pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Monday, August 13, 2012

Panas Gila !!! Kerana Mahukan Perhatian PAS Sangup Bersolat Di kaki Lima



PUTRAJAYA, 12 OGOS - Tindakan ahli parti PAS yang mengadakan solat di kaki lima Precint 15, menyebabkan beberapa penduduk tampil meluahkan rasa kekesalan mereka akibat tindakan PAS yang dilihat mahu menunjuk-nunjuk kepada masyarakat sekitar Putrajaya.
Seorang penduduk yang ditemui kru Putrajaya-Online Rashid Manaf 36, mempersoalkan tindakan ahli PAS yang bersolat di kali lima sedangkan terdapat banyak surau serta masjid-masjid di sekitar Putrajaya.

"Solat secara berjemaah memang sesuatu yang dituntut oleh agama, namun tindakan PAS bersolat di hadapan premis perniagaan di Precint 15 ini sebenarnya telah menganggu urusan penduduk, kerana khemah yang dibina telah menghalang laluan pejalan-pejalan kaki"

"Adakah Majlis Perbadanan Putrajaya membenarkan mereka membina khemah di laluan tersebut, kerana tindakan itu sebenarnya menghalang laluan pejalan kaki, malah setahu saya markas mereka (PAS) di tingkat dua terdapat ruang yang luas untuk mengerjakan solat" katanya.

Suria 22 tahun, pekerja kedai serbaneka dalam reaksinya berkata "kenapa mereka solat di kaki lima, setahu saya banyak surau dan masjid yang ada di Putrajaya. Malah jarak dari sini tidak sampai 5 minit perjalananan, perbuatan mereka ini seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk, sedangkan dalam Islam kita tidak digalakkan riak dengan setiap ibadah yang kita lakukan".
Precint 15, Putrajaya yang menempatkan beberapa premis perniagaan serta pejabat-pejabat syarikat swasta itu merupakan lokasi tumpuan warga sekitar Putrajaya setiap kali cuti hujung minggu kerana di kawasan tersebut terdapat premis seperti Mydin, Domino's Pizza serta beberapa restoran lain.

Pemerhatian kru Putrajaya-Online pula mendapati markas PAS di tingkat 2 terdapat ruang yang cukup luas mengadakan solat secara berjemaah manakala terdapat sebuah surau lain berdekatan markas mereka, iaitu Surau Ar-Rahman yang terletak di Precint 16 yang mana hanya memakan masa 5 minit perjalanan. - editor/PjO




Pisau Kedah :-

Pisau Kedah tak berani la nak kata sembahyang yang di lakukan pihak terbabit sah atau tidak, hanya Allah S.W.T yang maha mengetahui. Tapi yang membuat Pisau Kedah musykil kenapa tidak di lakukan di dalam bangunan yang di sediakan seperti di markas mereka atau di surau berhampiran yang nyata muat untuk berjemaah bersama-sama.

Apa yang di lakukan puak otak hijau ni seolah-olah nak menunjuk-nunjuk akan solat mereka sedangkan Allah S.W.T tidak menyuruh hamba ciptaanya menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak di dalam bersolat.

Agak meyedihkan apabila hanya kepentingan politik Umat Islam berpecah sehingga terbawa-bawa ke solat

4 comments:

Anonymous said...

Saudara,seeloknya wlaupon kamu brbeza idalogi tp brlpang dadalh dlm bab agama..
Xda slhnya mereka solat stu..riak??sapa yg nmpak..brsgka baik la..mgkin itu jln nk dkwah org lain..kt kaki limapom boleh solat..xsmesti g msjid..nk gtau senangnya agama Allah..
nk mnunjuk??
Mmg kita kna tunjuk..zahirkn syiar islam..klu bkn org islam yg zahirkn eloknya agama ni..sape lagi???tggu kristian??

Kamu dok kecoh bnda ni..aku rs mrugikn..pk n suluh ngn agama la dlu bro sblm jadikn modal politik sempit..

Kt kg org asli klu pndkwh Islam msuk..mmg sntiasa kt adakn solat kt luar..kt pdng..tepi jln..biar org kg trtrik..wlaupon ada je surau tp sorangpon xpegi..

Realiti skrg lebih 80% org puasa tp xsolat bro..
Dahlh pakai kepala lutut nk main politik..

Anonymous said...

Gambar ini menunjukkan jemaah bersembahyang bukan di musolla tetapi ditempat awam, menyusahkan orang awam dengan direntangi kain bendera politik. Nampak sangat nak solat pun guna bendera politik. kalau aku, lebih baik aku solat disurau daripada dipandang semacam oleh orang ramai sebab kemudahan ada, lainlah kalau terdesak atau di medan perang. Husnuz zon sajalah..

Anonymous said...

Memang riak pun, kalau ikhlas, apa perlu bendera politik direntang. Jelas ini brtujuan politik!

bekas undi pas said...

Bro Tanpa Nama 13 Ogos 2012 6:55 PG. Dalam artikel di atas aku dapat faham dan aku akui memang terdapat surau yang berhampiran kenapa tidak di gunakan sepenuhnya ? apa tujuan bersolat di kaki lima? tak logik kalau tak ada bersebab bersolat di kaki lima berhadangkan bendera politik.

Aku nak tekankan di sini Islam tidak membenarkan riak di dalam bersolat !! kenapa kau nak pertahankan dengan mengatakan x da slhnya mereka bersolat satu riak. Kenapa kau nak menghalalkan perkara yang di tegah?

Kau jangan samakan dakwah yang di lakukan pendakwah islam terhadap orang asli. Pendakwah itu berdakwah untuk Islam. Kalau PAS pulak tentu ada agenda politik. Kerana PAS adalah parti berkepentingan politik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog