Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan bagaimana terjadinya satu kekecohan di PWTC pada petang kelmarin setelah sekumpulan puak yang menjadi pencacai PAS Kelantan untuk menuntut Royalty minyak dari pihak Kerajaan Malaysia.( Klik Sini ) Semalam banyak media di kalangan pro Pakatan Haram menuduh pihak pemuda UMNO menjadi samseng setelah di katakan mengasari puak-puak yang menjadi kambing hitam PAS Kelantan di dalam menuntut Royalty Minyak dari Kerajaan Malaysia, namun ianya hanyalah fitnah semata-mata apabila Saudara Armand, dari Pemuda UMNO Malaysia yang bertanggungjawap menghalang puak-puak Royalty PAS Kelantan menafikan perkara tersebut.
Giler panas hati gua dengan cacing kerawit geng-geng Tuntut Royalti Minyak Kelantan datang buat onar kat Perhimpunan Agung UMNO petang tadi.
Berani geng haram jadah nie masuk rumah UMNO buat onar cari pasal masa PM sedang buat taklimat presiden kepada perwakilan yang datang.
Mujurlah Naib Pengerusi Unit PIDATO Pemuda Barisan Nasional, Sdr Armand datang menenangkan suasana yang pada mulanya hampir tegang. Armand dengan secara baik meminta kumpulan Royalti ini ke Restoren Riverside jika ingin membuat "Press Con" tetapi kedegilan kumpulan Royalti ini tetap mahu buat Press Con kat luar dewan ketika PM sedang memberi taklimat.
Hasil perbincangan antara Armand dan wakil kumpulan akhirnya mereka akur dan setuju untuk keluar dari mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Menurut sumber yang boleh dipercayai, perancangan dan persetujuan asal antara wakil Royalti dan pihak pwtc adalah perjumpaan dibuat di sebuah restoren tetapi geng bangang ni tetap jugak nak buat onar cari pasal.
Kat sini gua share kan skit gambar-gambar bibit-bibit yang hampir mencetuskan rusuhan gak tadi cuma lebih banyak gambar-gambar eksklusif dan panas dalam entri jam 8 malam ini.
AYER LANAS – Pelik dan unik. Itulah gambaran pisang belalai gajah kerana bentuknya yang seakan belalai ditambah kepanjangan tandan mampu mencecah tiga meter.
Mungkin disebabkan jarang didapati, pokok pisang berkenaan yang ditanam seorang penduduk di sini, menjadi tumpuan.
Penduduk, Zariah Yaacob, awal 60-an, berkata, dia menanam pisang tersebut hampir setahun dan hanya mengeluarkan hasil beberapa minggu lalu.
Menurutnya, pisang belalai gajah jarang ditanam memandangkan benihnya hanya diperoleh dari negara jiran, Thailand
“Saya tanam pisang tersebut berdekatan garaj kereta depan rumah sekadar untuk perhiasan.
“Keunikannya menarik perhatian ramai terutama penduduk sekitar yang teruja melihat panjangnya hampir tiga meter,” katanya.
Zariah atau digelar Mok Yoh oleh penduduk kampung berkata, pisang tersebut boleh dimakan, cuma buahnya berlendir.
Sementara itu, jiran Zariah, Wizzura berkata, bentuk pisang belalai gajah tersebut memang pelik dan unik.
Menurutnya, orang lama sedia maklum mengenai pisang itu, tetapi bagi generasi muda, kewujudannya mungkin tidak diketahui.
“Sebab itulah saya katakan ia unik, memang boleh dimakan tetapi rasanya agak berlainan dengan pisang biasa,” katanya.
Isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.
Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.
Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU 13.
Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja.
Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.
Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.
Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah "yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat" itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.
Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.
Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?
Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.
Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.
Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.
Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat. Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.
Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang. Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi.
Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.
Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM. Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala.
Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.
Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.
Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat. Dengan kata lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.
Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23 November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.
Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki.
Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali.
Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman? Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu Malaysiakini terkecuali dari tindakan?
Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal Malaysiakini yang pro pembangkang.
Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith" menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".
Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.
Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat dan itu realiti. Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing.
Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Malaysiakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar, tidak begitu?
Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard.
Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan, bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja.
Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar.
Beberapa hari yang lalu, heboh satu dunia apabila Puak Pakatan Haram menuduh UMNO yang merobohkan papan iklan yang memaparkan muka pemimpin Pakatan Haram yang berfahaman LGBT. Tanpa di sangka pemimpin Pakatan Haram tersebut dengan pantas menunding jari kepada pihak UMNO yang mengupah samseng unhtuk merobohkan papan iklan yang menunjuk mukanya itu. Namun di sebalik fitnah yang di lemparkan kepada UMNO, akhirnya sahabat blogger Pisau Kedah, Keris 7 Lok mendedahkan kisah sebenar di sebalik papan iklan yang di robohkan itu setelah mendapat maklumat dari orang yang berada dalam Pakatan Haram sendiri
Macam sudah tiada modal lagi. Apa sahaja yang berlaku semuanya mereka tuduh UMNO. Pagi tadi Anwar Ibrahim melalui akaun twitternya (Yang mana dia block Keris) menuduh Samseng yang diupah melakukan perbuatan tersebut.
Tetapi lain pula jadinya apabila Keris menerima emel dari orang PKR sendiri petang tadi:
Rupa-rupanya mereka yang merobohkan papan tanda adalah orang PKR sendiri yang marahkan Anwar? Wah ini sudah jadi lain macam. Petanda bahawa PKR sedang ditolak semakin hebat.
Adakah kerana ini DAP mengambil langkah bertanding lebih banyak kerusi berbanding PKR dan PAS? Rupanya DAP lebih bijak berpolitik dengan persediaan rapi kerana mereka tahu PAS tak boleh pakai dan Anwar sedang ditolak.