Tuesday, August 28, 2012

Panas !!! Mat Sabu Ketakutan Setelah Di Sergah Keluarga Allahyarham Tun Gafar Baba

Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.
Ahmad dan Zainon (kanan) ketika sidang media di rumahnya, semalam.

MELAKA - Ahli keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mahu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menarik balik kenyataannya berhubung dakwaan mengatakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan menyertai Pas sekiranya masih hidup, sama seperti anaknya Tamrin.

Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika menyampaikan satu ceramah di Bukit Katil, Melaka pada 12 Ogos lalu, dan kandungan ceramah itu turut disiar di laman blog bertajuk, 'Jika Tun Ghafar umur panjang, dia pun masuk Pas'.

Menantu Allahyarham Tun Ghafar yang juga Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.

“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.

“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak  relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.

Isteri kepada Ahmad Hamzah yang juga anak kepada Tun Ghafar, Datin Zainon Ghafar turut menafikan dakwaan Timbalan Presiden Pas itu yang kononnya ada melakukan lawatan ke rumah bapanya ketika pemimpin itu sedang sakit teruk.

Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.

“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.- SH-




Pisau Kedah :-

Mat Sabu ni pakai main hantam cakap saja tanpa mengira sensitifviti yang perlu dia jaga. Memang patut pun dia di gelar Mat Komunis sebab perangai pun macam komunis tak pedulikan hal orang lain.

Dalam maklum balas kenyataan itu, Mat Sabu enggan mengulas lanjut setelah keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba mendesak Mat Sabu menarik balik kenyataan yang telah di lakukannya.

Pisau Kedah hairan kenapa yang Mat Sabu takut sanggat nak mengulas sedangkan dia sendiri yang kata " Kalau Bekas Timbalan Perdana Menteri ( Allahyarham Tun Ghafar Baba ) masih hidup ia akan menyertai PAS seperti anaknya Tamrin ".

Kalau betul apa yang di perkatakan kenapa nak takut pulak mempertahankan apa yang di perkatakannya tak perlu la berdiam diri ketika di desak keluarga Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Kalau ikut dari segi logik la, tak mungkin Allahyarham Tun Ghafar Baba akan bersama dengan Pakatan sebab di dalam Pakatan ada Anwar Ibrahim.

Tak Mungkin Allahyarham akan bersama-sama orang yang menjatuhkan keriar politiknya di dalam UMNO satu ketika dahulu.

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!