Saya telah mengarahkan peguam-peguam saya, Tn Hanipa Maidin dan Tn Hj Sulaiman Abdullah untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian, serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya tempoh hari.
Saya tidak merelakan fitnah akidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi keadilan.
Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai, merangkap Naib Presiden KEADILAN
Dalam kenyataan tersebut si anak Pak Nuar ni menyatakan bahawa "Rakyat tidak harus dipaksa menganut sesuatu agama dan ini juga harus terpakai kepada orang Melayu" setelah di ajukan pertanyaan berkenaan kebebasan agama dalam forum tersebut.
Si anak Pak Nuar sememangnya sudah tidak mampu mempertikaikan isu ini kerana kenyataannya itu pihak pertama yang mengeluarkan kenyataannya itu adalah pihak portal pro Pakatan Haram, Malaysiakini dan satu laman blog 1christians namun telah di padamkan artikel tersebut setelah di arahkan.
Tujuan Si Anak Pak Nuar mahu menyaman Utusan dan para-para blogger pro BN yang sensasikan isu ini di lihat seolah bertujuan mahu menutup mulut para blogger dan media pro kerajaan dari bercakap soal kenyataan yang di lakukannya tempohari yang kini menjadi satu isu yang kontroversi.
Si anak Pak Nuar ni harus menerima hakikat bahawa yang mengeluarkan berita berkenaan kenyataannya itu adalah portal pro Pakatan Haram, Malaysiakini.
Kalau nak di ikutkan Si anak Pak Nuar kena terlebih dahulu menyaman portal terbabit sekiranya menganggap apa yang panas di perkatakan ini adalah satu fitnah kepadanya.
Sekiranya Si anak Pak Nuar ni tak berani nak saman porta Malaysiakini, tak payah la si anak Pak Nuar nak bercakap soal Kebenaran dan Keadilan di sebalik isu kontroversi ini.
2 comments:
25 ERYNIapa kata nurul saman dirinya sendiri dulu,sebagai sumber berita,dan malaysiakini sebagai penyebar pertama berita tu.
Ya betul tu, aku sokong si budak bengap tak bertempat tu menyaman dirinya dahulu kemudian saman malaysiakini.Ha........ha...
Post a Comment