Kehadiran Mantan Perdana Menteri, Ayahnda Tun Mahathir ke Sik telah menyuntik semangat kepada ahli UMNO Sik supaya memberi sokongan padu kepada calon yang di pilih kepimpinan parti untuk menghadapi PRU 13 ini.
Sebelum memberi ucapan di dewan IKM Sik, Ayahnda Tun Mahathir telah di bawa Ketua UMNO Bahagian Sik, YB Datuk Tajudin Abdullah ke kampung Landai yang terletak di Gulau, Sik untuk melihat kezaliman yang telah di lakukan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS kepada penduduk di kampung tersebut.
Jambatan berkenaan merupakan satu-satunya jalan di gunakan penduduk kampung untuk ke jalan utama yang terletak di seberang sungai.
Rata-rata penduduk kampung berkenaan merasa bimbang dengan permasalahan yang sedang mereka hadapi kerana anak-anak mereka yang bakal mulakan persekolahan tidak lama lagi, terpaksa melalui jambatan yang rosak teruk untuk ke sekolah.
Lebih membimbangkan penduduk kampung berkenaan apabila berlaku kematian kerana kesukaran penduduk kampung untuk mengusung jenazah ke kubur yang terletak di seberang sungai .
Justeru dari permasalahan yang di hadapi penduduk kampung, Adun Belantik, Tajudin Abdullah meminta Kerajaan Negeri mengambil sikap bertanggungjawap ke atas ke zaliman yang telah di lakukan mereka terhadap rakyat.
No comments:
Post a Comment