pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, October 25, 2011

LA EHH!! Lagi Ahli Pas Keluar Parti!!



Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.

Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.

Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.

Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.

Monday, October 24, 2011

Pas Kedah Nak Kutip Cukai Tanah Kat PLUS la pulak..



Projek Lebuhraya Utara Selatan (Plus) perlu menjelaskan hutang cukai tanah yang tertunggak sejak tanah milik Kerajaan Negeri diambil alih untuk dibangunkan sebagai Lebuhraya Utara-Selatan.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa sehingga kini tanah yang ditukar milik untuk tujuan pembangunan prasarana di bawah Kanun Tanah Negara, masih belum digazet sedangkan proses pengambilalihan tanah sudah lama diselesaikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menurutnya, mengikut peruntukan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara, tanah berkenaan perlulah digazet dan apabila ia digazet pihak pengurusan perlulah menjelaskan cukai tanah kepada Kerajaan Negeri Kedah sama seperti pembayar-pembayar cukai yang lain.

TUDIAA!! Blogger Pas Kedah, KUTUK blogger pro UMNO Kedah!!

Mc ada baca satu blog penyokong kerajaan negeri Kedah (blog Pas Kedah). Penulisnya membuat komen yang agak sombong menganggap dialah diantara blogger Kedah paling tersohor kononnya, dengan ayatnya yang mengatakan blogger Kedah Pro UMNO sekarang ni, semuanya ranking dah jatuh teruk, disebabkan rakyat Kedah tidak lagi memilih untuk membaca blog Kedah pro UMNO.

Bagi Mc ini satu kenyataan yang melampau dan merendahkan taraf blogger pro UMNO di Kedah.


Apakah blogger pro UMNO Kedah nak biarkan perkara ini terus berlaku atau nak bangkit buat sesuatu bagi mengubah keadaan yang sedia ada sekarang?

Oit.. hangpa dah kena kutuk ni, takkan tak bara kot? Bangun oii bangun..

Tapi Mc juga salah seorang wakil blogger Kedah. Rasanya blog Kedah Ke KL lagi baguih dari blog Kedah La Ni kot..he he..

Mc ni sara blog pakai poket sendiri, depa sana, ada support elaun tiap2 bulan, tapi tak la tera mana sangat. Tu pun dok kata depa baguih kot tu la.

McTheory:
dah kena kutuk, takkan nak tengok saja kot?

Kepada yang tak berkemampuan mencari peguam


Bagi Rakyat Malaysia yang tak berkemampuan melantik peguam
sila layari laman web di bawah

http://www.ybgk.org.my/





Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah diperbadankan pada 25 Januari 2011 hasil keputusan yang dibuat di mesyuarat Jemaah Menteri pada 3 Mac 2010.
YBGK telah ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan bantuan guaman kepada golongan yang tidak mampu untuk mengguna khidmat peguam untuk berhujah bagi kes mereka di mahkamah. Terdapat kira-kira 80% orang yang dituduh yang dibawa ke mahkamah bagi kes jenayah tidak mempunyai peguam untuk membela mereka.

Sunday, October 23, 2011

Ish,Ish,,,apa yang UMNO buat ni?


Kenapalah Dap terlalu menentang kewujudan KR1M..hanya setakat alasan memusnahkan peruncit(tak nampak di mana nak membunuh peruncit)???atau pun memusnahkan pembekal yg sentiasa memainkan harga barang??sehingga naik mendadak,,selepas tu menyalahkan kerajaan...kenap pulak perlu takut??bukankah langkah kerajaan wujudkan KR1M untuk membantu golongan rakyat dan setiap barang di KR1M harganya lebih murah sehingga 40% dan barangnya berjenama 1 Malaysia..

Di sini kita dapat lihat pengunaan jenama 1Malaysia bukanlah satu saingan untuk produk yang berjenama..rakyat berhak memilih barangan yg berjenama atau pun barangan yg semuanya di bawah satu jenama 1Malaysia.selalunya rakyat yg berpendapatan tinggi tidak akan memilih barangan yg di anggap mereka low class..kita dapat lihat apa yg berlaku di Hyper Market yg tak perlulah di sebut namanya..apabila menjual barang di bawah satu jenama syarikat mereka sejak sekian lama,,tapi tak pulak golongan peruncit musnah..tapi apa yg kita lihat berlaku di Hyper Market membawa keluar barang dalam satu jenama..pembeli mempunyai hak memilih...sama ada membeli barangan yg di letak satu jenama,,atau barangan yg berjenama sendiri..tetap terjual.

Sepatutnya golongan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah menggunakan manfaat ini,,kerajaan telah menjaminkan dlm bajet 2012..KR1M akan dibuka seluruh malaysia..bertapa begitu perihatinya kerajaan kita..itu pun masih ada pihak yg memburukan kerajaan.setelah terhasut dengan pihak parti yang tak bertanggungjawap..

Tahukah anda..tentu ada udang di sebalik batu pihak parti yg tak bertanggungjawap itu..kenapa mereka terlalu terasa tergugat dengan perlaksanaan KR1M.sedangkan ianya memberi banyak manfaat kpda rakyat yg berpendapatan sederhana dan rendah..bukan kah PR matlamat mereka Negara Kebajikan..kena inggat itu baru matlamat mereka,,belum tentu terlaksana pun,,sedangkan kerajaan Malaysia sekarang telah melaksanakan kebajikan sejak sekian lama..dan perubahan demi perubahan untuk kerajaan pastikan kebajikan itu kpda rakyat..

Apa hujahnya yg menyatakan peruncit tak akan musnah..cuba kita lihat perlaksanaan hospital kerajaan,,klinik 1 malaysia yg hanya menggenakan RM1 kepada rawatan pesakit luar dan ubat-ubatan,,sedangkan klinik swasta atau hospital jauh lebih tinggi..tapi knpa klinik swasta dan hospital swasta tumbuh bagaikan cendawan,,tak juga musnah..sedangkan hyper market juga membawa keluar barangan di bawah satu jenama syarikat mereka..tak juga peruncit musnah.bukankah kuasa membeli terletak ditanggan pembeli dan pengguna....

tepuk dada tanya hati..knpa rakyat tak di beri pilihan barangan yg murah oleh Pakatan Rakyat untuk membeli sekiranya wujudnya KR1M,,bukankah kerajaan telah menjaminkan harganya serendah sehingga 40% dari harga pasaran,,tapi yg bezanya cuma barangan tersebut di letakan dlm satu jenama.

TUDIAA!! PRU ke 13 ni UMNO Kedah Bungkuih lagi??

Ada satu kumpulan yang mengelarkan diri mereka Istiqlal Center. Mereka ni sebuah badan bebas yang terdiri dari sukarelawan IPT selesai menyiapkan sebuah kajiselidik berhubung 'Sikap Politik Terkini Rakyat Kedah' berhubungan dengan pasca Bajet 2012 di seluruh negeri Kedah. Kumpulan yang menamakan diri mereka Istiqlal Center itu telah menemui 1440 rakyat Kedah secara rambang tetapi masih mengikut peratusan kaum yang terdapat dalam satu-satu kawasan DUN.


Antara beberapa penemuan agak menarik dalam kajiselidik tersebut ialah:

1) PAS 'kalah' di 3 kerusi DUN iaitu Jeneri, Bukit Lada dan Ayer Hitam, di samping mengekalkan kesemua yang dimenangi pada PRU 12.

2) BN 'kalah' di 4 kerusi DUN iaitu Derga, Gurun, Guar Chempedak dan Bakar Bata, di samping mengekalkan semua kerusi yang dimenangi PRU 12.

3) Sekali imbas faktor 'luar bandar dan bandar' dan 'komposisi kaum' menjadi faktor yang ada hubungkait. Misalnya BN amat sukar memenangi kawasan di mana majoriti bukan Melayu melebihi 20%. Bakar Bata misalnya mempunyai bukan Melayu 30%, meletakkan Datuk Bashah dalam keadaan sukar kalau masih mahu bertahan di situ.

4) Umumnya sokongan rakyat terhadap PAS/PR dalam konteks memerintah Kedah adalah seperti berikut:


Maklumat yang Mc dapat di atas Mc ambil dari blog Pas Kedah. Mc bukan nak suruh kita yang baca ni percaya, tapi Mc nak bagitau, depa kat sana dah mula psywar terhadap orang UMNO/BN.

Apa mereka harap dengan kabar dan berita macam ni, boleh membuatkan UMNO/BN Kedah lemah dan menyerah? Jangan pulak ada yang betui2 menyerah.

Benda ni biasa la, ni di namakan reseach syok sendiri. Sendiri kaji, sendiri selidik, sendiri puji, sendiri tulis. Kemudian sendiri senyum sorang2, silap2 gila lagu tu la.

Nak bagitau ni, Mc ada buat reseach pasal kumpulan IPT yang sukarela tu, jawapannya, nama kumpulan Istiqlal Center tu, dalam Malaysia ni tak wujud pun. Paling dekat cuma ada kat Jakarta. Takkan depa import tukang reseach dari Jakarta kot?

Kalau kumpulan pun tak wujud, macam mana dengan reseach ni? Boleh pakai ka?

Tak payah Mc bagi jawapan la, sendiri fikir.

McTheory:
memang puak Pas ni kaki pembelit.

KANTOI HANTU UMNO DI LANGKAWI

                                                              Pengundi Hantu tampil

 Langkawi :  Seorang pengundi baru di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat Langkawi yang di tuduh sebagai pengundi hantu telah tampil membuktikan tuduhan yang di lakukan oleh geng PR kawasan tersebut ke atas dirinya..Pengundi baru tersebut yang bernama Yusri Che Zainol (34 tahun ) melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati apabila ada pihak tertentu dalam PR cuba mempertikai hak beliau sebagai pemilih. sedangkan setiap rakyat di negara ini berhak memilih siapa pemimpin mereka..
 
Saudara Yusri telah menetap di kawasan itu (Taman Nilam Langkawi) sejak 3 tahun lalu...dan terkejut apabila kira-kira seminggu lepas dia mendapat notis serahan tangan meminta beliau menghadiri perbicaraan  awam yang di kendalikan SPR Kedah di pejabat Daerah Langkawi pada 21/10/2011.oleh kerana perbicaraan itu,beliau terpaksa meminta cuti  untuk menghadiri perbicaraan yang mempertikai status sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Ayer Hangat.

Turut menemani Saudara Yusri pada perbicaraan itu adalah Adun Ayer Hangat Yb Mohd Rawi Abdul Hamid dan Timbalan Ketua UMNO bahagian Langkawi,,saudara Mansor Bahari...Pada masa yang sama Yb Mohd Rawi Abdul Hamid meminta SPR menyemak semula prosedur bantahan yang di dakwa beliau longgar dan membuka ruang-ruang kepada individu yang tidak bertanggung jawap (PR la tu,,) mengatur strategi menggugurkan nama pengundi daripada daftar pemilih


PSST...
   Kan dah terkantoi PR di Langkawi..individu yg di dakwa mereka sebagia pengundi hantu tampil di dalam perbicaraan awam yang di kendalikan SPR Kedah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog