Anwar saman Utusan RM50 juta
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman fitnah RM50 juta
terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan
Melayu) berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar -
Hassan tiga hari lalu.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan
Daim & Gamany di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di
sini.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa,
akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Januari lalu di muka
hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak
serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.
Selain Utusan Melayu, Anwar yang juga Ahli Parlimen
Permatang Pauh menamakan Ketua Pengarang Kumpulan
Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing sebagai
defendan pertama dan kedua.
Menurut Anwar selaku plaintif, akhbar Utusan Malaysia
pada tarikh yang sama di muka surat 10, di bawah tajuk
Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak , pihak defendan
telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta
menerbitkan perkataan fitnah.
Dakwanya lagi, pihak defendan telah membuat tuduhan
yang sama dalam akhbar tersebut untuk beberapa hari
sebelum penerbitan pada 17 Januari lalu.
Bagi Anwar, perkataan fitnah itu dalam makna asal dan
biasa merujuk kepadanya dan membawa maksud antara
lain dirinya tidak layak memegang jawatan sebagai Ketua
Pembangkang, seorang pemimpin Muslim yang mempunyai
pandangan yang tidak selari dengan ajaran Islam atau
menyeleweng.
Anwar menyatakan, ia juga menggambarkan dirinya tidak
mempunyai reputasi yang baik serta seorang rendah moral.
Plaintif berkata, perkataan fitnah itu berasaskan kepada
temu ramah antara beliau dengan BBC.
Namun Anwar menyatakan, bagi majoriti Melayu Muslim di
Malaysia, perkataan-perkataan itu secara khususnya bahawa
dirinya berniat untuk membenarkan homoseksualiti.
Perkataan fitnah tersebut, kata Anwar, telah menjejaskan
kedudukannya dalam politik dan reputasinya secara peribadi
serta mendatangkan kesengsaraan kepada keluarganya.
Anwar sehubungan itu antaranya menuntut ganti rugi RM50
juta serta ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang tidak
dinyatakan jumlahnya selain perintah injunksi bagi
menghalang pihak defendan daripada terus menerbitkan
perkataan fitnah tersebut.
Inggatkan Anwar nak saman Eskey tentang China Doll,,Pisau Kedah hairan la kenapa Anwar tak berani saman Eskey,,sedangkan kes china doll lebih menjatuhkan moral dia sebagai ketua dalam pakatan haram.
Apakah Anwar mempunyai Agenda lain menyaman Utusan??,,seperti yang kita sedia maklum,,lidah-lidah rasmi pakatan haram mendapat sambutan yang semakin berkurangan,,kerana berita yang di sampaikan tidak telus,,apakah tujuan Anwar menyaman Utusan satu konspirasi,kerana bimbangkan penerimaan rakyat terhadap utusan yang semakin meningkat,,???
Mungkin benar apa yang di perkatakan ramai orang,,tak rugi Anwar di bebas dari hukuman,,tapi tak bererti Anwar bebas dari perlakuannya itu,,kebebasannya itu menjawap segala fitnah yang sebelum ini di lemparkan pakatan haram terhadap BN,,mengangap BN mempengaruhi Mahkamah,,,di sebalik kebebasan Anwar Ibrahim adalah satu bonus bagi BN yang di tuduh pakatan haram.walau pun dari segi luarannya pembebasan Anwar di katakan kemenangan kepada pakatan haram,,tapi dari segi dalaman pakatan haram,,pakatan haram sudah kalah teruk.
5 comments:
Masuk bakul angkat sendiri da....ada juga orang yang mengaku berak ditengah jalan ye
dia ada teloq.dia simpan untuk juburi .kadang kala di juburi macam di selatan kedah.orang kuat umno ja lah.
cuba baca harakah mc N8 Nasional.Mamak Kadiak Sheh Fazir kata apa Taktik Bom masa pilihanraya oleh BN-UMNO.
apa komen hangpa semua.
apa yg kader sheikh fadzir kata tu betui la..pesen orang kita semua lagu tu. dah tak laku sgt, keluaq habih benda dlm kain dia ceghita ka oghang. cuba la ni kader ni masih jd menteri BN, dia nak ceghita ka benda yg dia terlibat? katok mampuih dia tak habaq.
orang2 pr seronok dok jaja ceghita kader yg dah terkeluar adari arus politik perdana! apahal dgn pengakuan2 rahimi, bapak rahimi, adam lokman, chandra muzafar & beratus2 orang yg tinggalkan anwar?
selain dengaq kata kader sheikh fadzer yg dah tertinggai ketapi ni, nak kena dengaq jugak apa kata depa yg dah lama kenal anwar tu! paling mengesankan dengaq apa kata AYAH RAHIMI, EN OSMAN!!
Harakah?? apa tu Harakah??.tak kenal apa itu harakah!!!
Post a Comment