pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, November 26, 2012

Bukti Golongan Muda Berpelajaran Tinggi Menyokong Kerajaan @NajibRazak @KhairyKJ @Razaliibrahim @TunFaisal @RazlanRafii



Seramai 3,500 mahasiswa seluruh negara berbilang bangsa menghadiri Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 yang diadakan di Dewan Merdeka, aras 4 PWTC Kuala Lumpur siang tadi.

Majlis yang disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berlansung dengan penuh keharmonian dan profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh para peserta.

Sesi dialog atau soal jawab turut mengambil tempat secara langsung antara mahasiswa dan Muhyiddin.

Selain ucaptama dan perasmian oleh Muhyiddin, tokoh-tokoh pemimpin seperti YB Datuk Sri Ahmad Shabery Chik dan YB Datuk Razali Ibrahim turut mengisi slot konvensyen tersebut dengan jayanya.

Mahasiswa yang hadir adalah sebahagian dari penuntut universiti yang bakal menerajui negara kelak dan konduk diri yang profesional dipertontonkan mereka adalah jauh berbeza dari segelintir masyarakat yang berdemonstrasi dan berjerit tempik seperti dilakukan oleh kumpulan Anti-Lynas dan Dong Zong pada waktu yang sama di tempat berbeza.



Antara mahasiswa yang ditemui rata-rata menzahirkan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap transformasi kerajaan terutama dengan pindaan AUKU baru-baru ini serta pemberian taraf otonomi kepada universiti.

Tidak hairanlah jika pilihanraya kampus 2012 yang baru berlangsung memperlihatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dikuasai oleh Aspirasi Mahasiswa yang mendominasi 18 dari 20 universiti utama, Malaysia.


Team Media Selangor

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog