Rakyat di Kedah berbilang bangsa sudah menolak Anwar,,ini menunjukan anwar dah tak releven menjadi pemimpin,,sikap Anwar yang suka bermain konspirasi menjadi perangkap kepada dirinya sendiri.
"Kerana ketamakan kedudukan Anwar telah mengheret rakyat ke dalam masalah peribadi yang dia hadapi,dan di dalam konspirasi untuk menutup kesalahnya BN menjadi mangsa."
Dan kini kaum india Sungai Petani juga sudah menyedari bertapa bahayanya Anwar terhadap perpaduan sesama kaum.
SUNGAI PETANI, 27 Jan (Bernama) -- Jawatankuasa
Pengurusan Kuil Sri Subramaniam Swami Devasthanam
di sini Jumaat membuat laporan polis bagi membantah
kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar
Ibrahim di kuil itu pada 7 Feb depan sempena perayaan
Thaipusam.
Pengerusi Pengurusan kuil itu S. Dorai Singam berkata
pihak kuil membantah sekeras-kerasnya kehadiran
Anwar bagi menjaga ketenteraman awam selain
memelihara keselamatan masyarakat Hindu pada
perayaan Thaipusam, yang ditakuti boleh terjadi perkara
tidak diingini.
"Bimbang kerana lebih 100,000 orang akan hadir...apa
akan berlaku sekiranya pergaduhan antara parti politik.
Siapa akan bertanggungjawab terhadap keselamatan
orang ramai dan penganut," katanya kepada pemberita
selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis
Daerah (IPD) Kuala Muda.
Dorai Singam berkata pihaknya juga tidak menerima
sebarang permohonan daripada Parti Keadilan Rakyat
(PKR) berhubung kehadiran penasihat parti itu ke kuil
berkenaan selain e-mel yang menyatakan Ketua
Pembangkang itu akan hadir memberi ceramah di kuil
itu.
"Mereka tidak memohon kebenaran daripada pihak
pengurusan kuil. Untuk ceramah dan masuk kuil kita
tidak akan benarkan...hari itu hari keagamaan untuk
sembahyang, bukan untuk ceramah-ceramah politik dan
kita tidak mahu apa-apa ceramah dalam kawasan kuil
sebab jawatankuasa tak jemput dan bantah sekeras-
kerasnya," katanya.
Katanya beliau berharap pihak polis mengambil
tindakan sewajarnya bagi menghalang kehadiran Anwar
ke kuil bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku.
No comments:
Post a Comment