pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, November 26, 2012

Panas !!! Akibat Kerakusan Azizan Razak Di Kedah Rakyat Kian Sengsara



Akibat pembalakan membabi buta, rakyat yang menanggung akibatnya. Itulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Landai Melaka. Jambatan yang mereka pohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui YB Datuk Tajudin ADUN Belantek, musnah serta merta akibat banjir lumpur bercampur balak buruk.

Jambatan yang mereka pohon selama 3 tahun lebih bersusah payah, berulang kali memohon kepada ICU akhirnya musnah tak sampai 5 minit. Memanglah banjir dan bencana alam ni ketentuan illahi, namun kita manusia yang merosakkan segalanya.

YB Tajuddin diserbu wartawan dan orang kampung yang mengadu nasib

Gambar jambatan yang roboh, musnah akibat banjir lumpur dan balak batang buruk Azizan
Pisau Kedah dan Team Media Kedah turut bersimpati dengan penduduk kampung Landai Melaka. Bila terjadi perkara sebegini, pada siapa yang perlu kita salahkan?

Sebelum ada pembalakan yang membabi buta, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Air sungai boleh diseberang dengan hanya 'meredah' sahaja. Kini, akibat pembalakan yang tidak terkawal, penduduk kampung yang menjadi mangsa.

Air sungai bercampur lumpur menjadi banjir lumpur apabila bukit bersebelahan kampung yang ditebang balaknya turun dengan laju. Sudah la bercampur lumpur, turun dengan laju, membawa sekali balak-balak tua yang dibuang merata tempat oleh pembalak.

Sungguh bahaya, sungguh mencemaskan. Pisau Kedah ada buat sedutan gambar yang diambil oleh orang kampung pada masa kejadian.

jambatan sudah roboh dihadapan tetapi masih elok dibelakang

jambatan dihentam oleh sampah balak!

hampir musnah!

Terus musnah!!

Bahayanya, selamatlah pada waktu kejadian, tiada orang kampung yang mengunakan jambatan berkenaan. Tiada yang cedera atau kehilangan nyawa. Inilah akibat kalau kerajaan negeri tidak pandai menguruskan negeri. 


1 comment:

anoymous said...

Oleh itu jangan lupa undi pas lagi pru 13....padan muka "hampa" semua...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog