KUALA NERANG 26 Ogos - Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.
Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.
"Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta.
"Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini.
Beliau berkata, pengambilalihan itu akan memberi kesan kepada pelajar kerana pihak swasta sudah pasti mahu mengaut keuntungan yang tinggi berbanding dengan kerajaan negeri.- BERNAMA
Sebelum ini Pisau Kedah ada menceritakan dalam blog ini bersama satu surat tentang khabar berita Kolej Universiti Insaniah yang bakal di beli oleh Matan CEO Insaniah Holding di sini yang Pisau Kedah petik dari blog Kedah Time. Namun sehingga ke hari ini Kerajaan Negeri hanya mengambil sikap berdiam diri bagi menutup permasalahan ini dari pengetahuan umum.
Di dalam permasalahan KUIN ternyata menunjukan kegagalan Kerajaan Negeri di dalam mengurus tadbir kolej berkenaan.
1 comment:
tak pa.tak pa.
pas buat apa pun tak pa.
dia nak pajak ke,jual ke pada sapa tak pa.
mursyidol am pas kata tak pa.
murstidol am dap kata tak pa.
mursyidol am pkr kata tak pa
depa buat apa tak pa.
jangan orang lain drp depa saja yg tak boleh.
yg depa ketak lutut ialah pada kapal singg saja.
tok guru besak depa.
biak lah kat depa.ikut suka depa lah.
depa dah kaya raya dah.
gaji dan elaun beribu,
rumah besak,
kereta besak.
lepas ni kalau depa kalah pun.
dah sapu pencen beribu.
yg nak mampuih ni peyokong dikampung.
buat ceramah kutip derma.
depa buat harta,
jadi gomen depa yg kaya dgn jawatan macam-macam,
elaun tu,elaun ini beribu.
dulu nampak macam kucing korap,
la ni macam kucing siam.
cakap islam dah makin korang,
depa main-main agama islam.
dalam kg cakap lain,
dalam dewan cakap lain.
dalam parlimen cakap lain.
depan malayu cakap lain.
depan bukan melayu cakap lain.
depa pun bergaya dah la ni.
pi luar negara.
hisap curut mahai-mahai.
dulu kata kat umno.
la ni.
depa pun serupa.
pilih calon ,
jgn pilih parti.
tengok calon dulu.
calon nombot satu.
parti nombot dua.
kalau calon terok,
parti pun terok.
jgn undi,
balik motong lagi baik.
kita tengok sapa calon baguih.
Post a Comment