pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, August 27, 2012

Kereta Yang Tak Akan Mungkin Di Benarkan Bergerak Di Jalan Raya Malaysia

Manusia sekiranya untuk memenuhi kepuasan hidup hati sanggup melakukan apa sekali pun demi apa yang di hajat tercapai.

Bagi manusia yang kepuasannya hanya dapat di penuhi dengan mengubah suai kenderaan pastinya ianya akan melibat kos yang begitu tinggi untuk mencapai apa yang di hajati tak kiralah apa jua halangan walau pun terpaksa bergolok bergadai.

Di Malaysia mengubah suai kenderaan sememangnya tak dapat lari lagi. Selalunya ianya melibatkan ubah suai enjin ke tahap yang lebih power, pengubah suaian sistem audio supaya nampak lebih mantap dan pengubah suaian dari segi visual supaya nampak cantik di pandangan mata.

Namun apa yang di lakukan di Malaysia tidaklah segila apa yang di lakukan oleh segelintir peminat pengubah suaian kenderaan di luar Negara yang dah tak mampu di kawal kepuasan hati mereka.


Kalau beginilah tahap pengubah suaian dari segi sistem ekzos, Pisau Kedah tak tahu la sejauh mana tahap kelajuan maksimum yang boleh di capai kereta di atas ini, "Jangan Bunyi Macam Ribut, Lari Macam Siput "dan yang pastinya kalau kereta ini berada di lampu isyarat tak akan ada kenderaan lain di belakangnya.


Kalau pengubah suaian seperti kereta di atas ini di lakukan di Malaysia, yang pastinya pengusaha kedai tayar akan melancarkan mogok besar-besaran bagi menghalang pengubah suaian begini terjadi di Malaysia.

 

Yang ni pasti peminat no 1 makanan McD sehinggakan kasut ikon McD pun di jadikan sumber inspirasi


Kalau yang ni boleh buat JPJ kat Malaysia confius nak tentukan sama ada telefon atau kereta. Nak saman pun pikiq 2,3 kali


Tu dia kereta pun ada kembaq siam. Kalau macam ni punya gaya macam mana pakar nak buat pembedahan pun tak tau la. 



Kesian !!! Kura-kura pun jadi mangsa keadaan untuk memuaskan kepuasan hati manusia.


Inilah akibatnya kalau tuan kereta malas nak cuci kereta. Sampai berlumut di biarkan



Jangan sekali-kali mengikuti kereta ini dari belakang takut sondol belakang. Bagi yang bawa isteri pastikan anda jangan dekati kereta ini, ia akan memudaratkan hubungan suami isteri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog