SUBANG JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar mahu orang Melayu diberi kebebasan penuh untuk memilih agama mereka, sekali gus membayangkan mereka harus diberi kelonggaran memilih agama selain Islam.
“Tidak harus ada paksaan di dalam agama. Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.. ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum),” kata Nurul dalam wacana anjuran sebuah pergerakan Kristian semalam.
Perundangan di Malaysia mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.
Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang Melayu yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.
Nurul berucap di wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?.”
Kenyataan Nurul itu dijangka mengundang reaksi daripada pertubuhan bukan kerajaan, malah PAS sendiri yang mahu isu mengkristiankan orang Islam ditangani secara serius.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa Islam memandang serius isu murtad, lantaran parti itu amat serius dalam isu-isu akidah.
Nurul membayangkan isu-isu seperti pengkristianan orang Melayu boleh ditangani dengan mengasah keimanan penganut Islam itu sendiri.
"Walaupun saya bersekolah di Assunta yang mempunyai salib besar di dewannya …saya tidak terpengaruh (dengan ajaran Katholik,” kata beliau.
Aktivis dan peguam Malik Imtiaz memberitahu wacana itu bahawa hak asasi orang Islam amat terjejas di Malaysia.
“Kita alpa bahawa dalam polemik ini (kebebasan agama), mangsa utama adalah orang Islam kerana...orang ramai nampaknya tidak berminat untuk mengupas kebebasan penganut Islam.
"Tidak ada sesiapa yang akan melarang seorang Katolik untuk ke gereja Protestant di negara ini. Tetapi pada masa sama untuk pemerintah, hanya wujud satu bentuk Islam...jika anda tidak mengamalkannya anda adalah penganut ajaran sesat,” ujar beliau.

No comments:
Post a Comment