pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, December 22, 2012

Tu Dia !!! PAS Kedah Semakin Bebal Untuk Menzalimi Rakyat #tukarkedah


Jika tulisan boleh berbunyi, rungutan dan keluhan boleh didengar sekuat-kuatnya, tentulah bising, riuh rendah, gamat lagi bingit jadinya negeri Kedah dengan seruan memanggil Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. 

Serata ceruk akhbar, blog dan laman web sedang memanggilnya, serata ceruk kampung sedang menyebut namanya, meminta beliau bangun dari tidur dan melihat apa yang terjadi di negerinya. Semua orang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan tidak terkawal di negeri Kedah kini berada di tahap kronik dan bakal menyebabkan bencana. Semua orang mengharapkan beliau menjawab dan seterusnya menyelesaikan apa jua masalah yang melanda. 

Namun, sehingga habis empangan tercemar, sehingga habis sungai menjadi keruh dan gondol hutan-hutan dikerjakan, Azizan masih terus berdengkur. Amaran dari pihak Jabatan Alam Sekitar juga tidak diambil endah, malah sepatah pun Azizan tidak berkata apa-apa, baik di dalam media perdana, jauh sekali di media pembangkang. 

Kata orang Azizan tidak tahu apa-apa, maklumlah, akhbar Harakah langsung tidak melaporkannya. 

Walaubagaimanapun, memandangkan Azizan pernah mengugut untuk menebang balak di kawasan tadahan, maka tidak salah jika kita mengesyaki yang Azizan bukan tidak tahu tetapi cukup maklum mengenai pembalakan tidak terkawal di kawasan tadahan di Kedah. Lebih-lebih lagi apabila Azizan sendiri pernah bermegah kerana berjaya meningkatkan hasil pungutan balak daripada RM35 juta kepada RM39 juta sejurus selepas PAS mengambil alih Kedah. 

Bukan sahaja Azizan, tetapi Amirudin, exco Kedah, pada Mei lalu juga masih lagi berceramah megah mengenai ‘kebijaksanaan’ PAS membuat keuntungan dari pembalakan. Dalam satu video ceramahnya, Amiruddin berbangga mengumumkan pendapatan Kedah dari pembalakan melonjak sehingga RM48.5 juta pada tahun 2010 dan seterusnya, pada tahun 2011 pula sehingga RM80 juta! 

Lihatlah saja cerdik tak cerdiknya kerajaan PAS Kedah. Walaupun ketika orang ramai sedang menjerit-jerit memberitahu bahawa pembalakan di Kedah sudah tidak terkawal, kronik dan membawa bencana tetapi pemimpin-pemimpin PAS Kedah berbangga pula kerana dapat meningkatkan pendapatan dari punca bencana itu. 

Kita percaya, sehingga kini tiada seorang pun dari pemimpin PAS Kedah yang prihatin dan turun melihat sendiri apa yang berlaku bagi mengesahkan pendedahan ini. 

Kerana itu, kita mengesyaki yang pemimpin PAS Kedah sebenarny sedia maklum mengenainya tetapi sengaja membiarkan saja keadaan menjadi buruk kerana tidak tahu cara lain lagi untuk menjana kewangan negeri. 

Mereka tidak mampu membawa masuk pelaburan dan tidak pula dapat meningkatkan pendapatan anak-anak syarikat kerajaan negeri. Lalu, balak sajalah jawapannya, tidak kira yang sebesar pemeluk atau sebesar jari, semuanya ditebang asalkan ia mampu membawa masuk sedikit wang kepada negeri, atau mungkin juga ke poket sendiri. 

Tidak cukup balak di negeri sendiri, kerajaan PAS Kedah juga memalukan negara dengan projek balak di Papua New Guinea. Pembelian saham projek pembalakan dan peladangan bernilai RM31.21 juta oleh Kedah Corporation Berhad (KCB) mendedahkan satu penyelewangan dalam bentuk sogokan kepada Menteri negara itu. 

Laporan audit negara 2011 melaporkan kerugian yang membabitkan pembayaran goodwill kepada vendor sebanyak RM1.21 juta, pembayaran perbelanjaan mobililisasi (RM3 juta), komisyen dan yuran guaman pinjaman (RM1.6 juta) dan pinjaman dari lima syarikat dan kos berkaitan (RM7.68 juta) mulai 2007 hingga Mac 2011. Projek tersebut, bagaimanapun tidak berjalan.

Yang membuatkan kita bukan sahaja menggeleng-gelengkan kepala, tetapi ternganga kehairanan ialah semua perjanjian ini dilakukan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah. Sama ada kerajaan negeri Kedah termaklum atau tidak mengenainya, masih lagi menjadi tandatanya. Ini kerana, tiada sepatah pun respon dari Azizan dan sesiapa jua dari kerajaan negeri untuk menjelaskan perkara ini kepada umum. 

Sikap kekampungan PAS kini terbukti menimbulkan masalah di mana mereka mengurus negeri bagaikan mengurus sebuah kampung. Etika dan professionalisme langsung tidak wujud dalam pentadbiran mereka. Prosedur dan undang-undang adalah perkara asing bagi mereka. 

Dalam pada itu, mereka amat tergila-gilakan kuasa dan masih teruja dengan kedudukan dan jawatan. Mereka mengalami kejutan budaya bila berada di atas. Sangka mereka, negeri, negara dan dunia ini, diperintah secara suka-suka hati pemimpin kerana kuasa ada di tangan mereka. Oleh itu, apapun yang diperkatakan oleh media dan apapun yang disungutkan oleh rakyat terhadap kepimpinan mereka dianggap sebagai asam garam politik semata-mata. 

Bagi PAS, jika Kedah akan ditenggelami lumpur, itu sudah takdir. Jika rakyat sakit akibat bekalan air tercemar, itu adalah ujian. Jika ada rakyat Kedah yang mati dalam banjir lumpur, itu sudah ajalnya. 

Ia bukan tanggungjawab mereka, kerana kerajaan PAS Kedah perlu buat duit untuk negeri, dan satu-satunya cara yang ada ialah dengan menebang balak sebanyak yang mungkin dan selagi ia boleh dilakukan sementara kuasa masih di dalam tangan. - Kedah Ke Kl

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog