pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, August 17, 2012

Tu Dia !!! DAP Macam Beruk Kena Belacan Bila Mendengar Filem "Tanda Putera" (Tragedi 13 Mei)



PETALING JAYA, 16 Ogos –  Belum pun filem “Tanda Putera” ditayangkan, pemimpin pembangkang terutama DAP seperti “beruk kena belacan” kononnya mendakwa filem tersebut mempunyai sentimen perkauman dan membabitkan pemimpin DAP terutama dalam babak tragedi 13 Mei 1969.
Pemimpin pembangkang seolah-olah berlumba-lumba mengecam filem tersebut yang disifatkan sebagai alat propaganda Barisan Nasional (BN).
Ternyata dakwaan yang dihambur dan dikecam pemimpin pembangkang jelas tersasar apabila pengarah filem tersebut, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengulangi tidak ada watak seorang pemimpin DAP digambarkan dalam filem itu seperti didakwa sebelum ini.
Justeru beliau yang juga Pengarah Urusan Pesona Pictures Sdn Bhd meminta masyarakat di negara ini menonton terlebih dahulu filem ‘Tanda Putera’ sebelum membuat kesimpulan melulu dan pelbagai tanggapan salah lain.
Jelas beliau sejak treler selama 90 saat dimuat naik menerusi Internet, banyak tuduhan dan dakwaan tidak berasas dilempar oleh pihak tertentu.
“Mereka ini yang bukan peminat filem tempatan cuba mempengaruhi rakyat Malaysia agar memboikot filem itu”, katanya pada sidang media, di sini Rabu.
Beliau turut meminta mereka yang tidak bertanggungjawab melakukan serangan peribadi termasuk ugutan kepada semua pihak berkait dengan filem itu agar menghentikan perbuatan mereka.
Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein, memulihkan keadaan negara selepas peristiwa 13 Mei 1969 ketika keadaan kesihatan beliau tidak memuaskan.
Filem itu juga mengisahkan persahabatan akrab antara Abdul Razak dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang sama-sama berjuang memulihkan negara daripada trauma 13 Mei serta kematian mereka yang tidak diduga.
Filem itu yang dilulus tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem dengan sijil PG13 akan menemui penonton mulai 15 Nov ini.
Antara pelakon yang membintangi filem dengan usaha sama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu ialah Rusdi Ramli yang diberi tanggungjawab memegang watak Abdul Razak, Zizan Nin sebagai Dr Ismail, manakala Faezah Elai memainkan watak isteri Abdul Razak, Tun Rahah Tan Sri Mohamad Noah- Umno Online


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog