pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, March 27, 2012

Panas Anwar mengamuk!! Bila Datuk Eskey dan Ummi Hafilda tersenyum lebar..

Anwar kini dalam keadaan tertekan di sebabkan pendedahan Nallakaruppan,membuatkan Datuk Eskey dan Ummi Hafilda tersenyum menanti giliran untuk di saman.kerana "Pelanduk dah masuk perangkap"

Nallakaruppan mesti mempunyai bukti yang kukuh,kalau tak ada bukti,Pisau Kedah rasa tak logik la Nallakaruppan minta di saman sekiranya pendedahan amalan songsang Anwar itu adalah fitnah.Pisau Kedah merasakan Anwar dalam keadaan tertekan dan terpaksa masuk perangkap Nallakaruppan untuk bawa kes ini ke Mahkamah demi membersihkan namanya di saat akhir PRU13 yang bakal tiba tidak lama lagi..

KUALA LUMPUR 26 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM100 juta terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. atas dakwaan mengaitkan beliau dengan aktiviti biseksual.

Anwar memfailkan saman itu melalui firma guaman Tetuan Daim & Gamany di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 10.30 pagi.Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir ke mahkamah dan hanya diwakili oleh peguam, R. Sivarasas

Saman itu berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac lalu di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.-Utusan

Pisau Kedah :-

Pisau Kedah mendesak Anwar patut menyaman Mat Sabu..kerana Mat Sabu merupakan orang pertama mengelar Anwar Al-Juburi semasa Anwar masih Timbalan Perdana Menteri atau mendesak Mat Sabu buat kenyataan sama ada dia mengfitnah Anwar sebagai Al-juburi atau Anwar yang berbohong untuk selindung amalan songsangnya??

Puak Pas patut bertanya pada Mat Sabu adakah dia yakin Anwar adalah Al-Juburi semasa mengelar Anwar Al-Juburi??atau Kapal Singh yang berbohong apa bila mendedahkan kegiatan songsang Anwar??sekiranya Kapal Sigh yang mengfitnah Anwar,sehingga membuat Mat Sabu percaya,,Anwar patut mendesak Kapal Singh membuat kenyataan terbuka dengan mengatakan dia mengfitnah Anwar..

La ni kita tengok siapa yang nak kantoi mengfitnah,sama ada kapal singh atau Mat Sabu..atau pun Anwar merupakan Al-Juburi sebenar yang cuba membohongi rakyat

Published with Blogger-droid v2.0.4

Panas!!! Ridhuan tee sekolahkan ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.Islam yang sudah sinonim dengan parti ini, tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya. Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam.

Namun, saya tidak hairan akan ketidak matangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Kejahilan beliau begitu terserlah. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik,sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya.

Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara,manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat,sebelum wujud parti politik.

Tidak ada sebuah parti politik pun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik. Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang.

Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa.Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak.

Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian.Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen.

Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka.Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku.

Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini.Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat?

Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan.

Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno).

Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya.

Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan.Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain,wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan.

Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya. Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik. Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.

Minggu lalu, Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat.Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti.Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?

Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis.

Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri. Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul, orang lain semua salah.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah

di petik darik : Empayar Pemuda

Published with Blogger-droid v2.0.4

Kerajaan PAS di Kedah menipu rakyat Kedah dengan projek pertanian???


Indah khabar dari rupa.projek pertanian kerajaan negeri Kedah


Ini gambar di banggakan di dalam blog Penerangan Pemuda Pas Kedah..yang di ambil selepas beberapa hari perasmian pembukaan pusat pengumpulan produk pertanian itu...perasmian pembukaan di adakan pada 15/julai/2011.


Maka untuk memutar belitkan pemikiran orang-orang kampung dengan projek kerajaan Negeri Kedah..maka telah di buat road show menceritakan kejayaan mereka pada penduduk kampung.padahal expo ni di adakan untuk menutup isu MB Kedah (Tok Zan) yang telah berjanji pada orang kampung Padang Terap pada 26/05/2011 dalam majlis Mesra Rakyat yang di adakan di Dataran Pekan Naka....Tok Zan berjanji,,kerajaan negeri melalui Kedah Agro akan membeli hasil buah-buahan orang kampung,terutamanya buah rambutan untuk di jadikan produk rambutan dalam tin...Tapi setelah musim buah hampir sampai ke penghujung,,tak nampak seorang pun dari wakil kerajaan Negeri atau wakil Kedah Agro datang untuk membeli hasil buah-buahan orang-orang kampung,,rambutan orang-orang kampung terbiar sehingga busuk..setelah itu orang-orang kampung telah lakukan satu bantahan secara aman terhadap MB Kedah kerana memungkiri janji yang di adakan pada bulan Ramadhan baru-baru ni,bertempat di Pekan Naka


















Expo usahawan pertanian & asas tani ini di adakan di peringkat Parlimen Padang Terap dari 19 oct sehinggalah 22 oct 2011..yang memalukan di khabarkan di hari pertama kehadiran lebih kurang 50 orang,,pada hari terakhir pulak kehadiran tidak sampai 100 orang..orang kampung sudah muak dengan janji-janji kerajaan negeri Kedah......Di khabarkan produk rambutan dalam tin yang di pamerkan dlm expo itu,,adalah hasil dari Thailand dan di labelkan semula sebagai produk buah-buahan yang telah di kumpulkan di pusat .pengumpulan hasil produk pertanian Lembah Jerai..

Hakikat apa yang terjadi pada projek pengumpulan pertanian yang di banggakan kerajaan Negeri Kedah


gambar terbaru 




Ishhhh,,ishhh berjaya sungguh projek ni..anda lihat..anda menilai sendiri..bandingkan gambar di atas sekali..selepas beberapa hari perasmian pembukaan pusat pengumpulan produk pertanian ni..

Panas!!! Apa pulak kaitan Hasan Ali dengan 300 juta???





Hasan Ali Ragu-Ragu Pelaksanaan Program Di Bawah Geran Selangorku

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Isnin melahirkan keraguan terhadap pelaksanaan program di bawah Geran Selangorku berjumlah RM300juta yang diumumkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab dana itu dikatakan tidak direkodkan di bawah akaun Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Hasan, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas kawasan Gombak Setia berkata berkata program-program di bawah Geran Selangorku tidak akan dapat dirancang dengan baik kerana dana itu didapati tidak ada di bawah akaun MBI.

"Bagaimana nak rancang program untuk rakyat di bawah Geran Selangorku dan Merakyatkan Ekonomi Selangor jika dana RM300 juta tidak diletak di bawah akaun MBI," katanya dalam soalan tambahan kepada Abdul Khalid pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, Isnin.

Abdul Khalid ketika membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2012 berkata, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM300 juta bagi pelaksanaan "Geran Selangorku" yang akan digunakan pada tahun 2012 untuk faedah rakyat Selangor.

Beliau berkata, geran itu akan diuruselia oleh MBI memandangkan pengurusannya adalah bersepadu dengan pentadbiran kerajaan negeri. Ketika menjawab soalan itu, Abdul Khalid berkata program di bawah geran berkenaan telah dimaklumkan kepada anggota Exco kerajaan negeri dalam satu sesi pemukiman di Melaka, Februari lepas.

Katanya, beliau telah memaklumkan secara terperinci mengenai dana tersebut kepada anggota Exco kerajaan negeri bagaimana jumlah RM300 juta itu diperolehi termasuklah daripada usaha kerajaan negeri mengenal pasti hutang Talam berjumlah RM391 juta sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari, berkata pisang yang ditanam di kawasan seluas 1,251 hektar di negeri ini telah diserang penyakit Moko atau penyakit layu bakteria pisang, sehingga kini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan petani untuk memusnahkan tanaman pisang dan tidak menanam pokok pisang bagi tempoh antara satu hingga dua tahun bagi memastikan inokolum bakteria itu dapat dihapuskan.

"Dalam masa sama, Jabatan Pertanian sedang dalam proses menyediakan SOP (Prosedur Operasi Standard) untuk memusnahkan pokok pisang dan mengumpulkan data kawasan tanaman yang diserang penyakit moko pisang ," katanya ketika menjawab soalan Datuk Raja Ideris Raja Ahmad (BN-Sungai Air Tawar). -BERNAMA

Persoalan untuk Kerajaan Negeri Pentadbiran Kedah....Macam mana dengan projek ladang rakyat???


 


Projek haram ini adalah salah satu cara puak pentadbiran PAS kedah cuba berselindung di sebalik nama Ladang Rakyat, namun ia hanya untuk menyapu bersih balak di Gunung Inas. Di sebalik mereka berbangga hasil balak yang kononnya lebih untung daripada masa pentadbiran BN di Kedah. Sampai sekarang mereka mengatakan balak yang di ambil adalah dari permit yang di keluarkan Kerajaan BN dahulu.


Hebat sungguh pentadbiran PAS Kedah. Mereka cuba menutup rahsia projek jahat tanpa sedikit pun di ketahui oleh rakyat. Tahukah anda, balak yang di ambil dari projek Ladang Rakyat, tidak di tender, malah balak yang di ambil adalah di bawah projek Ladang Rakyat, semata-mata untuk membersihkan gunung untuk projek ladang rakyat. Balak berkenaan bukan permit dari kerajaan BN dahulu.

PAS letak nama Ladang Rakyat yang kononnya untuk majukan tanah bagi projek kepala sawit atau getah. Tapi hakikatnya balak adalah punca utama PAS untuk membuat Ladang Rakyat..bukan sahaja Ladang Rakyat di Baling tapi juga di Sik, Pendang dan juga Padang Terap, habis balak di bolot PAS...Balak berkenaan di panggil Balak Anugerah, balak anugerah ni tak perlu di tender. Hanya anugerah dari kerajaan negeri kepada si pemotong balak.

Suka-suka hati nak anugerah, ingat tanah gunung dan bukit tu, hak milik mak bapak depa apa nak anugerah tanpa tender.



Gambar di atas adalah surat yang di edarkan MKK.

Rakyat Baling mula ragui projek Ladang Rakyat, di manakah borang rasmi dari Kerajaan Negeri untuk di edarkan kepada yang nak menyertai projek Ladang Rakyat? Sedangkan MKK sudah edarkan borang perlantikan ukur melalui sebuah syarikat jurukur. 

Semasa mahu serahkan borang, perlulah di sertai dengan RM3000.00 sebagai bayaran upah kepada Syarikat terbabit. Sedangkan dalam surat berkenaan tiada jaminan untuk dapat menyertai Projek Ladang Rakyat. Hebat sungguh, pemohonan tak di lakukan, terus nak di ukur.

Apakah ini satu projek kebajikan terhadap rakyat? Atau ianya hanya satu lagi projek yang nak perah duit rakyat, tanpa rakyat sedar?

"Anda mempunyai otak, anda boleh menilainya, gunakan Kepala otak untuk berfikir, gunakan kepala lutut"

Ada seorang yang hebat dalam Kerajaan Negeri yang ada kaitannya dengan balak, pernah bersumpah tak pernak makan duit balak Ladang Rakyat SIK, tapi tak pulak bersumpah yang dia tak makan duit balak Ladang Rakyat Baling, Pendang dan Padang Terap, siapakah  orang itu?


Pisau Kedah:-

Balak di masa pemerintahan BN begitu terkawal ,hasil balak pada pemerintahan zaman PAS memang la meningkat di sebabkan semua balak di tebang,,siap boleh kata pulak balak yang di ambil lebih dari kawasan yang di benarkan  adalah "Balak Anugerah".mau tak untung lebihnya.

Punya la nak tipu rakyat ,kerajaan Negeri pentadbiran PAS kata balak yang di ambil adalah seperti di tender di zaman BN.yang tender saja cerita..yang balak anugerah tu tak di cerita pulak di ambil banyak mana keluasanya dan hasilnya pulak..

Monday, March 26, 2012

PAS bukanlah parti pilihan rakyat Kedah

cerita panas Ahli PAS masuk UMNO..

Kubu Kuat PAS Sik Kedah berjaya BN tawan
Tahniah YB Datuk Mohd Taijudin (Adun Belantik)


Semalam Team Media Kedah telah pergi ke satu perkampungan yang cukup terkenal dengan perkampungan Hard core PAS Sik,Kedah..bertempat di Kampung Batu Besar Mukim Teloi Tua Sik,yang kini ramai penduduknya mula sudah berubah angin keluar dari PAS,

Kalau dulu BN jangan harap la nak masuk kampung ni,,nak pacak bendera BN pun jangan mimpi la,,namun kini dalam sejarah  angin perubahan telah melanda di kampung tersebut,,seramai 61 orang ahli PAS telah keluar dari PAS termasuk lah sepupu dan juga Mak Saudara Ahli Parlimen Sik,dan selepas ini ada lagi yang akan menyertai UMNO dalam masa terdekat,kalau tak percaya tanya la Ahli Parlimen Sik,,siapa dalam gambar bawah ni..

Mek Endang Bt Jusoh

Ahli Parlimen Sik kenal tak wanita ini ??? bukankah wanita ini adalah Ibu Saudara Ahli Parlimen Sik....bukan kah wanita ini pernah menyuap makan dan basuk punggong Ahli Parlimen Sik,,Setelah menjadi Ahli Parlimen selepas PRU 12,,pernah tak sekali Ahli Parlimen Sik jejak kaki melawat wanita ini yang pernah satu ketika menjaga Ahli Parlimen Sik?? sedangkan wanita ini bercerita pada Team Media Kedah walau pun Ahli Parlimen berceramah berhampiran rumah wanita ini,,sekali pun tak pernah di ziarahnya... wanita ini bukan sekadar ibu saudara Ahli Parlimen Sik malahan adalah penyokong kuat PAS dan juga Ahli Parlimen Sik di masa PRU 12,

Abdul Wahab Shaari

Ahli Parlimen Sik kenal tak lelaki ini ?? Bukankah lelaki ini sepupu Ahli Parlimen Sik ?? dan juga pengerak PAS sehingga Ahli Parlimen Sik boleh menang pada PRU 12..untuk pengetahuan semua,Pak Long ni sudah 30 tahun lebih menjadi hard core PAS di Mukim Teloi Tua,Sik.Kedah..
dulu kalau BN nak pacak bendera di Kampung tersebut,,BN perlu berhadapan dengan Pak Long ni dulu..sehingga tak berani BN nak pasang bendera..namun kini Pisau Kedah rasa berbangga,,di hadapan rumah Pak Long ni telah ada Bendera BN dan UMNO dan tak siapa berani usik bendera tersebut..

Zainudin B Abdul Wahab (Apit)

Apit anak sepupu Ahli Parlimen Sik,,pemuda PAS pertama yang memasuki UMNO,dia merasa amat kecewa dengan sikap Ahli Parlimen Sik,,dia juga antara orang yang aktif di dalam PRU 12 berjuang untuk PAS..namun kini dia merasa sia-sia berada di dalam PAS...

Mat Isa

Mat Isa antara penyokong kuat PAS mukim Teloi Tua,merupakan Ahli PAS sejak azali lagi,,niat untuk Mat Isa memasuki UMNO sudah lama,,setelah kecewa dengan Ahli Parlimen Sik,Adun Jeneri dan juga MKK,, tapi keingginan Mat Isa memasuki UMNO tiba kemuncaknya bila peristiwa anaknya terlibat dengan kemalangan,,tak seorang pun wakil PAS yang datang menziarah,sedang pernah sekali ceramah di adakan berhadapan dengan rumahnya hanya beberapa meter sahaja tak sampai 10 meter untuk Adun,dan Ahli Parlimen Sik melangkah kerumahnya menziarahi anaknya yang memerlukan bantuan,,namun yang datang menziarahi anaknya dan memberi bantuan merupkan kerusi roda adalah Adun BN (YB Datuk Taijudin) yang sebelum ini di anggapnya musuh..

Shukri b Wahab (Mat)

Abdul Rahman Abdullah


Abang Mat dan juga Abg Man,,merupakan penyokong  kuat PAS sejak azali lagi..dulunya kalau kerat tubuh mereka berdua keluar darah hijau,,begitulah perumpamaan yang Pisau Kedah berikan,,bertapa hard core nya mereka bersama PAS,,namun kekecewaan mereka adalah kerana sikap PAS sudah berubah dari perjuangan sebenar memperjuangkan Islam,,tambahan pulak pemecatan Hasan Ali menjadi penyebab juga mereka keluar dari PAS..

Mereka semua ini adalah orang yang membawa masuk BN di Kampung Batu Besar,Mukim Teloi Tua,Sik.dan menjadi sejarah apabila buat kali pertamanya BN menjejak kaki di tempat berkenaan,,Di sini Pisau Kedah juga nak memperinggati UMNO dan juga Ketua Bahagian Sik,,jangan lupa jasa mereka ini,,kerana jasa mereka,,seramai 61 orang telah menyertai UMNO dan tinggalkan PAS,,dan lebih banyak lagi akan tinggalkan PAS di Kampung berkenaan..semoga mereka di hargai..

Che Uda Che Nik (Ahli Parlimen Sik-PAS)


 Yahaya Abdullah (Adun Jeneri-PAS)

Ahli Parlimen dan juda Adun ini akan merima akibatnya pada PRU 13 ini,



Panas!! Penyokong kuat Pas Pulau Pinang tinggalkan PAS






GEORGETOWN - Merasakan jasa dan khidmatnya dalam Pas seperti tidak diperlukan lagi, Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pulau Pinang, Dr Ooi @ Vellautham mengambil keputusan meletak semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa, hari ini.

Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata, keputusan yang diambilnya itu bukan kerana kecewa terhadap Pas, namun merasakan khidmat dan kesetiaannya kepadaparti itu selama 20 tahun tidak dihargai, selain pandangannya demi kebaikan parti tidak diambil berat oleh kepimpinan tertinggi.

Ooi lebih yakin dengan tindakan itu apabila Pas Pusat dilihat seperti meminggirkan DHPP Pulau Pinang dengan memutuskan untuk tidak memilih calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya terpaksa ambil keputusan berundur sebab tidak lagi dapat melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan selama ini sehingga menyebabkan Pas Pusat meminggirkan kami," katabeliau pada sidang media di sini petang ini.


Dalam pada itu, Ooi berkata, kira-kira 50 ahli DHPP negeri mengambil langkah yang sama dan berkemungkinan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan parti itu.

Ditanya sama ada akan menyertai Barisan Nasional (BN) jika ditawarkan, Ooi berkata, ia akan dipertimbangkan.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Pas menjangkakan akan menurunkan lebih ramai calon bukan Islam pada PRU13.
Berikutan langkah itu, kepimpinan Pas di Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sawarak dan Sabah diminta memberi perhatian dalam pembahagian kerusi termasuk meletakkan calon dari DHPP untuk bertanding. -sinarharian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog