Laporan Pemberian Sebenar Kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang disahkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia 2010 dan 2011. Ini tidak termasuk peruntukan khas bekalan air bersih RM 549 juta, wang ihsan petronas RM 41 juta, pembiayaan telaga tiub dan bekalan air luar bandar RM 300 juta lebih. Jelas bahawa Kerajaan Pusat (BN) tidak mendiskriminasi Kelantan...kalau tak puas hati, boleh semak dgn Jabatan Audit Negara...
Baru-baru ini ketika berkesempatan beraya di Kelantan, penulis sempat terdengar satu lawak antarabangsa yang cukup kelakar. Katanya setelah 22 tahun memerintah Kelantan, akhirnya Kerajaan PAS berjaya menyiapkan sebuah jambatan flyover merentangi Sungai Kelantan bagi mengatasi masalah kesesakan di jambatan lama.
Punyalah sengal puak-puak khawarij hijau ini. Tidakkah mereka tahu yang flyover tersebut merupakan inisiatif UMNO ketika di bawah kepimpinan Tun Lah dahulu?!! Itulah jadinya apabila hidup berfantasikan sorga. Kerja orang lain pun duk mengaku diri sendiri yang buat.
Namun, apa yang ingin penulis persoalkan di sini adalah, di manakah janjinya Lebuhraya Rakyat yang dikatakan hendak dibina itu?!! Ketika mahu balik ke KL, penulis dan ribuan lagi rakyat Kelantan terpaksa mengharung 3-4 jam kesesakan lalu lintas sejauh lebih 100KM dari KB ke K. Krai. Bertambah sakit hatinya, dalam kepanasan tersangkut dalam jem tersebut, boleh lagi puak-puak hijau karat ini gantung banner promosi projek Lebuhraya Rakyat itu sepanjang jalan.
Namun begitu, PAS tetap tidak malu menabur janji untuk ke Putrajaya pula. Sedangkan selama 22 tahun sebuah negeri pun GAGAL ditadbir urus dengan baik, bagaimana mereka ini semua masih boleh bermimpi untuk memerintah sebuah negara?!!
Kalau pun boleh menang, cukupkah kerusi PAS untuk menjadi peneraju Kerajaan Persekutuan yang baru. Kerana kalau mengikut kira-kira logik, kalau pun benar BN akan tumbang, PAS hanya mampu untuk menguasai Kedah, Kelantan dan mungkin Pahang. Selebihnya akan dikuasai oleh DAP/campuran cina PKR. Suka atau tidak, ini realitinya.
Jadi kalau PAS hanya mampu menguasai negeri-negeri Melayu yang kurang maju, adakah CINA DAP/PKR yang kaya-raya akan mempunyai belas ehsan untuk menyalurkan bantuan pembangunan sepertimana yang BN berikan selama ini?!! Hanya mereka yang biasa bekerja di bawah tauke-tauke cina kaya yang boleh bagi jawapan yang tepat. Sedangkan ibubapa sendiri pun mereka boleh buang. Inikan pula orang Melayu miskin yang tidak memberikan apa-apa keuntungan kepada mereka?!!
Jadi PAS fikirlah kembali masak-masak, adakah perjuangan mereka untuk ke Putrajaya itu sebenarnya jihad untuk membunuh diri. Kerana sejarah telah membuktikan PAS selamanya GAGAL menjadi pentadbir dan penguasa Kerajaan yang baik.
*Rasa-rasanya jumlah bantuan kewangan tahunan BN kepada Kelantan jauh lebih besar daripada jumlah royalti minyak yang dituntut oleh PAS. Lagi pun, ketika minyak hendak didaratkan di bumi Kelantan pada tahun 2004, mereka juga yang tolak Petronas untuk uruskannya. Kata ada syarikat sendiri. Bila syarikat tersebut lingkup sepertimana Kohilal, sudah tentu Thailand akan menuntut haknya untuk mendaratkan minyak tersebut di bumi mereka setelah kebenaran cari gali diberi dan hasil dibahagi dua.
Sumber :- My Massa
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!