Pisau Kedah hairan la ramai dari kalangan pengamal media sosial Facebook, Twitter dan Blog cuba memutar belitkan maklumat PALSU berkenaan isu rusuhan yang berlaku di Sungai Petani sehinggakan ada yang cuba mempolitikan untuk kepentingan PRU13.
Apa yang berlaku sebenarnya bukanlah membabitkan ketidak puasan hati antara kaum tercetusnya pergaduhan di Flat Paya Nahu pada awal-awal pagi 16 /12/2012, ianya membabitkan pergaduhan antara 2 kumpulan rempit remaja India dan remaja Melayu terdiri dari 13 individu kesemuanya yang mempunyai kaitan dengan masalah perlumbaan .
Apabila 2 kumpulan terbabit bergaduh, mula la masing-masing nak tunjuk hebat bawa geng masing-masing untuk bergaduh bagi menunjukan siapa kuat siapa lemah.
Pergaduhan berkenaan sudah pun dapat di kawal pihak PDRM dan tiada apa-apa yang berlaku selepas itu. Penduduk di Flat Paya Nahu yang terdiri dari berbilang kaum menjalankan aktiviti harian macam biasa termasuklah penduduk di Taman Bandar Baru, Taman Keladi dan Taman Ria Jaya yang di katakan sedang dalam keadaan darurat semalam.
Hari ini Pisau Kedah membuat tinjauan sekali lagi di tempat yang di katakan sedang tercetus rusuhan kaum, apa yang dapat di lihat tiada apa-apa yang berlaku cuma di kawasan Flat Paya Nahu pihak Polis terpaksa membuat sekatan jalan raya bagi mengelak kejadian yang tidak di ingini setelah berlaku penyebaran maklumat PALSU berkenaan rusuhan itu.
Gambar di atas adalah gambar yang di ambil pada 16 hb lalu di mana ketua-ketua penduduk yang terdiri dari kaum India dan kaum Melayu untuk di beri taklimat oleh pihak PDRM berkenaan kejadian pergaduhan yang berlaku di Flat Paya Nahu pada awal pagi bagi mengelak dari mendapat maklumat yang di putar belit.
Pada mulanya ada pihak yang tidak bertanggungjawap (di percayai kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani ) memuat naik gambar pemuda yang cedera akibat pergaduhan pada 16 hb lalu membabitkan 2 kumpulan remaja yang tidak berpuas hati berkenaan perlumbaan yang telah di adakan.
Seramai 5 orang telah tercedera akibat pergaduhan itu. 4 orang dari 5 orang yang tercedera di benarkan keluar dari hospital setelah mendapat rawatan, dan seorang masih lagi di rawat sehingga kini setelah mengalami kecederaan di tangan yang agak serius.
Semua harus tahu bahawa punca pergaduhan di Flat Paya Nahu adalah berpunca dari ketidak puasan hati selepas berlumba dan bukannya berunsur perkauman selain itu pergaduhan itu tidak ada kena mengena dengan politik seperti yang di mainkan pihak yang tidak bertanggungjawap mencari keuntungan politik masing-masing.
Sekiranya maklumat PALSU terus di sebarkan, tidak mustahil pergaduhan kaum akan berlaku kerana maklumat PALSU yang di sebarkan boleh mengwujudkan perasaan syak wasangka terhadap kaum lain dan boleh jadi tegang sekiranya berlaku sesatu perkara kecil sehingga membawa ke masalah besar.
Pihak polis seharusnya mengambil tindakan keras kepada sesiapa saja yang cuba memutar belitkan kisah yang berlaku.
1 comment:
ada sekoq blogger cap bulan kata kerja BN sebab takut kalah kali ni jadi nak cetus kekacauan kaum supaya BN terus berkuasa. Kemudian sampuk pula sekoq lagi dalam komen terus sebut Mageran pulak.
Post a Comment