Aku gelak sakan bila terbaca satu emel yang dihantar kepada "belogger" pencacai PAS Kedah yang diupah Zul Yahya. Emel tu dihantar semata-mata untuk mengutuk Shahanim, Ketua Puteri UMNO Sg Petani merangkap Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia...
Apa yang puak-puak busuk hati ni tak pernah kata kat Shahanim? Macam-macam depa fitnah dia... Mentang-mentang la Shahanim tu tak pernah nak jawab fitnah yang orang lempar kat dia, depa serang dan tohmah dia macam-macam. Patut ka lagu tu?
Bukan apa, nampak sangat emel tu dihantar untuk memburuk-burukkan peribadi Shahanim. Sapa yang sakit hati sangat kat Shahanim tu? Shahanim tu dah buat apa kat dia? Dan betoi ka apa yang dia tulis kat emel tu?
Lagi satu, awat yang "bekas ahli Puteri UMNO Sg Petani" hantar emel tu kat "belogger" PAS Kedah sedangkan kalau dia tak puas hati, dah tentu dia ada saluran yang lebih baik untuk meluahkan rasa tak puas hati kat Shahanim..kan? Heh!
Dari pembacaan aku, apa yang emel tu kata memang karut! Shahanim dalang memecah belahkan UMNO Sg Petani? Hahahahahaaa..!!! Padahal, Shahanim tu la yang dok kempen untuk Pak Ali dipilih untuk jadi Ketua Bahagian UMNO kat situ...
Setahu aku, Shahanim takdak masalah langsung dengan Pak Ali sampai sekarang. Dia cukup sayang kat Pak Ali sebagai Ketua Bahagian dia. Takdak masalah pun. Dan kalau ada masalah pun sebelum ni, masalah tu dah pun diselesaikan dengan aman...
Aku actually kenal Rosnah Shirlin secara peribadi. Aku pernah tanya dia tentang hubungannya dengan Shahanim. Dia kata Shahanim memang best, bagus dan baik hati. Banyak tolong dia dalam Puteri.
Malangnya, ada pulak yang busuk hati dok cucuk depa sana sini untuk berbalah sesama sendiri. Tapi tu dulu laaa.. Skang ni depa dah macam adik beradik selepas bersemuka lama dulu...heh!
Selalunya pepecahan dalaman UMNO macam ni la yang PAS suka sangat. Kalau depa dapat maklumat macam ni, laju la depa tulis dan siarkan kat "belog" depa. Padahal, belum tentu la benda tu betoi atau tidak, depa main siar saja...heh!
Sebenarnya, setahu aku, Shahanim tu dok layan buat kerja kat area Pantai Merdeka tu lebih 10 tahun. Dia banyak tolong rakyat kat area tu. Kalau pi kat sana, memang ramai orang dok sebut nama dia.
Ni la kot "bukti" depa yang kata Rosnah dan Shahanim "bergaduh" tuuu..heh! |
Klik Sini Untuk membaca selanjutnya.....
1 comment:
Lihat sahaja dimana-mana perhimpunan samada perhimpunan umum umno mahupun Pilihanraya. Ramai gadis2 melayu umno berpakaian yang menonjolkan bahagian2 sensitif. Tarbiyah tiada kepada mereka oleh pemimpin. Malah ada dikalangan mereka tidak menjaga aurat kepala mereka. idola dari isteri pemimpin umno. Jangan salahkan orang lain. lihat diri sendiri.
Post a Comment