Dalam kerugian RM 7.68 Juta yang terpaksa di tanggung Kedah Corporation Berhad (KCB) yang di pengerusikan Azizan Razak, Pisau Kedah tertanya-tanya vendor mana yang di bayar GOODWILL yang bernilai RM4.21 Juta dalam projek Pembalakan dan Peladangan Papua New Guinea ni ?
RM 7.68 juta tu tak termasuk lagi kerugian projek Lembu Azizan yang hendak di bekalkan ke pasaran Indonesia yang di ambil dari Perth, Australia, tak termasuk lagi kos yang terpaksa di tanggung akibat mahu membatalkan projek 99East di Langkawi.
Kalaulah BN yang bagi rugi RM 7.68 Juta tu pasti satu dunia di canangkan, kata BN seleweng la, BN Rasuah la, tapi kalau kena kat muka sendiri tau pulak tak berani menjawap.
Sebelum ini Pisau Kedah dan Team Media Kedah ada mencabar PAS Kedah atau blogger pencacai PAS Kedah mendedahkan siapa yang meluluskan tuntutan pembayaran melebihi RM10,000 dalam KCB, kerana bekas CEO, Akashah Ismail hanya boleh meluluskan tuntutan pembayaran di bawah RM 10,000 dan hanya ahli lembaga pengarah yang di pengerusikan Azizan Razak sahaja yang boleh meluluskan tuntutan pembayaran melebihi RM10,000 melalui Mensyuarat Ahli Lembaga Pengarah, sehingga ke hari ini masih tidak berani menyahut cabaran yang di buat.
Orang lama selalu berpesan "Berani kerana benar, Takut kerana salah". Tak kan kot puak PAS Kedah dan juga blogger pencacai PAS Kedah takut nak tegakan perkara yang di katakan mereka benar ?
No comments:
Post a Comment