pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, August 6, 2012

Kesialan Manoharan wakil rakyat DAP cuba mempolitikan kekalahan Datuk Lee Chong Wei


Kita harus berbanga walaupun badminton Malaysia hanya mampu meraih pingat perak di sukan Olimpik 2012 melalui perlawanan diantara Datuk Lee Chong Wei  dan Lin Dan permain badminton Negara China.

Perlawanan yang sengit pada set yang pertama memihak kepada Chong Wei dengan kemenangan 21-15 ke atas Lin Dan dengan masa 26 minit.

Memasuki set yang kedua, Chong Wei terpaksa tunduk kepada Lin Dan dengan kekalahan 21-10 dalam masa 20 minit.

Dalam set yang kedua kita dapat lihat corak permainan yang agresif Chong Wei semakin menurun. Pisau Kedah melihat penurunan corak permainan Chong Wei di sebabkan di belengu permasalahan kecederaan lututnya dan terbaru kecederaan buku lalinya yang di alami ketika menentang Peter Hoeg Gade dalam perlawanan piala Thomas pada bulan lima lepas. 

Selain itu, faktor usia juga memain peranan corak permainan Chong Wei agak menurun pada set yang kedua. 

Setelah kalah di set yang kedua, Chong Wei kembali agresif di set yang ketiga walau pun kemenangan berpihak kepada Lin Dan dengan 21-19 sekali gus merangkul pingat emas perlawanan perseorangan badminton Olimpik dan Chong Wei dengan pingat Perak.

Kesedihan jelas terpapar di raut wajah Chong Wei setelah gagal mengalas harapan Malaysia untuk mendapat pingat emas  walau pun kita lihat usaha yang bersungguh-sungguh di lakukan Chong Wei

Namun apa yang agak mengecewakan Pisau Kedah apabila kekalahan ini cuba di politikan Manoharan, Adun Kota Alam Shah dari parti DAP melalui twitternya dengan menyatakan sekiranya PR memerintah Malaysia selepas PRU 13. PR akan pastikan pingat emas dalam olimpik pada 2016.


Seribu janji boleh di taburi Pakatan Haram, namun perlaksanaannya belum tentu dapat di tunaikan lagi oleh Pakatan Haram yang mempunyai tiga parti yang masing-masing mempunyai agenda yang tersembunyi selain itu dasar perjuangan parti masing-masin juga masih menjadi pertikaian sesama mereka di dalam Pakatan Haram.

Sekiranya tidak sefahaman di dalam Pakatan bagaimana Pakatan mampu nak tadbir Negara dan melaksanakan apa yang di janji di dalam ketiga-tiga parti tidak sefahaman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog