pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Thursday, November 22, 2012

Panas !!! PAS Di Bogelkan Zulkifli Noordin Berkenaan Doa BN KO



ZULKIFLI BIN NOORDIN


Dunia Islam dikejutkan dengan peristiwa solat hajat dan doa anjuran PAS di Stadium Kota Bharu hari Sabtu 03 Muharram 1434, bersamaan 17 Nov 2012. Program yang dibuat sempena Muktamar PAS 2012 yang diadakan di PUTIK Kelantan tahun ini. Muktamar terakhir sebelum PRU 13.

Dalam keadaan umat Islam baru sahaja memasuki awal Muharram 1434, sempena menyambut peristiwa Hijrah Rasulullah saw daripada Makkah ke Madinah. Peristiwa yang melihat bagaimana Rasulullah telah mendamaikan dua suku Yathrib yang berperang lebih 200 tahun iaitu Auz & Khazraj; yang kemudiannya memeluk Islam dan dikenali sebagai kaum Ansar.

Kemudian Rasulullah saw berjaya mempersaudarakan sahabat Baginda yang berhijrah daripada Makkah yang dikenali sebagai Muhajirin dengan kaum Ansar daripada Yathrib, kemudiannya membentuk sebuah Daulah Islamiyyah yang dikenali sebagai Madinatul Munawwarah.

Peristiwa Hijrah adalah iktibar bagaimana perdamaian dibina dan ukhwah dimantapkan diantara dua golongan yang saling berperang dan bermusuhan. Peristiwa Hijrah adalah iktibar dimana persaudaraan dijalin diantara dua golongan yang langsung tidak kenal mengenal antara satu sama lain. Perdamaian dan persaudaraan yang membawa kepada Islam menjadi makin kuat dan mantap.

Dalam keadaan meraikan peristiwa Ma'al Hijrah itu, teman ingatkan sudah tentu umat Islam masakini akan mengambil iktibar daripada apa yang diajar oleh Rasulullah saw, iaitu membina kedamaian dan menjalain persaudaraan sesama Islam.

Umat yang berlainan bangsa dan darjat, tetapi punya Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Kiblat, Satu Aqidah; sewajarnya menjadi Satu Umat!

Alas! Rupanya sebaliknya terjadi di bumi Islam Malaysia! Akibat keghairahan politik kepartian tanpa batas, akibat terlalu gila mabukkan kuasa politik, sempena Muktamar Agong PAS, mereka mengadakan solat hajat dengan doa supaya umat Islam lain yang tidak sehaluan aliran politik dengan mereka dihancurkan! PAS membuat solat hajat dan doa supaya UMNO dihancurkan!!!

Pada teman, ini adalah jelas satu tindakan yang langsung tidak Islamik, bercanggah dengan syariat, menyalahi adab dan tata kesusilaan kemanusiaan, dan menggambarkan tindakan liar berbentuk kehaiwanan politik yang melampau dan desperado! Baca Seterusnya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog