Apa yang ketua bahagian UMNO Kuala Kedah buat ni memalu pakatan haram saja,,sebelum ni puak-puak pakatan haram kata UMNO Bahagian tidoq,sekarang terjawap la
Umno Kuala Kedah Agih 2,000 Kotak Limau Kepada Masyarakat Tionghua
ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) -- Umno Kuala Kedah mengagih-agihkan 2,000 kotak limau Mandarin kepada masyarakat Tionghua melalui program tahunannya sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.
Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri merangkap ketua Umno Kuala Kedah, Datuk Latt Shariman Abdullah 'turun padang' mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah menyerahkan 'lapan biji limau' yang dibungkus sebagai simbolik untukmemeriahkan sambutan Tahun Baru Cina.
"Sehingga kini saya telah pergi lebih 5,000 buah rumah selain mengagihkannya kepada orang ramai di pasar-pasar malam dan peniaga-peniaga di Kuala Kedah serta pekan-pekan kecil," katanyakepada pemberita selepas menyerahkan 150 kotak limau kepada pasukan Bomba Sukarela Kota Sarang Semut di sini, malam tadi.Katanya program pengagihan buah lima itu telah dimulakan sejak dua minggu lepas.Hari ini, Latt Shariman yang juga Penyelaras Parlimen Kuala Kedah meneruskan program penyampaian buah limau kepada masyarakat Cina di taman-taman perumahan di Kuala Kedah.
No comments:
Post a Comment