pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Tuesday, January 29, 2013

Panas !!! Pemecatan Ustaz Nasha Bercangah Dari Garis Panduan Parti PAS


Ramai yang terkejut dengan tindakan yang di ambil Majlis Syura Ulama PAS memecat Ustaz Nasha dari memegang  jawatan keanggotaan dalam Majlis Syura Ulama PAS. 
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut. 

Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. 

“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. 

Pengesahan ini diumumkan sejurus Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini. 
Sebelum ini, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib dirinya. 

Ianya berikutan kenyataan beliau yang menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud. 

Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan beliau. 
Sambung baca SINI 
Pisau Kedah berani kata, pemecatan Ustaz Nasha dari jawatan dalam Majlis Syura Ulama PAS sebenarnya ada tekanan dari pihak luar yang mahukan Ustaz Nasha di jatuhkan dalam PAS supaya kelantangan Ustaz Nasha bersuara di dalam memertabatkan Islam tidak merosakan perhubungan antara PAS dan parti lain dalam Pakaran Haram.

Sekira hendak di ikutkan, pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama PAS sebenarnya tidak mengikut sistem garis panduan sebenar sepertimana yang berlaku terhadap Hasan Ali yang di pecat dari PAS.

Hukuman di jatuhkan dengan tidak di beri ruang untuk membela diri !!!

Menurut kenyataan, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada 07 September 2012. " Pemecatan ahli Majlis Syura Ulama PAS bukannya di bawah bidang kuasa Majlis Syura Ulama PAS. Parti PAS mempunyai sistem untuk memecat ahlinya iaitu melalui Lajnah Displin PAS dan ianya perlu di perbincangkan terlebih dahulu sebelum tindakan di ambil. ".

Apa yang dapat kita lihat pemecatan Ustaz Nasha dari Majlis Syura Ulama PAS sebenarnya tidak mengikut garis panduan yang di tetapkan dalam PAS, Majlis Syura Ulama PAS tidak berhak menggugurkan ahlinya sendiri sebelum keputusan di perbincangkan dalam Lajnah Displin PAS.

PAS kini di lihat lebih suka mengambil tindakan terburu-buru di dalam membuat keputusan seolah-olah ada pihak yang mempunyai kuasa memberi tekanan kepada pentadbiran parti PAS.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog