Dilihat dari luar, dengan tajuknya memang bagus beserta dengan ilustrasi kartun! Orang tengok pun rasa nak beli apatah lagi budak-budak sekolah. Memang pun! Buku ni memang ditargetkan pada budak-budak sekolah. Mungkin senang sikit kot kerja depa nak lariskan jualan buku, seperti mana jualan / pameran buku kat sekolah.
Buku ini telah dicopkan sebagai perosak akidah selepas diteliti oleh salah seorang guru semasa syarikat haram itu mengadakan jualan di luar sekolah. Menurut seorang guru sekolah itu -
" Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT.
Buku ini telah dicopkan sebagai perosak akidah selepas diteliti oleh salah seorang guru semasa syarikat haram itu mengadakan jualan di luar sekolah. Menurut seorang guru sekolah itu -
" Penjual buku ini menjual buku-buku ini di luar kawasan sekolah saya tanpa kebenaran pihak sekolah. Kandungan buku ini dicurigai saya apabila seorang murid tahun dua dengan tekun dan asyik membaca buku KISAH MALAIKAT.
Setelah meneliti kandungan buku itu, saya mendapati penerbit buku ini dengan secara terus terang dan sengaja memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran wajah malaikat ole
h penganut ajaran Kristian.
Pihak sekolah telah bertindak merampas buku-buku yang dibeli oleh murid-murid dan satu tazkirah berkaitan unsur licik yang menyalahi akidah Islam telah diadakan selepas waktu rehat bagi menerangkan kepada murid-murid tentang niat jahat musuh-musuh Islam ini.
Laporan polis telah dibuat oleh saya bersama Guru Besar di Balai Polis Majidi, Johor Bahru.
Kepada para guru dan ibu bapa diharap mengawasi sumber bahan bacaan anak-anak kita agar tidak tergelincir akidahnya. Harap ambil perhatian dengan penjual buku yang menggunakan nombor pendaftaran WRV 4072 (dipercayai nombor palsu), kereta jenis Produa Myvi berwarna Kelabu.
Jika ternampak dengan kelibat penjual-penjual buku ini, sila hubungi pihak polis untuk menahan penjual ini dan seterusnya rujuk penjual yang ditahan kepada Jabatan Agama Negeri.
Saya tak dapat menahan penjual buku ini yang menjual secara haram di hadapan sekolah kerana belum sempat anggota polis peronda sampai, mereka dengan segera telah melarikan diri. Harap info ini dipanjangkan kepada seluruh sahabat pendidik dan muslim sekalian. "
Edaran kertas promosi Koleksi Buku Macam-Macam Ada yang menjual koleksi buku perosak akidah...berselindung disebalik nama buku akademik dan Islam.
Muka hadapan buku Kisah Malaikat memaparkan gambar "angel" yang dianggap sebagai lakaran malaikat oleh penganut ajaran Kristian.
Lakaran Nabi Musa pergi ke Bukit Tursina dalam buku "Kisah Malaikat" yang menyesatkan akidah umat Islam.
TERJEMAHAN YANG MENYESATKAN AKIDAH : Dalam buku Himpunan Doa Harian : Terjemahan ayat kursi bermula dengan ayat "Manusia raja manusia. Sembahan manusia.
Unsur khurafat dalam buku "Di Alam Kubur" yang menceritakan tentang hantu penanggal. - Tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak.
SURAH AL-IKHLAS DI SAYAP MALAIKAT : Gambaran seekor burung sedang terbang sambil membawa utusan di kaki membawa mesej gambaran malaikat sedang terbang menyampaikan wahyu.
UNSUR MENYESATKAN AKIDAH KANAK-KANAK ISLAM DALAM BUKU "TAFSIR MIMPI" - Jika anda bermimpi makan daging anjing, tanda segera mendapat halangan besar.
More at : Cikgu Rahmat
gua link bro, tq
ReplyDelete