pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, November 24, 2012

Tu Dia !!! Rumah Bernilai RM 3.7 Juta Di Jadikan Ladang Penanaman Pokok Ganja


RUMAH agam dibina dengan ciri silam di Whitworth.

POKOK ganja ditanam di bawah lampu dengan pengedaran udara dari kipas.
POKOK ganja ditanam di bawah lampu dengan pengedaran udara dari kipas.



LONDON: Sebuah ladang ganja yang “canggih dan mewah” ditemui polis di bangunan tidak dijangka sebuah kediaman mewah berciri zaman silam bernilai 750,000 (RM3.7 juta), semalam.

Di rumah mewah itu, polis Britain menemui pokok ganja bernilai 160,000 (RM781,500) yang ditanam di semua tujuh bilik tidur yang ada.

Rumah itu terletak di Whitworth, berhampiran Rochdale.



Bangunan berkenaan yang dikelilingi taman dan tiga ruang tamu, kini ditawarkan untuk dijual pada harga RM3.7 juta.

Ejen hartanah menganggap bangunan itu sebagai unik kerana dibina dengan ciri era zaman Victoria. Jurucakap polis berkata, kira-kira 400 pokok ganja ditemui ditanam dalam rumah itu dan membesar dengan bantuan haba dari lampu dan kipas. Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana disyaki membekalkan pokok ganja itu. - DM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog