pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Wednesday, November 7, 2012

Gempar !!! Teloq Azizan Razak Di Picit Setpolnya Dalam Isu SUK



Sebelum ini Pisau Kedah ada mendedahkan perancang sebenar yang menghasut ahli majlis lantikan politik supaya mendesak Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (SUK), Datuk Rasli Basir meletak jawatan Di Sini.


Di sebalik pergolakan yang terjadi kita telah mengetahui perancang sebenar yang menghasut ahli majlis supaya bangkit menentang SUK. Namun sejauh mana pendirian Azizan Razak dengan kenyataanya bahawa tindakan yang di ambil SUK adalah mengikut garis panduan yang di tetapkan.

Kini yang menjadi persoalannya mengapa Azizan Razak tidak berani berhadapan dengan ahli majlis yang mendesak SUK meletakkan jawatannya sedangkan Azizan sendiri yang akui tindakan yang di ambil SUK mengikut garis panduan yang di tetapkan.


Politik PAS Kedah terus bergolak apabila beberapa pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan secara berterusan memberi tekanan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah Datuk Rasli Basir agar meletak jawatan. Beberapa demonstrasi diadakan oleh pihak ini bagi memaksimakan tekanan dengan harapan Datuk Rasli akan meletakkan jawatan, atau Menteri Besar Kedah serta DYMM Sultan sendiri akan mengambil tindakan sewajarnya.

Blog-blog penyokong PAS di Kedah juga turut membantu usaha ini dengan memburuk-burukkan Datuk Rasli. Berbagai teori dibentangkan lengkap dengan kisah-kisah sebalik tabir yang digambarkan dari berbagai sudut. Walaubagaimanapun, sudut penceritaan adalah terpulang kepada kepentingan para blogger yang menulis kisah tersebut.

Bagi menjustifikasi tentangan mereka terhadap Datuk Rasli, blogger PAS ini sanggup berkata apa saja termasuk menggambarkan exco Kedah Phahrolrazi yang menimbulkan kontroversi kerana terlalu gilakan jawatan MB sehingga sanggup menentang Azizan secara terbuka, sebagai dibeli oleh Datuk Rasli di padang golf untuk menggantikan Azizan dan seterusnya menjadi MB boneka UMNO!

Jika itu belum cukup untuk membuatkan kita terkesima, maka blogger PAS juga secara terang-terangan menuduh pihak istana juga telah dibeli oleh Datuk Rasli!

Antara kenyataan dari blogger PAS ialah, “Dato Rasli bijak dalam main jarum halus. Kerabat2 pihak Istana dia dah kawai, dah sokong dia untuk terus jadi SUK. Baguslah sebab kerana budi digadai body. Dato Phahrol pun depa dah beli di padang golf,berpelok2 dgn Man Saad. Sekarang depa minta Dato Phahrol perjatuh Ostat supaya Dato Phahrol jadi MB, jadi boneka UMNO.”

Di kala Kedah sedang berhadapan dengan pendedahan audit yang menggambarkan kelemahan serta masalah korupsi dan kronisme yang kronik di negeri itu, tumpuan PAS terhadap isu SUK ini amatlah membingungkan.

Sepatutnya, semua pihak mendesak siasatan dilakukan terhadap semua projek-projek yang bermasalah yang terdedah dalam laporan audit bukannya sibuk menjatuhkan orang itu dan orang ini atas alasan-alasan yang rambang.

Apa yang dapat difahami dari semua tekanan yang diberi terhadap Datuk Rasli ialah, ianya berpunca dari tindakan beliau menukar Ahmad Fisol Md Nor, Pegawai Daerah Kubang Pasu ke Kuala Muda. Ahmad Fisol atau Hj. Fisol yang terkenal sebagai ‘pensimpati’ PAS sejak zaman pemerintahan BN lagi telah lama menyimpan dendam kerana merasakan bahawa jawatan SUK itu sepatutnya menjadi miliknya berdasarkan sokongan beliau kepada PAS selama ini.baca seterusnya .....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog