Agak melucukan apabila melihat Pengerusi DAP, Karpal Singh terpaksa sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hukum hudud sekiranya gabungan pembangkang itu berjaya menjajah Putrajaya pada PRU ke-13 nanti.
Dia sebelum ini, sama ada sebelum berkerusi roda ketika mudanya dan sehinggalah kini terpaksa berkerusi roda ketika tuanya, sudah berkali-kali mengeluarkan kenyataan menolak hudud kepada mereka yang “bebal” seperti para pemimpin PAS.
Kononnya dengan penegasan itu, maka PAS akan faham, mengerti dan akur dengan kehendak golongan kafir harbi yang sememangnya menentang sebarang usaha untuk mengimarahkan Islam di negara ini.
Mungkin Karpal fikir bahawa dengan penegasan tersebut maka PAS, khususnya Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi akan diam tertunduk akur dengan keputusan yang dilakukan oleh “boss” atau “mastermind” Pakatan Haram tersebut.
Dia tidak sedar bahawa puak-puak PAS memang bengap untuk memahaminya…
Namun, DAP perlu tahu bahawa dengan bertanding sebanyak 47 kerusi Parlimen pada PRU ke-13 nanti, ia tidak akan menjamin bahawa perlaksanaan hukum hudud tidak akan dilaksanakan oleh PAS!
Untuk menafikan suara PAS untuk melaksanakan hukum hudud, DAP sebenarnya perlu bertanding lebih dari 90 kerusi Parlimen dan menang semua kerusi-kerusi yang ditandingi itu tanpa kalah pada satu pun kerusi tersebut.
Persoalannya, mampukah DAP berbuat demikian?
Baru-baru ini Nasrudin Tantawi yang kurang matang sedikit tentang “tahaluf siyasi” mendedahkan bahawa biarpun tanpa sokongan DAP, PAS tetap akan meneruskan perjuangan parti itu untuk melaksanakan hudud di Malaysia.
Nasrudin sedar, biarpun dia tahu PAS tidak cukup ilmu untuk bermuzakarah dan mengkaji draf hukum Allah dan hanya mampu mencipta draf hudud yang dipenuhi cacat cela, partinya tetap mahu melaksanakan hukum itu.
Dia berhujah bahawa seramai 130 orang Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu beragama Islam dari Pakatan Haram akan bersetuju untuk melaksanakan hudud, sekaligus menafikan suara DAP dan Karpal Singh!
Sekiranya diteliti dari dua kenyataan dari PAS dan DAP ini, kita akan dapat melihat bagaimana PAS tidak ikhlas dan cuba “menipu” DAP dalam sudut “tahaluf siyasi”.
Pada PAS, parti itu kononnya berlakon mendiamkan diri terlebih dahulu mengenai perlaksanaan hudud dan membiarkan DAP menyalak mengenepikan hukum tersebut bagi memenangi hati kaum bukan Islam pada PRU ke-13 nanti.
Dalam masa yang sama, PAS juga akan mendapat keuntungan dari lakonan tersebut di mana para pengundi bukan Islam akan rela hati mengundi PAS nanti kerana menjangkakan bahawa Pakatan Haram tidak akan melaksanakan hudud.
Dan PAS akan berusaha bermati-matian untuk meminta kerusi lebih pada PRU ke-13 nanti bagi menjadikan mereka memiliki majoriti Ahli Parlimen di dalam gabungan Pakatan Haram yang menang bertanding.
Dari itu, PAS dijangka akan menekan dan memaksa DAP untuk tunduk pada kemahuannya bagi melaksanakan hukum hudud. Mungkin itulah perancangan PAS…
Tapi perancangan itu ada kelemahannya di mana PAS perlu mendapatkan sokongan dari beberapa Ahli Parlimen PKR yang beragama Islam untuk menyokong hukum tersebut di dalam sidang Dewan Rakyat kelak.
Persoalannya, apakah PKR akan menyokong PAS? Rasanya dari gerak-geri PKR sekarang, jelas menunjukkan bahawa “telur” Anwar sedang digenggam kemas oleh para pemimpin DAP, termasuk Karpal yang banyak menyimpan rahsia “gelap” Ketua Umum PKR itu.
Nampaknya “pi mai pi mai tang tu” juga. PAS takkan dapat merealisasikan perlaksanaan hukum hudud itu walau apa jua cara pun kecuali parti itu bergabung dengan BN dan mengkaji perlaksanaan hukum itu sehingga “jaamiq dan maaniq”.
DAP takkan rela melaksanakan hudud sampai kiamat. PKR pula akan terus “digenggam telurnya” oleh DAP dan PAS pula akan terus “dikeldaikan” sehina-hinanya. Agak memalukan bagi PAS, namun itulah hakikat yang terpaksa ditelan oleh pak-pak lebai PAS itu…
Pisau Kedah :-
Lepas ni Karpal Singh layak mengantikan tempat Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS, Ulama PAS dengan Pemuda PAS boleh gadai teloq kat pacak gadai.
No comments:
Post a Comment