pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, July 30, 2012

Tu Dia !!! Setiausaha Politik Azizan Razak kantoi putar belit isu komunis masuk Pendang.



Marah benar Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, mengenai dakwaan bahawa terdapat usaha mencantas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, untuk bertanding di Parlimen Pendang pada PRU ke-13 kali ini.

Sanusi Md Nor, Setausaha politik
Azizan Razak ( MB Kedah )
Dengan bersemangat, dia menulis di blognya menafikan segala dakwaan sumber dalaman PAS Pendang mengenai insiden mencantas Mat Sabu dari bertanding di parlimen itu. Katanya, PAS di negeri itu tidak punya masalah untuk Mat Sabu bertanding di Kedah.

Namun, dia kemudiannya menyatakan dakwaan dari sumber akar umbi di Pendang itu hanya membuka pekung keaiban PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang, serta tidak boleh dibiarkan berlaku di dalam parti tersebut.

Selain itu, Sanusi mengatakan bahawa sumber itu jelas menjejaskan dan mencalar imej Mat Sabu serta intergriti atau ketokohannya sebagai Timbalan Presiden PAS.

Agak pelik juga bila saya membaca tulisan Sanusi di blognya. Pada mulanya dia menafikan Mat Sabu dicantas dan disambut baik PAS Kedah. Tapi kemudiaannya dia menyatakan sumber dalaman PAS Pendang itu memalukan PAS, PAS Kedah dan PAS Pendang.

Yang mana satu betul? Sanusi yang betul atau sumber dalaman itu yang betul?

Pada saya, sebagai seorang yang mempunyai sumber dalaman yang bergerak aktif di Pendang, saya lebih yakin kepada sumber saya sendiri. Dan lebih menariknya, sumber saya agak mirip kepada sumber yang ditulis oleh Malaysiakini baru-baru ini.

Sebenarnya, Mat Sabu pernah meminta kerusi Parlimen Kuala Kedah untuk ditandingi, tapi Azizan yang sememangnya tidak sukakan Mat Sabu telah menolak dengan memberi alasan bahawa parlimen itu adalah milik kuota PKR.

Menurut sumber saya, memang benar wujud gerakan menyekat Mat Sabu dari bertanding di Pendang. Di situ, terdapat dua pihak yang bertelagah, satu pihak pro-ulama dan satu lagi pro-liberalisme Anwarinas…

Golongan pro-ulama sudah lama merajuk dan enggan ambil tahu mengenai parti dan membiarkan golongan Anwarinas menguasai PAS Pendang. Sebagai bukti, seramai 14 orang pro-ulama meletak jawatan di dalam jawatankuasa PAS Pendang serentak sebagai tanda mereka merajuk!

Kesempatan itu digunakan Mat Sabu untuk masuk ke Kedah semula setelah ditolak sebelum ini. Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Osman “ditolak” ke peringkat DUN dan Mat Sabu mahukan kerusi Parlimen di situ.

Maka riuh rendahlah juak-juak PAS Pendang mengenai hasrat Mat Sabu. Golongan Anwarinas menyokong penuh, manakala golongan pro-ulama yang lebih besar pengaruhnya menolak dan menyindir kemahuan suami Normah itu untuk masuk ke kawasan mereka.

Setelah kisah ini saya dedahkan di sini, Malaysiakini yang dapat menghidu “bau bangkai” PAS di Pendang itu segera “masuk kampung” mencara berita dan kemudian terbitlah cerita Mat Sabu cuba dicantas di situ…!

Menariknya, Sanusi bagaikan dipaksa untuk menafikan dan menyembunyikan segala masalah dalaman yang dihadapi PAS di Kedah. Mungkin dia menggunakan hukum “tahaluf siyasi” untuk menutup “bau bangkai” tersebut.

Padahal, boleh dikatakan kisah ini riuh rendah dibicarakan oleh puak-puak PAS Pendang dan gerakan mencantas itu telah berlaku sekian lama di sana. Khabarnya, ada pihak tertentu dari kem Azizan Razak sendiri yang mahu menyekat kemaraan “komunis” di Pendang!

Nampaknya PAS Kedah semakin kucar-kacir. Itu baru saja masalah di Pendang yang melibatkan maruah Timbalan Presidennya. Belum lagi disentuh mengenai gerakan “bawah tanah” yang cuba “coup de tat” Azizan Razak menjelang PRU ke-13 ini.

Sebenarnya, menurut tinjauan saya dan maklumat-maklumat dalaman yang diperoleh dari orang-orang kuat PAS yang semakin menyampah dengan parti itu menjelaskan dengan tepat senario PAS yang huru-hara di Kedah.

Peliknya, sebelum PAS mendapat kuasa membentuk kerajaan di Kedah, parti itu dilihat begitu tenang dan sekata di dalam segala keputusannya. Saya sendiri tak tahu penyakit apa yang melanda PAS Kedah sekarang, para pembaca tahu?-MyKMU.net



Pisau Kedah :-

Cerdik betul la setpol Azizan Razak ni, awal-awal menafikan Mat sabu di cantas di Pendang. Lepas tu mengiakan dengan menyatakan sumber dalaman PAS Pendang itu memalukan PAS Pendang dan PAS Kedah.. hahahahaaaa... kantoiiiii putaq belittttttt....

Video Trailer Panas !!! Cauvinis/Komunis DAP mula merasa takut dengan filem Tanda Putera. (MINTA DI SEBARKAN)


Poster Tanda Putera


Filem sejarah yang mengingatkan kita tentang perjuangan pemimpin terdahulu dan radikalisme yang menghancurkan negara. Mungkinkah ia menimbulkan reaksi negatif dari penyokong parti tertentu kerana ia merupakan jawapan berfakta 
terhadap penulisan mitos kisah Chin Peng dan 
buku mengenai kisah13 Mei yang direka semula? 
Sila 'like' fb Tanda Putera juga..



SINOPSIS TANDA PUTERA LAKONAN RUSDI RAMLI,
ZIZAN NIN


Sila `like' trailer youtube ini kerana nampaknya ramai golongan
komunis/cauvinis yang tidak menyenanginya


Sinopsis filem Tanda Putera

Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012.


Sambung Baca: 


Sesiapa di sini mau copy E-book Laporan Mageran, sila download di sini: 

BHGN 1: http://rayaputeh.files.wordpress.com/2008/08/mageran-tragedi-13-mei2-1.pdf


BHGN 2: http://rayaputeh.files.wordpress.com/2008/08/mageran-tragedi-13-mei2-2.pdf


BHGN 3: http://rayaputeh.files.wordpress.com/2008/08/mageran-tragedi-13-mei2-3-1.pdf
BHGN 4: http://rayaputeh.wordpress.com/laporan-tragedi-13-mei/laporan-mageran-tragedi-13-mei-bhg-4/

Sumber: http://rayaputeh.wordpress.com/laporan-tragedi-13-mei/

Alternative Download Link: http://www.mediafire.com/?bo7pojr09fd32qj
 

Khidmat Masyarakat - Kanak-Kanak Empat Tahun Mengidap 7 Penyakit Misteri Perlukan Bantuan Segera (minta sebarkan)



Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang menghidap tujuh jenis penyakit, memerlukan sumbangan orang ramai untuk membeli peralatan perubatan membabitkan kos RM22,600.

Aqil Harits Mohd Najib, anak juruteknik pendingin hawa, Mohd Najib Husain, dan suri rumah, Noriah Abdullah, disahkan menghidap lumpuh otak (cerebral palsy) sejak berusia sembilan bulan.

Noriah berkata, anak bongsu daripada dua beradik itu lahir tidak cukup bulan dan diserang lumpuh otak selepas lambat mendapat rawatan demam kuning.

"Ketika berusia setahun pula, anak saya disahkan menghidap Laryngomalacia, iaitu masalah saluran pernafasan yang sempit sehingga dia terpaksa menggunakan banyak tenaga untuk menyedut oksigen.

"Justeru, Aqil menjalani pembedahan 'tracheostomy' yang mana lehernya ditebuk dan dipasang tiub bagi memudahkan dia bernafas," katanya ketika hadir bersama suami dan anaknya itu di Balai Berita di sini, semalam.


Tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan

Selain itu, Aqil Harits juga menghidap penyakit gastro-esophageal reflux, epilepsi, central sleep apnea, insomnia dan pneumonia yang berulang, menyebabkannya tidak dapat makan menerusi mulut, kerap sawan, sukar tidur, nafas sering terhenti ketika tidur dan mengalami radang paru-paru.
Noriah berkata, bagi menampung kos rawatan Aqil Harits yang mencecah RM3,000 sebulan, mereka hanya bergantung kepada pendapatan suaminya yang kurang RM2,000 sebulan, selain menerima bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sumbangan zakat.

Untuk mengurus dan merawat Aqil Harits di rumah, mereka memerlukan lapan peralatan perubatan yang menelan perbelanjaan berjumlah RM22,600 di mana RM10,000 daripadanya sudah disumbangkan Garden International School.

Orang ramai yang ingin menderma baki RM12,600 diperlukan, boleh menyerahkan cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd serta menulis nama Aqil Harits Mohd Najib di belakang cek dan menghantarnya kepada Juruwang, Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur. - BH

Tu Dia !!! PAS Kedah Sejahtera, Rakyat Kedah Sengsara.


PAS Kedah sering berbangga dengan perolehan balak berkali ganda sejak PAS mentadbir Negeri Kedah. Namun di sebalik balak yang di gondolkan perolehan telah masuk ke poket kerajaan Negeri, kebajikan rakyat di Kedah langsung tidak di pedulikan.

Jika di lihat dari perolehan balak yang di katakan berkali ganda lebih dari perolehan zaman BN mentadbir Kerajaan Negeri, apakah Kerajaan Negeri sekarang tidak mampu menunaikan tanggungjawapnya sebagai pentadbir sehingga terpaksa biarkan rakyat mengalami kesusahan seperti yang berlaku kepada penduduk lorong shariff, Jalan Langgar ?

Yang lebih memalukan, kawasan tersebut terletak di bawah kawasan wakil rakyat PAS, YB MD Roshidi (Adun Bukit Pinang ) dan dalam kawasan parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.( Naib Presiden PAS ).

Di dalam permasalahan yang di hadapi rakyat kemana menghilangnya Adun dan Ahli Parlimen kawasan tersebut yang di beri mandat sebagai wakil rakyat di dalam membela nasib rakyat di kawasan mereka. 





Panas !!!! PRU13 - Pengundi Kristian di minta undi Kerajaan Kebebasab Agama oleh Persekutuan Kristian Malaysia


Helen Ang - Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) mengedarkan sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.
Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”.
Ia boleh dibaca dalam bahasa Melayu di sini — CFM/BM
Versi bahasa Inggeris discreenshot di bawah dari laman National Evangelical Christian Fellowship (NECF).
Surat itu menuntut supaya pemilih mengundi sebuah kerajaan yang akan membentuk
(“Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.”)

Bishop’s letter: Christians beating around the bush

You want, you ask upfront, direct and straightforward lah.
Continues from yesterday’s posting, ‘Pesanan Persekutuan Kristian M’sia kepada gereja-gereja berhubung PRU’. Please revert for url link, pdf and screenshot of Bishop Ng Moon Hing’s letter to Malaysian churches and the country’s Christians.
The Bishop interprets the Bible’s message regarding the duty of a Christian. He asserts that “Christians have not only been granted rights of leadership but also the responsibility of stewardship (of the Earth)”.
And that’s why even though Chinese Christians are a minority and Buddhists are the Chinese majority in Malaysia, yet it is the Christians who lead the community. There! Mystery solved.
The reason is not because Buddhists are less bossy. The real reason is because God granted his Christians “the rights of leadership”.
Bishop Ng cites the following verses in the Bible (Matthew, chapter 5, verses 13-15):
13 “You are the salt of the earth. But if the salt loses its saltiness, how can it be made salty again? It is no longer good for anything, except to be thrown out and trampled underfoot.
14 “You are the light of the world. A town built on a hill cannot be hidden.
15 Neither do people light a lamp and put it under a bowl. Instead they put it on its stand, and it gives light to everyone in the house.
Imagine if we were to take verse 13 and replace the word ‘salt’ with the word ‘BN’.
“But if the BN loses its saltiness, how can it be made salty again? It is no longer good for anything, except to be thrown out and trampled underfoot.”
Wink.
Two verses preceding the ‘salt of the earth’ verse is Matthew, chapter 5, verse 11:
“Blessed are those who are persecuted because of righteousness, 
for theirs is the kingdom of heaven.”
“Righteousness” is Hannah Yeoh’s favourite word. Her blog slogan is “Righteousness exalts a nation”.
Whining about “persecution” kinda reminds me of Chan Lilian (Lim Guan Eng’s special officer) who tweeted about persecuted Christians and who was questioned twice by the police in their investigation into her possible sedition.
The succeeding verses in Matthew extort Christians to be “righteous” (chapter 5, verses 16-20). The preacher sounds like a politician and the politician sounds like a preacher. In some specimens, you get 2-in-1.
And here is the Bishop holding a Bersih T-shirt … he claims in his letter that “CFM (of which he is chairman) is not politically motivated nor is it endorsing any one political party”.
Wink and nudge.
The Christian Federation of Malaysia comprises:
  1. National Evangelical Christian Fellowship (NECF)
  2. Council of Churches of Malaysia (CCM)
  3. Roman Catholic Church
“In terms of our vision for a better Malaysia, CFM encourages Malaysian Christians to think about the following priorities — A nation guided by the ethics of respect for human dignity.
Cross refer to Lim Guan Eng whose Malaysian First speech said, ‘“DAP submits that being Malaysian should depend on certain universal values we share and subscribe, focusing particularly on democracy, freedom, justice, integrity and human dignity.”
The CFM letter also uses the words “democracy, freedom, justice” – but okay lah, after all the Bishop and the DAP sec-gen are both hostage to the same white man tradition.
And to the stock-in-trade words employed in motherhood statements. Other stock Christian phrases include “we’re all brothers and sisters”, “we’re full of love” (but ya’all, unlike us, are only full of hate and venom), “we’re one people”, “everyone are children of God”, yadda, yadda.
Bishop Ng encourages Christians “to use the power of the vote to elect a government that will ensure justice with equity and the well-being of our nation”.
In terms of their vision for a better Malaysia, CFM encourages Malaysian Christians to think about the following priority:
  • A nation where extremism of all kinds is rejected and quickly curtailed. Racial and religious bigotry, manipulation and lies that have now come to define the social sphere, the print media and political posturing must end immediately.
Allow me to fill in the blanks. “Racial bigotry” — reject Umno! — “manipulation and lies that have now come to define the social sphere — curtail BTN! “”manipulation and lies that have now come to define the print media” — Ganyang Utusan!
CFM encourages Malaysian Christians to think about the following priority:
  • “A nation free of corruption” — ABU! ABU! ABU! — “putting in place strengthened state and public institutions whose members conduct themselves with integrity,transparency and accountability“. SelC-A-T (Competency, Accountability, Transparency).
CFM encourages Malaysian Christians to think about the following priority:
  • A nation that works towards the fair and equitable distribution of wealth and ensuring well-being for all, regardless of citizenship status, ethnicity or creed.
“Regardless of ethnicity” (?) Just like Papa and Mama DAPSter browbeating how everybody must be colour blind and beyond race just as their Firster children are.
CFM encourages Malaysian Christians to think about the following priority:
  • Every citizen and every community should be empowered and enabled to pursue economic activity and achieve advancement duly and fairly supported by the government where needed and necessary without favour or discrimination and without being overly or unfairly supported by the state.
Sounds to me like a call to do away with the NEP.
CFM encourages Malaysian Christians to think about the following priority:
  • A nation where language and education are de-linked from political expedience.
Yessss, let’s bring back English and mission schools!!

Panas !!! Enam permasalahan air di Selangor terdedah yang perlu semua ambil tahu.


Ramai orang dari luar Selangor tertaya-tanya setelah kurang faham permasalahan yang di hadapi oleh syarikat pembekal air di Selangor, SYABAS dan Kerajaan Negeri Selangor akibat krisis bekalan air di Selangor.

Kepada yang kurang faham dengan permasalahan yang di hadapi. Pisau kedah akan menunjukan pada semua 6 Punca berlaku krisis air di Selangor yang Pisau Kedah amabil dari Blog Keris 7 Lok sebagai maklumat kepada anda.



6 Punca berlaku krisis air di Selangor dikenalpasti adalah :

1) Peningkatan permintaan air tidak diiringi dengan pembangunan kapasiti bekalan air. Tiada peningkatan kapasiti bekalan air sejak 2002. Pembangunan kapasiti bekalan air terawat merupakan tanggungjawab Kerajaan Negeri. Malah Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional telah berusaha membantu membangunkan pusat bekalan air dengan Projek Rawatan Air Langat 2 di mana air dibawa melalui saluran paip dari Sungai Semantan dan Sungai Kelau di Pahang.

2) Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR-DAP-PAS enggan membina Loji Rawatan Air Langat 2 untuk menambah bekalan air terawat. Ini punca yang paling besar dan dipolitikkan oleh Ronnie Liu yang enggan memahami antara beza air mentah dan air dirawat.

3) Perlaksanaan CAPEX (menukar paip lama yang bermasalah kepada paip baru) yang dirancang tergendala. Berkuatkuasa Julai 2008, program kerja CAPEX SYABAS secara amnya telah dibekukan oleh SPAN setelah didesak oleh Kerajaan Negeri apabila SYABAS didapati menggunakan paip yang diimport dari Indonesia bukannya paip buatan tempatan.

Ianya memberikan kesan negatif iaitu kadar Non Revenue Water (NRW) tidak dapat dikurangkan dan aset lama termasuk paip lama yang selalu pecah/ bocor tidak dapat diganti. Juga meningkatkan insiden gangguan bekalan air akibat kegagalan peralatan elektrikal dan mekanikal yang telah usang atau telah sampai kapasiti maksimanya. Selain itu meningkatkan kejadian tekanan air rendah kerana kerja kerja memasang paip yang lebih besar kapasitinya dan sambungan baru ditangguh.

4) Pencemaran air mentah yang menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air sedia ada atau mengurangkan pengeluaran air bersih. Ini terjadi kepada sungai yang membekal air dicemari sisa toksik dan sisa kilang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab apabila membuangkannya ke dalam sungai.

5) Kemarau yang berpanjangan. Walaupun masalah kemarau belum muncul sekarang, tetapi ia boleh berlaku bila-bila masa dalam tempoh 2012 hingga 2017 di mana rizab bekalan air adalah sangat rendah seperti berlaku krisis air tahun 1998.

6) Penggunaan/ permintaan air yang mendadak dan tidak seimbang dengan pengeluaran air terawat. Permintaan air berubah setiap hari dan mengikut musim. Kadar pertumbuhan penduduk yang meningkat mendadak di Lembah Klang. Malah krisis ini mulai terasa apabila permintaan pembukaan perindustrian baru tidak dapat diluluskan ekoran bekalan air tidak mencukupi.



Muhasabah diri - Apakah Umat Islam Malaysia akan senasib Umat Islam Rohingya.




SUDAH puluhan tahun Muslim Rohingya di Myanmar berjuang untuk mendapat hak mereka. Malah tidak sedikit darah, wang, tenaga dan air mata yang dicurahkan mohon diiktiraf untuk menjadi warganegara. Untuk menumpang teduh dan mencari sesuap nasi dari tanah tumpah darah mereka sendiri. Namun nampaknya, hingga kini perjuangan itu tidak ke mana.

Mana agaknya pejuang hak asasi antarabangsa, mana agaknya cerdik pandai dan alim ulama, mana agaknya ahli pemikir dunia, mana agaknya penyokong demokrasi ternama. Semuanya diam umpama tikus jatuh ke dalam tepung. Sang juara dan pejuang agung ternama terbenam dalam lubuk legasi dan kepentingan diri. Terkontang-kantinglah Muslim Rohingya dibunuh, diusir dan dianiaya.

Bukan sahaja tidak mendapat simpati di tempat sendiri, dari kalangan saudara mara seagama, malah mereka diusir dari perairan negara jiran yang seagama dan mempunyai pertalian saudara jika diteliti susur galur sejarahnya.

Cubalah renungi di mana sahaja, di Asia malah di Amerika adakah ini berlaku begitu. Kononnya mereka pejuang kebebasan dan hak asasi, tetapi masih penuh hasad dengki. Orang Islam sentiasa dipandang serong, malah warna kulit masih tetap diperkatakan meskipun tidak secara terangan.

Proses apa yang berlaku di Myanmar dan nasib yang menimpa Rohingya sepatutnya membuka mata kita. Justifikasi sudah jelas, analogi sudah menepati, bukti terang terserlah cuma mungkin akal sahaja yang masih belum mampu diwaraskan untuk menerima kebenaran. Kerana dalam kehidupan realiti sebenarnya, kebenaran selalunya adalah sesuatu yang pahit dan sukar untuk diterima.

Bagaimanapun, nasib dan tragedi Rohingya sepatutnya boleh menjelaskan segalanya. Ia satu bukti nyata untuk mereka yang ikhlas menilainya.

Betapa beruntungnya hidup di Malaysia, betapa sucinya hati budi bumiputera yang sentiasa dituduh dengan pelbagai kata nista, dicemuh malah dijadikan mangsa cerca. Bayangkan kalau mereka di Myanmar, apa bakal nasib yang akan menimpa dan tidakkah itu boleh diteladani dan dipandang dengan seikhlas hati.

Sedih hati jika kita membaca pelbagai cercaan di blog dan pelbagai laman media elektronik dewasa ini. Dengan perkataan kesat yang berbaur sumpah seranah, maki hamun dan pelbagai kutukan yang bukan sahaja bagai menghina tetapi turut menyentuh perasaan sehingga tergamak menyentuh bangsa, keturunan dan agama.

Bagi umat Islam di negara kita pula kena bermuhasabah. Kenangi nasib rakan dan saudara seagama kita di Myanmar sana. Pernahkah hinggap di minda kita bahawa nasib yang sama juga mungkin bakal menimpa dan kita akan masuk pada bakul yang sama jika kita leka.

Sekali lagi kita merujuk kepada umat Islam di Semenanjung Arab sana tidak terkecuali di Libya kini mereka sudah ditimpa musibah akibat leka. Kononnya nak memperbaiki nasib negara tetapi akhirnya jatuh ke dalam percaturan petualang yang bersorak kerana akhirnya runtuh sudah empayar Islam seluruh dunia.

Sudah tibalah janji Allah, sungguh benar sabda Rasulullah di mana umat Islam di akhir zaman banyak bilangannya tetapi kurang impaknya umpama buih di lautan yang luas.

Benarkah hujahan di atas ini boleh berlaku? Mari kita undur hanya kira-kira 622 tahun lalu, teliti apa yang berlaku kepada empayar gah seantero Nusantara. Roboh hingga sukar dibangunkan semula, dan hilanglah Melaka bersama Rajanya. Sudah puas Melayu berjuang, sudah ratusan tahun diusahakan, namun kegemilangan gagal dikembalikan hinggalah kemerdekaan dapat diusahakan.

Kini atas nama merdeka, yang sudah dinikmati 55 tahun tidak lama lagi, maka kita terasa amat megah. Kita terasa sudah cukup hebat sambil mendabik dada. Demokrasi yang kami pinta. Kami tidak mahu diperintah si kuku besi, kami tidak beroleh apa yang sudah orang lain miliki.

Itulah yang dijadikan alasan bagi menghalalkan cara dalam mengatur onar dan angkara. Tentu hasrat mereka ingin memerintah negara, mengambil alih pucuk dan puncak kuasa. Cuma waraskah kita semua melompat dan meracau mengikut gendang yang dipalu mereka tanpa usul periksa, tanpa meneliti fakta dan tanpa bukti nyata.

Kemudian, mulalah terlebih pandai bermadah lantas menolak ketuanan, menolak payungan malah menolak titi dan jambatan. Mahu ditolak pulakah tangga untuk kita naik ke rumah kelak? baca seterusnya




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog