pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, November 19, 2012

Gila !!! Nik Aziz Di Beri Kuasa Untuk Menentukan Ahli UMNO Telah Murtad




Demi mahu mempertahankan tindakan ahli PAS melakukan sembahyang hajat dan mendoakan sesama Islam terdiri dari UMNO di hancurkan, Nik Aziz di lihat dalam keadaan terdesak ketika membuat kenyataan

Nik Aziz yang boleh dikatakan dah nyanyok sanggup menganggap UMNO sebagai parti murtad kerana tidak meletakan Islam sebagai dasar dalam parti yang menjadi salah satu punca melayu yang beragama Islam di murtadkan sambil mempertahankan kristian dan paderi-paderi yang memurtadkan Melayu yang beragama Islam.

Sebenarnya sekiranya di kaji semula Nik Aziz bercakap hanya mengikut hawa nafsu tanpa membuat kaji selidik terlebih dahulu bahawa UMNO telah membuang Islam dalam dasar parti.

Ternyata dalam perlembagaan UMNO  Fasal Tiga yang di guna pakai UMNO ada tercatit bahawa UMNO memperjuangkan martabat bangsa Melayu  yang kita semua tahu bahawa bangsa Melayu cukup sinonim dengan agama Islam di Malaysia.

Selain itu dalam perlembagaan UMNO Fasal Tiga juga ada tercatat pada perenggan 3.3 bahawa Asas Dan Tujuan UMNO adalah Menegak, Mempertahankan dan Mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama

FASAL 3 ASAS DAN TUJUAN 

UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita
kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa,
agama dan negara. 
3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. 
3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara,
Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan. 
3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama
rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. 
3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan
mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen
serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera
khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 
3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu)
sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan
Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. 
3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu
bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada
hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu
dan Bumiputera. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog