pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, August 29, 2012

Jika Anda Seorang Berjiwa Patriotik Jom Cipta Rekod Dunia Dengan Tweet @NajibRazak #Merdeka55



KUALA LUMPUR 28 Ogos - Sasaran 1 juta “Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna “Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman“Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.

Beliau berkata, bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.

Rais berkata, sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung. - BERNAMA

Semua rakyat Malaysia DAFTARLAH di sini http://www.twtupmerdeka.blogspot.com

Untuk maklumat lanjut tentang Tweet Merdeka sila klik di sini atau anda boleh mengikuti twitter @TwtUpMerdeka
Korang bakal menang PROTON PREVE!! Tak nak ker????

Tuesday, August 28, 2012

Panas !!! Konspirasi Amerika Dan Neil Armstrong Tipu Dunia Manusia Pertama Jejak Kaki Di Bulan

Hampir 40 tahun selepas angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan, lapor sebuah akhbar kelmarin. Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

 Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu. Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.


 Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi. Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

 Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus. Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu. Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.



 Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan. Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif. TAPAK kasut angkasawan AS di bulan mencetuskan persoalan misteri kerana jejak kenderaan yang dibawa kapal angkasa tidak ada dalam gambar.

 Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

 Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi. Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan. Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

 Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.


 Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB). Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS. Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan. Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

 Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya. Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

 Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang. Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

 Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar. Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.

 Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan. Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

 Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan. Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA. Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

 Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

 "Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill. Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

 Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan." Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

 Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB. Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan. Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung. - Agensi

Panas Gila !!! PAS Terkantoi Meroyan Salahkan Tun Dr Mahathir Kerana Syaitan .

Terbaru kenyataan Ayahnda Tun Dr Mahathir telah membuat Mursyidul Am PAS, Nik Aziz  meroyan mengatakan Ayahnda Tun Dr Mahadhir terpesong.


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.Katanya, 
umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat. 
"Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya. 
Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan. 
" Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu. 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

 Sebelum ini Tun Dr Mahathir ada mengatakan banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’. dalam bahasa Inggeris.



Namun perkataan Angel yang di maksudkan Tun Dr Mahathir tidak dapat di pastikan kerana Angel dalam bahasa Malaysia ianya merujuk kepada Bidadari atau pun Malaikat.


Sekiranya mengikut kefahaman Umat Islam, Bidadari dan Malaikat merupakan makhluk Allah S.W.T yang cukup berbeza kerana Malaikat yang di ciptakan Allah S.W.T tidak mempunyai jantina. Manakala Bidadari merupakan Makhluk ciptaan Allah S.W.T yang menjadi idaman kaum Adam di dalam syurga ianya merujuk kepada wanita.


Apa yang boleh di fahamkan kenyataan Tun Dr Mahathir merupakan kiasan semata-mata tetapi ianya telah di putar belit untuk memperburukan Tun Dr Mahathir.


Apa yang Pisau Kedah dapat faham kiasan yang di buat Tun Dr Mahathir adalah, "Lebih baik UMNO yang di tuduh Pakatan Haram sebagai zalim seperti syaitan tetapi banyak membantu rakyat dari Pakatan Haram yang mengakui mereka lebih baik macam bidadari tetapi tidak langsung dapat membuktikan kebaikan mereka itu" .


Di dalam Nik Aziz mengatakan Tun Dr Mahathir terpesong, kita perlu melihat pulak kenyataan yang pernah di katakan Nik Aziz sebelum ini " PAS akan terima bantuan syaitan kalau syaitan hendak membantu PAS"


Lihat Video Kenyataan Nik Aziz :-





Pisau Kedah :- 

Wal Halal Bagi Ku, Wal Haram Bagi Mu .

Video Untuk Pedoman Kepada Pencinta Kemerdekaan Malaysia @TwtUpMerdeka #Merdeka55


Video yang membawa seribu pengertian kepada kita yang sayangkan keamanan Malaysia setelah 55 tahun Merdeka.

Mungkin ramai yang tidak menyedari bagaimana begitu peritnya Kemerdekaan yang kita perolehi satu ketika dahulu dari dicengkam kuasa penjajah yang mengaut keuntungan hasil bumi Malaysia kerana Malaysia merupakan tanah semenanjung emas sekiranya mengikut sejarah.

Sebagai Tuan kepada tanah yang di jajah, setelah yakin akan kemampuan diri sendiri pelbagai usaha dan pengorbanan di lakukan bagi di iktiraf hak kita sebagai tuan tanah untuk menikmati keuntungan yang telah di curi sejak sekian lama.

Usaha dan Pengorbanan oleh golongan sebelum ini  telah membuktikan hak kita sebagai tuan tanah telah di iktiraf setelah memperolehi kemerdekaan untuk mengurus tadbir tanah semenanjung emas yang kita rakyat Malaysia miliki sehinggalah kini kita bebas membentuk acuan kita sendiri.

Setelah 55 tahun kita mengecapi hak kita sebagai sebuah negara yang MERDEKA, sejauh mana kita menginsafi daya usaha dan pengorbanan yang di lakukan orang yang terdahulu.

Adilkah kita terhadap orang yang terdahulu yang menempuhi keperitan bagi memastikan kita generasi baru menikmati kebebasan dan kesenangan sekiranya apa yang kita kecapi kebebasan dan kesenangan kini kita hendak mengadaikannya hanya kerana keburukan yang terdapat dalam acuan yang di bentuk setelah MERDEKA ?

Di mana hilangnya sifat bersyukur kita dengan apa yang kita kecapi atas daya usaha dan pengorbanan orang yang terdahulu ?

Harus di ingat acuan yang rosak boleh kita perbaiki kerana jasanya yang membuat kita kecapi apa yang kita miliki sehingga sekarang tetapi sekiranya hancurnya hak kita sebagai tuan tanah maka tidak mungkin kita akan dapat wariskan kenikmatan yang kita kecapi sekarang untuk generasi akan datang.

Jangan biarkan generasi kita akan datang terpaksa menanggung kebodohan kita sekarang yang tidak bersyukur dengan daya usaha dan pengorbanan yang di lakukan orang yang terdahulu di dalam memastikan hak kita sebagai tuan kepada tanah yang tercinta.


Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 yang bakal tiba. Jangan hanya kerana sedikit keburukan kita hendak membuangnya


Pisau Kedah :-

Durian yang buruk di tebuk tupai lebih enak rasanya dari yang gugur tanpa cacat cela. Jangan hanya keburukan itu ianya di pandang jijik.( renungkanlah )

Tu Dia !!! Pemimpin PKR Negeri Terpaksa Menjilat DAP Di Pulau Pinang

Dr Mansor

UMNO Pulau Pinang berpendapat kenyataan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang tidak meyakinkan berhubung label angkuh dan sombong yang diitujukan kepada Lim Guan Eng menunjukkan dua rakan sekutu dalam pakatan pembangkang itu tidak mempercayai satu sama lain.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata melalui kenyataan itu juga menunjukkan akibat takut hilang jawatan, pemimpin PKR itu terpaksa membuat penafian.   

"Beliau (Mansor) takut hilang jawatan yang disandangnya sepertimana yang terjadi kepada bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mohammad Fairus Khairuddin pada 2009 yang dipecat kerana tidak sependapat dengan Guan Eng," katanya.   

Semalam, pada sidang media tergempar di pejabat ketua menteri, Mansor berdolak-dalik memberikan jawapan malah kelihatan resah apabila wartawan bertanyakan sama ada beliau pernah mengungkapkan perkataan itu.   

Mansor pada mulanya mengakui ada perjumpaan antara pemimpin PKR negeri seperti yang dilaporkan dalam blog gelagatanwar.wordpress.com, tetapi menafikan ia adalah mesyuarat strategik PKR negeri.

Ia susulan pendedahan blog berkenaan yang memetik, Mansor melabel Guan Eng sebagai sombong dan angkuh selain tidak berpuas hati kerana DAP mahu membolot banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 nanti.   

Mengulas lanjut, Zainal Abidin berkata, penafian terbabit jelas menunjukkan demi kepentingan peribadi Mansor sanggup tunduk kepada Guan Eng, bukannya berjuang untuk kepentingan orang Melayu di negeri ini.   

Katanya Mansor tidak sepatutnya menyamakan Guan Eng dengan tokong yang mana ia boleh memberi maksud sebagai tuhan yang disembah, biarpun cuba menghormati pemimpin dan ketuanya.   

"Kalau dah mula samakan pemimpin sebagai tokong, dengan sendirinya sudah lari daripada akidah sebenar. Ia adalah perbuatan yang salah kerana dalam Islam tidak boleh menyamakan manusia seperti tuhan," katanya.   

Mengenai punca tindakan Mansor yang melabelkan Guan Eng sebegitu, Zainal Abidin berkata ia berikutan DAP yang kini mempunyai 19 kerusi, bercita-cita menambah dua lagi kerusi dengan mengambil kerusi milik PKR.   

"Apabila ia berlaku, DAP yang mempunyai 21 kerusi boleh mendapat kuasa mutlak untuk memerintah Pulau Pinang dan ia sememangnya menjadi harapan DAP tanpa perlu berkongsi kuasa dengan rakan-rakan lain," katanya. - Bernama

Panas !!! Buku Yang Merosakan Akidah Golongan Murid-Murid Sekolah Di Jual Pihak Yang Tak Bertanggungjawap ( Minta Sebarkan )

Baru-baru ni heboh pasal satu syarikat haram yang telah menjual buku yang berunsur agama serta ilmiah untuk kanak-kanak tetapi hakikatnya buku itu buku perosak akidah umat Islam. Hasihhh Macam-macam yang depa buat semata-mata nak jatuhkan orang Islam ni. Anda boleh tengok jenis buku yang dimaksudkan.



Dilihat dari luar, dengan tajuknya memang bagus beserta dengan ilustrasi kartun! Orang tengok pun rasa nak beli apatah lagi budak-budak sekolah. Memang pun! Buku ni memang ditargetkan pada budak-budak sekolah. Mungkin senang sikit kot kerja depa nak lariskan jualan buku, seperti mana jualan / pameran buku kat sekolah.

Buku ini telah dicopkan sebagai perosak akidah selepas diteliti oleh salah seorang guru semasa syarikat haram itu mengadakan jualan di luar sekolah. Menurut seorang guru sekolah itu -

" Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT. 

Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat ole
h penganut ajaran Kristian. 



Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini. 



Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru. 



Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya. Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu. 



Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri. 



Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri. Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian. "


Edaran kertas promosi Koleksi Buku Macam-Macam Ada yang menjual koleksi buku perosak akidah...berselindung disebalik nama buku akademik dan Islam.



Muka hadapan buku Kisah Malaikat memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran malaikat oleh penganut ajaran Kristian.



Lakaran Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina dalam buku "Kisah Malaikat" yang menyesatkan akidah umat Islam.




TERJEMAHAN YANG MENYESATKAN AKIDAH : Dalam buku Himpunan Doa Harian : Terjemahan ayat kursi bermula dengan ayat "Manusia raja manusia. Sembahan manusia.


Unsur khurafat dalam buku "Di Alam Kubur" yang menceritakan tentang hantu penanggal. - Tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak.


SURAH AL-IKHLAS DI SAYAP MALAIKAT : Gambaran seekor burung sedang terbang sambil membawa utusan di kaki membawa mesej gambaran malaikat sedang terbang menyampaikan wahyu.




UNSUR MENYESATKAN AKIDAH KANAK-KANAK ISLAM DALAM BUKU "TAFSIR MIMPI" - Jika anda bermimpi makan daging anjing, tanda segera mendapat halangan besar.

More at : Cikgu Rahmat 

Panas !!! Mat Sabu Ketakutan Setelah Di Sergah Keluarga Allahyarham Tun Gafar Baba

Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.
Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.

MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak  relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.- SH-




Pisau Kedah :-

Mat Sabu ni pakai main hantam cakap saja tanpa mengira sensitifviti yang perlu dia jaga. Memang patut pun dia di gelar Mat Komunis sebab perangai pun macam komunis tak pedulikan hal orang lain.

Dalam maklum balas kenyataan itu, Mat Sabu enggan mengulas lanjut setelah keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataan yang telah di lakukannya.

Pisau Kedah hairan kenapa yang Mat Sabu takut sanggat nak mengulas sedangkan dia sendiri yang kata " Kalau Bekas Timbalan Perdana Menteri ( Allahyarham Tun Ghafar Baba ) masih hidup ia akan menyertai PAS seperti anaknya Tamrin ".

Kalau betul apa yang di perkatakan kenapa nak takut pulak mempertahankan apa yang di perkatakannya tak perlu la berdiam diri ketika di desak keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Kalau ikut dari segi logik la, tak mungkin Allahyarham Tun Ghafar Baba akan bersama dengan Pakatan sebab di dalam Pakatan ada Anwar Ibrahim.

Tak Mungkin Allahyarham akan bersama-sama orang yang menjatuhkan keriar politiknya di dalam UMNO satu ketika dahulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog