Alhamdulillah. Dengan sekali lafaz, Diana Danielle sah bergelar isteri kepada Farid Kamil dalam satu majlis ringkas tapi meriah di Ampang, Selangor pagi ini.
Pasangan ini di’ijabkabulkan oleh Ustaz Hj. Daim Jajuli yang merupakan Pegawai Tadbir Agama Daerah Gombak tepat jam 9.15 pagi ini di Hotel Flamingo, Ampang.
Majlis pernikahan mereka di’hadiri oleh lebih 300 orang tetamu dan perjalanan majlis akan di’siarkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) jam 9.00 malam ini.
Pernikahan Diana Danielle & Farid Kamil hari menjadi perhatian ramai selepas mereka membuat pengumuman mengejut selepas hanya kurang 2 bulan bertunang.
UPDATE-1: Mas kahwin pasangan ini berjumlah RM10,000
Kalau nak tengok lebih lagi gambar pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle sila klik sini
No comments:
Post a Comment