Pisau Kedah tak sangka yang PAS Kedah ada juga menternak blogger pencacai yang cukup bengap di dalam nak putar beli isu.
Apa yang di putar belit oleh blogger pencacai PAS adalah kisah projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea yang telah mengakibatkan kerugian besar terhadap syarikat GLC bawah naungan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) iaitu syarikat Kedah Corporation Berhad (KCB)
Tak ada maknanya UMNO nak pertahankan bekas CEO KCB, Akashah Ismail sekiranya benar-benar dia menyeleweng duit KCB. Si Akashah ni tak ada kepentingan langsung terhadap UMNO Kedah dari dulu sehingga sekarang.
Sekiranya Kerajaan Pentadbiran PAS, menyatakan Akashah yang menyeleweng duit KCB sehinggakan KCB terpaksa tanggung kerugian yang besar terhadap projek KCB di Papua New Guinea, mengapa tidak pernah sekali pun Kerajaan Pentadbiran PAS mendakwa Akashah ke muka pengadilan semenjak projek Papua New Guinea di arahkan berhenti pada awal tahun 2010.
Mengapa setelah tercetus isu ini melalui Audit Kedah baru puak PAS nak mengelabah membuat laporan terhadap pihak berkuasa berkenaan isu projek Papua New Guinea dengan menyalahkan Akashah untuk menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang di terajui PAS.
Yang menjadi persoalan di mana Kerajaan Negeri untuk membuat laporan terhadap penyelewengan Akashah ?
Yang menghairankan lagi, kenapa sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri Yang di tadbir PAS tidak berani menghadapkan Akashah ke muka pengadilan berkenaan isu projek Papua New Guinea untuk di siasat sekiranya Kerajaan Negeri mempunyai bukti yang kukuh bahawa Akashah telah menyeleweng masa menjadi CEO KCB.
Apa yang terjadi selepas projek berkenaan di hentikan PMBKed, Akashah telah di berhentikan dari menjadi CEO KCB tanpa sebarang notis sehingga telah membuat Akashah bertindak mengambil keputusan menyaman Kerajaan Negeri. Namun di sebabkan Kerajaan Negeri tak berani berhadapan dengan Akashah di dalam Mahkamah, Kerajaan Negeri telah meminta kes yang di bawa Akashah ke mahkamah di selesai luar mahkamah dan Kerajaan Negeri telah membayar kepada Akashah sebanyak RM60,000.
Mengapa Kerajaan Negeri tidak berani nak berhadapan dengan Akashah di mahkamah ?
Sekiranya Datuk Manaf Abd Hamid yang menjadi punca kegagalan projek Papua New Guinea, kenapa Kerajaan Negeri tidak pernah mendakwa Datuk Manaf , empunya syarikat MAS Corporated ?
Kalau blogger pencacai PAS Kedah nak pertikai Datuk Manaf tu dulu ahli UMNO semasa di zaman Tan Sri Osman Aroff, blogger pencacai PAS Kedah perlu juga mempertikai Azizan Razak, Mahfuz dan Ir Amiruddin yang dahulunya ahli UMNO juga.
Kalau blogger pencacai PAS Kedah tak percaya, cuba tanya Azizan Razak, Ir Amiruddin dan Mahfuz Omar, dahulu mereka ni ahli parti mana dan kenapa mereka keluar dari UMNO.
Bab yang last apa yang di perkatakan blogger pencacai PAS Kedah nampak sah-sah blogger terbabit bengap gila dalam nak putar belit isu.
Woiii bengap !!! kalau nak menipu tu agak-agak la.. kalau ya pun Akashah telah membayar tuntutan dengan 150 keping cek yang setiap satunya bernilai RM 10,000 , tak kan bahagian kewangan syarikat KCB tak pernah bentangkan belanjawan syarikat di dalam mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah di mana Azizan Razak adalah Chairmannya ?
Kalau pencacai boleh buktikan yang Akashah bertanggungjawap meluluskan pembayaran tuntutan 150 keping cek tu lagi bagus.. sebab senang la dia di sabitkan kesalahan. Tapi harus di ingat apa-apa pun Azizan Razak perlu bertanggungjawap sebab dia merupakan pengerusi dalam KCB yang patut selalu mengetahui akan belanjawan KCB melaui mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah.
Pisau Kedah :-
Dari maklumat yang Pisau Kedah dapat dari rakan Akashah bahawa Akashah nak saman Kerajaan Negeri untuk kali ke dua, tapi kali ni atas saman malu dan ia membabitkan jumlah yang agak besar berikutan dia di pecat tanpa sebarang notis.
Kes yang pertama pun Kerajaan negeri takut nak berhadapan dengan Akashah, entah la Kes yang ke 2 ni, Kerajaan Negeri pentadbiran PAS ada teloq atau tidak nak berhadapan dengan Akashah dalam mahkamah.
Pisau Kedah cuba nak sarankan la kepada rakan Akashah ni agar sampaikan pesanan kepada Akashah supaya masukan sekali saman malu pasal kes projek Papua New Guinea ni. Sebab rakan Akashah kata, Akashah akui tak pernah sain pun satu cek untuk membuat pembayaran kepada tuntutan dalam projek Papua New Guinea ni.
No comments:
Post a Comment