pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Sunday, November 4, 2012

Panas !!! Kenyataan Rasmi Chua Soi Lek Berkenaan Hudud Versi PAS Telah Memalukan PAS



Kenyataan penuh DS Chiua Soi Lek di bawah sudah pasti akan mematikan sandiwara 'double standard' dan pembohongan pemimpin-pemimpin DAP dan PAS untuk menyelamatkan diri sendiri.

Beberapa perkara penting yang dinyatakan di antaranya ialah isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam.


Satu lagi perkara yang jelas menunjukkan putar belit Nik Aziz ialah kenyataan di bawah. Jika kita kaji kembali permulaan isu Soi Lek dan MCA yang kononnya menghina Islam, kita akan dapati bahawa kenyataan mereka merujuk kepada kenyataan beremosi Nik Aziz yang berkata 'padanlah dirogol jika tidak tutup aurat'.

Apabila kenyataan itu menjadi panas, Nik Aziz mengeluarkan satu lagi kenyataan untuk tutup cerita ini. Nik Aziz berkata bahawa kenyataan beliau itu merujuk kepada orang Islam sahaja! Macam itu pula!

Apakah Nik Aziz juga bermaksud Hukum Hudud pun akan diasingkan bergantung kepada agama rakyat itu?

Tetapi kenyataan di bawah lain pula! Sila baca :
Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto PAS 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. 
“Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam.
MiM berminat dengan kaedah penulisan di bawah yang banyak membantu jentera media alternatif seperti MiM untuk menguatkan lagi fakta dan hujah untuk berdepan dengan media alternatif pro-pembangkang.

MiM berharap agar lebih banyak lagi kenyataan seperti di bawah daripada kepimpinan UMNO, MCA, MIC dan Barisan Nasional selepas ini.

Jika ada sahaja yang digoreng dan dimainkan oleh pemimpin Pakatan pembangkang, pemimpin-pemimpin BN turut membantu menjawab isu tersebut. Bolehkah?

Sila baca di bawah :
KENYATAAN RASMI PRESIDEN MCA MENGENAI ISU HUDUD VERSI PAS 
1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud PAS bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia. 
2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari dari Pertubuhan Ilmuan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan dari beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar
3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi PAS, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk ( PAS ) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama ( Islam ). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik ( PAS ) itu adalah agama Islam. 
4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak,Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap Hudud versi PAS pula Pakatan RAKYAT hendak melibatkan Yang di Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri. 

 Baca selanjutnya :- Dr MiM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog