pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, November 6, 2012

Panas !!!! Berita Baik Untuk Golongan Bujang Yang Terlajak


Website Persatuan Bujang Terlajak Malaysia
Klik sahaja cari jodoh di enjin carian Google, pelbagai entri akan terpapar memenuhi monitor komputer anda.

Situasi ini menunjukkan pentingnya medium maya dalam membantu mencari pasangan hidup biarpun diperkatakan pasangan ditemui menerusi medium ini sering dikatakan tidak setia.

Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan ALLAH SWT. Milik kita hanya usaha.

Jadi, berusahalah dengan baik. ALLAH pasti tidak akan mengecewakan kita.

Berpegang pada prinsip usaha itu, Hairie Effendy Daud, 30, menubuhkan Persatuan Bujang Terlajak Malaysia (PeBTM) yang bermatlamatkan, untuk membantu anda mendapatkan jodoh.

Ketika memulakan perbualan, Hairie sama sekali tidak lokek menceritakan ideanya tercetus kerana kegagalan sendiri dalam melakar kisah percintaan dengan insan tersayang.

Menurutnya, kekecewaan yang dilalui sangat pedih. Dari situlah timbul idea Hairie untuk menyatukan semua insan senasib dalam page PeBTM yang ditubuhkan secara rasmi pada 2009.

“Hari pertama page dibuat, beratus-ratus orang like.

"Dari situ saya sedar ramai orang alami nasib sama malah ada yang lebih teruk,” katanya.

Hairie  kemudian membuka laman khas Facebook Jodoh Oh Jodoh (JOJ) pada 2010 untuk ahli yang serius mencari pasangan.

Page ini, katanya, hanya dikhususkan kepada ahli terpilih dari Facebook dan Tagged PeBTM, Fanzilla dan Wordpress Blog serta laman rasmi PeBTM di http://ketuajabatankeselama.wix.com/pebtm.


Proses penapisan ahli

HAIRIE memberitahu bahawa setakat artikel ini ditulis, laman Facebook terbuka PeBTM mendapat 4,231 likes. Manakala laman khas JOJ mempunyai 120 ahli terpilih.






“Alhamdulillah setelah menyatukan mereka dalam satu laman, pelbagai kisah suka duka dapat dikongsi.
"Ini bermakna saya berjaya membuktikan Facebook sebagai antara platform jodoh yang berkesan,” katanya.
Menariknya mengenai laman khas ini, Hairie berkata, ia melalui satu proses rumit dikendalikan 10 ahli jawatankuasa pentadbiran (admin).
Mereka yang dibenarkan masuk ke dalam page JOJ adalah mereka yang melepasi proses penapisan.

“Untuk dijemput ke page JOJ, anda perlu like atau mendaftar di laman PeBTM atau Facebook PeBTM. Dari situ segala maklumat peribadi anda akan diproses oleh admin.
“Admin akan tentukan sama ada anda boleh diserap ke page JOJ atau tidak. Proses ini perlu bagi mengelak penipuan status perkahwinan dan kewangan,” katanya.
Ditanya mengenai kekangan daripada pihak yang mempertikaikan penubuhan persatuan ini, Hairie menjawab “Tipu kalau saya katakan tak ada. Setiap perjuangan ada ranjau dan durinya.
Bersesuaian dengan slogan ‘kami bantu satukan, anda usaha, ALLAH penentu segalanya,’ kami yakin penyatuan yang dipantau ini akan membuahkan hasil pertemuan jodoh.
“Kesetiaan pasangan adalah atas diri sendiri. Jika setia dan jujur dijadikan landasan perhubungan, Insya-ALLAH akan ke jinjang pelamin,” katanya.


Pilihan raya admin JOJ

PILIHAN raya admin adalah proses di mana pemilihan admin secara demokrasi dijalankan untuk memikul tanggungjawab mentadbir dan menguruskan sepenuhnya semua laman berkaitan PeBTM. Seperti persatuan lain, PeBTM juga mempunyai proses penamaan calon.

"Admin yang dipilih sekurang-kurangnya mempunyai masa lebih dari 100 jam atau 20 hari bersama JOJ.

"Ia berlaku apabila kerusi admin telah dikosongkan atas sebab pelucutan atau pelepasan jawatan atau tindakan tatatertib," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa gembira apabila ditemukan jodoh tersebut.
“Kami berkenalan dalam masa sebulan dan merancang untuk berumah tangga pertengahan tahun hadapan. Doakan yang terbaik, ya?” katanya mengakhiri perbualan.


Umumkan jika bertemu pasangan

BAGI pasangan Azanell Akmal Danish, 32, dan Naily Akmal, 24, pertemuan antara mereka berdua di laman JOJ telah mencipta hubungan istimewa.

"Setelah menemui pasangan, ahli perlu mengumumkan perkara itu di page dan seterusnya akan dikeluarkan.

"Tetapi memandangkan pada pilihan raya admin baru-baru ini saya mendapat undian kedua tertinggi.

"Saya dikekalkan dan dilantik menjadi pemerhati page," kata Aza.

Ikhlas dalam perhubungannya Aza memaklumkan hajatnya untuk menyunting Naily telah pun disuarakan kepada keluarga terdekat dan mereka tiada halangan.

"Kami sedang membuat persediaan ke arah perkahwinan dan berharap ia berjalan lancar.

Masa mula-mula masuk page ini dulu saya memang berniat mencari pasangan.

"Lagipun umur dah masuk 30an dan saya nekad mahu akhiri zaman bujang," katanya.
Sementara itu, Naily yang menyertai laman JOJ pada awal tahun ini tidak menyangka akan menjalin hubungan serius dengan seseorang memandangkan dia hanya suka-suka mahu menyertai laman ini.

Graduan Diploma Akauntan di Universiti Multimedia ini mengakui hubungan sesama ahli JOJ amat akrab malah setiap masalah boleh dikongsi dan diselesaikan bersama- Sinar

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog