Pagi tadi semasa Pisau Kedah dalam perjalanan ke Pendang, telah berlaku satu kebakaran di Pondok Haji Wan Long, Kampung Pokok Asam, Jalan Kubor Panjang, Pendang.
Kebakaran itu telah mengakibatkan 5 biji buah pondok hangus sama sekali, namun tiada kemalangan jiwa yang telah berlaku kerana ketika itu penghuni tidak berada di dalam pondok berkenaan
Menurut penduduk yang duduk berhampiran, kebakaran mula di sedari pada pukul 9.30 pagi dan telah menghubungi Balai Bomba Pendang untuk memadamkan kebakaran yang berlaku dengan cukup pantas kerana kebanyakan struktur kelima-lima pondok berkenaan di dirikan menggunakan kayu.
Pihak bomba masih lagi menyiasat punca kebakaran dan nilai kerugian yang di hadapi kelima-lima penghuni pondok berkenaan.
No comments:
Post a Comment