parti PAS


Ramai yang terkejut dengan tindakan yang di ambil Majlis Syura Ulama PAS memecat Ustaz Nasha dari memegang  jawatan keanggotaan dalam Majlis Syura Ulama PAS. 
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut. 

Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. 

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. 

Pengesahan ini diumumkan sejurus Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini. 
Sebelum ini, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib dirinya. 

Ianya berikutan kenyataan beliau yang menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud. 

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan beliau. 
Sambung baca SINI 
Pisau Kedah berani kata, pemecatan Ustaz Nasha dari jawatan dalam Majlis Syura Ulama PAS sebenarnya ada tekanan dari pihak luar yang mahukan Ustaz Nasha di jatuhkan dalam PAS supaya kelantangan Ustaz Nasha bersuara di dalam memertabatkan Islam tidak merosakan perhubungan antara PAS dan parti lain dalam Pakaran Haram.

Sekira hendak di ikutkan, pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama PAS sebenarnya tidak mengikut sistem garis panduan sebenar sepertimana yang berlaku terhadap Hasan Ali yang di pecat dari PAS.

Hukuman di jatuhkan dengan tidak di beri ruang untuk membela diri !!!

Menurut kenyataan, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada 07 September 2012. " Pemecatan ahli Majlis Syura Ulama PAS bukannya di bawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama PAS. Parti PAS mempunyai sistem untuk memecat ahlinya iaitu melalui Lajnah Displin PAS dan ianya perlu di perbincangkan terlebih dahulu sebelum tindakan di ambil. ".

Apa yang dapat kita lihat pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama PAS sebenarnya tidak mengikut garis panduan yang di tetapkan dalam PAS, Majlis Syura Ulama PAS tidak berhak menggugurkan ahlinya sendiri sebelum keputusan di perbincangkan dalam Lajnah Displin PAS.

PAS kini di lihat lebih suka mengambil tindakan terburu-buru di dalam membuat keputusan seolah-olah ada pihak yang mempunyai kuasa memberi tekanan kepada pentadbiran parti PAS.

Panas !!!! YB PAS Kedah Tipu Penduduk Kampung Dah Mula Panas Pungkoq



Setelah pendedahan dilakukan oleh media berkenaan kes penipuan YB Pas ambil duit orang kampung, kononnya untuk keluar geran tanah.

Pendedahan tersebut boleh baca kat SINI dan SINI. Kalau tak baca sudah tentu anda semua tak tahu cerita sebenar.

Selepas pendedahan tersebut, blog Kamera Kupang telah mendedahkan jawapan dari Pejabat Adun Pas Kupang. Maknanya Cikgu Joe dah panas pungkoq dengan pendedahan media terhadapnya. 

Memang puak pencacai Pas ini bodoh takdak dah. Korang kena dengar betul apa pakcik Tahak Lahamad kata, malah kami ada rakaman pakcik Tahak dalam video kat bawah.

Pakcik ni tak cakap pun dia yang mohon tanah tu...tapi nama beberapa orang anaknya yang memohon. Resit yang dikeluarkan bukan atas namanya tapi atas nama anak-anaknya. Cuma dia yang mengusahakan tanah-tanah tu. 

Tak percaya, dengar betul-betul apa pakcik Tahak tu kata.

Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi. 

he he he.. nampaknya Cikgu Joe dah mula rasa panas punggung. Tu la orang suruh buat kerja elok-elok, tapi hangpa dok tipu orang kampung. Kalau nak kata hangpa tolong orang kampung pun agak-agak la. Dah hampir 3 tahun, senyap dan sunyi tanpa berita.

Malah tanah di Gunung Inas tu dah diberikan pada orang lain. Bukan ini saja bukti kami, kami ada banyak lagi bukti wahai Cikgu Joe. Kalau Azizan nak jawab, biar dia jawab. Kita tengok apa kata MB taktau apa tu nak bersuara juga.Kedah Ke KL

Monday, January 28, 2013

Panas !!! Komen DS Najib Razak Mengenai Pemecatan Ustaz Nasha Dari Majlis Syura PAS



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipecat kerana memberi keuntungan kepada Umno daripada menguntungkan Pas ekoran lawatannya ke Gaza.

Beliau berkata, Nasharudin tidak pernah berbincang dengannya mengenai soal parti dalam pertemuan mereka dan juga tidak menidakkan mana-mana parti.

Menurutnya, Nasharudin hanya memperjuangkan prinsipnya untuk menyatukan ummah.

Justeru beliau juga berkata, Pas perlu menghargai perjuangan yang dibuat dan tidak memikirkan keuntungan parti semata-mata.

"Walaupun dikatakan beliau (Nasharudin) disebabkan kegagalannya menghadiri Syura, tapi masa pemecatan beliau setelah kembali ke tanah air membuat lawatan ke Gaza."... memberi persepsi beliau ada kaitan dengan lawatan tersebut, pada hal Nasharudin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta tidak menidakkan parti politik.

"Beliau pentingkan perpaduan untuk wujudkan satu ummah, ini pendiriannya, tetapi beliau telah dikenakan tindakan walaupun mempunyai niat yang baik," katanya kepada pemberita di PWTC hari ini di sini.

Semalam, Sinar Harian Online membawa laporan memetik Majlis Syura Pas mengesahkan beliau dilucutkan keanggotaan dari badan tertinggi itu.

Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura.

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.

“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” katanya.

Mengulas lanjut Najib yang juga Presiden Umno berkata, Nasharudin tidak pernah memburukkan mana-mana pihak di setiap pertemuan yang berlangsung.

Katanya, seharusnya lawatan yang dibuat oleh Nasharudin dilihat untuk kepentingan ummah oleh Pas bukan menyoalkan keuntungan mana-mana parti.

"Mereka sepatutnya melihat lawatan ini untuk penyatuan ummah.

"Tetapi mereka lebih melihat menguntungkan kerajaan, Umno dan tidak menguntungkan Pas, jadi sebab itulah mereka mengambil tindakan terhadap Nasharudin," katanya.- Sinar

Panas !!! Kenyataan Ustaz Nasha Bila Mengetahui Dirinya Di Pecat Dari Majlis Syura PAS


Ramai yang tertanya-tanya, apakah komen Ustaz Nasha setelah beliau mengetahui akan tindakan yang di ambil PAS melucutkan jawatannya di dalam Majlis Syura Ulama PAS.

Sebagai seorang yang berpegang teguh kepada prinsip mendaulatkan Islam. Ustaz Nasha menerima dengan redha nasib yang di terima beliau.

Mari kita baca komen dari Ustaz Nasha bila mengetahui di pecat dari jawatan dalam Majlis Syura Ulama PAS.  
Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

Pisau Kedah yakin, pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama PAS tentu ada tekanan dari pihak  parasit dalam PAS yang berpaksikan DAP dan PKR

Video Menarik !!! Puluhan Ribuan Menyambut Kepulangan PM Dari Gaza



Alhamdulillah.. Bersyukur kita kepada Allah S.W.T kerana Perdana Menteri kita, DS Najib Razak bersama rombongannya selamat pergi dan selamat pulang dari Gaza, Palestin.

Berita Panas Untuk Anak Muda Di Kedah !!!!


Jom ramai-ramai anak muda di Kedah serbu Himpunan Orang Muda Kedah Bersama Perdana Menteri pada 31 Januari 2013, jam 3.00 petang di Kompleks Sukan Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar.

Pelbagai program serta hadiah yang menarik menanti anda selama tiga hari.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog