Peminat-peminat semua dapat menilai sejauh mana mutu pengadilan, pengadil dari Korea yang terpaksa Malaysia hadapi
Di sebalik kekalahan yang terpaksa kita terima dengan redha, media pro Pakatan Haram telah mempolitikan isu kekalahan skuad Harimau Malaya ini dengan memberi kenyataan yang cukup bodoh dan tak masuk akal.
Lihat la ulasan di bawah ini yang Pisau Kedah ambil dari media Pakatan Haram.. Suara Pakatan Rakyat
PENULIS ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Thailand kerana berjaya layak peringkat akhir Piala AFF menyingkirkan pasukan Malaysia yang kelihatan macam Harimau tidak ada gigi sekarang.
Kemenangan Thailand sebentar tadi, pertama sekali berjaya membuktikan tekaan penulis sebelum ini mengenai setakat mana sahaja pasukan kebangsaan mampu pergi adalah benar dan keduanya kerana berjaya menjadikan Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak nampak seperti orang bodoh!!
Ketika pertama kali penulis mengatakan kedatangan Najib melawat latihan pasukan kebangsaan sebagai membawa sial, penulis menerima pelbagai kecaman dari peminat taksub bolasepak Malaysia. Begitu juga bila penulis menulis mengenai Malaysia diambang kekalahan berikutan keputusan seri dengan Thailand Ahad lepas, juga penulis menerima respon yang hampir serupa.
Dan sekarang bila telahan penulis terbukti benar (buat kesekian kalinya), nak tahu juga apa pula komen mereka.
Nasib baik ada beberapa keputusan kontroversi oleh pengadil dari Korea Selatan, ada juga alasan yang boleh diberikan jurulatih, Datuk K Rajagopal kepada para peminat disini yang rata-rata naik angin dengan strateginya yang jelas sudah ketinggalan zaman.
Pasukan negara terbukti tidak boleh main, maklumlah mereka sudah biasa bermain mengikut skrip, bila terpaksa bermain tanpa skrip seperti tadi, masing-masing main macam orang cacat!!
Inilah akibatnya pengurusan FAM tidak dikendalikan dengan betul. Kalau dah banyak sangat campur tangan politik, sehingga ke sesi latihan, apa yang boleh dicakapkan lagi? Lawatan Najib tempoh hari pada penulis campur tangan politiklah sebab memberi tekanan tidak perlu kepada pemain.
Harimau Hilang Taring
Sekarang barulah peminat tahu, persembahan para pemain sepanjang liga tempatan berlangsung hanyalah drama dan mengikut skrip semata-mata, dengan penonton hanya menjadi pak pacak yang dibodoh-bodohkan tanpa mereka sedar.
Penulis tidak kisah soal patriotisme disini kerana itu bukan isunya. Penulis hanya berminat dengan kebenaran, dan kebenarannya ialah mutu pemain bolasepak kita tidaklah sehebat seperti yang dijangka ramai orang jika hanya bersandarkan kepada prestasi di liga tempatan.
Kerana itu bukanlah gambaran yang sebenarnya.
Hanya Pakatan Rakyat yang mampu membuat perubahan dengan memberi penekanan kepada kualiti pengurusan pasukan bolasepak kebangsaan sehingga menjadi antara pasukan yang dihormati di dunia seperti suatu waktu dulu. Disamping menghapuskan unsur-unsur rasuah dan perjudian jika ada.
Maka itu dalam pilihanraya umum akan datang, jika rakyat mahu melihat perubahan ketara dalam sukan bolasepak dan sukan-sukan lain di negara kita, undilah Pakatan Rakyat kerana hanya kami dan kami sahaja yang mampu mengangkat maruah bolasepak negara tanpa perlu Datuk Seri Anwar menjejak padang sekalipun seperti kerja bodoh yang dilakukan Najib.
Percayalah.
p/s Pengurus pasukan kebangsaan Datuk Subahan Kamal adalah orang UMNO, saja nak disebutkan disini.
2 comments:
MAKA JIKA MAHU BOLA SEPAK KEDAH KEMBALI MAJU PAS PERLU DITUMBANGKAN DALAM PRU AKAN DATANG SEBAB PASLAH BOLASEPAK KEDAH HANCUR. TAK GITU.
sial betul bola pun nak di politik kan...pokemak tul puak2 anak haram ni!!!!
Post a Comment