Sungguh membanggakan apabila saya mendapat tahu bahawa anak-anak Felda yang baru berumur belasan tahun telah diraikan dan diberi peluang keemasan untuk berada di England selama lebih tiga minggu bagi menimba pengalaman dari kelab bolasepak, Cardiff City.
Melalui Akademi Bolasepak Felda Kuantan yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu, sekumpulan remaja Felda telah di bawa ke sana oleh pemilik kelab bolasepak tersebut, Tan Sri Vincent Tan, untuk merasai pengalaman baru di sana.
Paling menarik, mereka begitu teruja dan bangga apabila melihat nama “Malaysia” tertulis di jersi kelab milik hartawan negara itu, melambangkan keharuman nama tanahair telah tersebar ke persada antarabangsa.
Begitulah di antara pengalaman yang dikongsi bersama beberapa remaja yang mengikuti program latihan bolasepak yang bermula pada 6 November lalu ketika ditemubual media sekembalinya mereka ke tanahair.
Melihat dari perkembangan yang berlaku terhadap anak-anak remaja Felda ini, nampaknya Felda bukan sahaja telah berkembang dari sudut pembangunan ekonominya.
Malah dari sudut kemajuan sukan dan pembangunan modal insan yang lebih luas pengalamannya turut menjadi salah satu transformasi yang dapat dilihat berlaku di dalam fasa pembangunan keseluruhan Felda.
Melihat perkembangan positif ini, saya terbayang pula wajah Mazlan Aliman yang masam mencuka setiap masa bersama ANAK yang sering menjadi “tunggangan” politik busuk hati pengacau Felda nombor satu negara itu.
Mazlan Aliman selalu menganjurkan pelbagai siri demonstrasi jalanan, khususnya di depan ibu pejabat Felda. Kononnya dia mendapat sokongan dari para peneroka di seluruh negara.
Tapi bila dilihat sari sudut kehadiran peserta demonstrasi yang menyertai Mazlan Aliman, boleh dikatakan tidak lebih dari 10 orang peneroka saja yang mampu “dikeldaikan” petualang Felda itu. Manakala selebihnya hanyalah orang PAS dari luar Felda yang menyebok saja.
Pendek kata, Mazlan Aliman seolah-olah “syok sendiri” pula dengan “kekuatan”nya yang tak seberapa itu dan dia sebenarnya tidak mempunyai jiwa positif untuk bergerak maju melakukan perubahan kepada kehidupan anak-anak Felda.
Apa yang anak-anak Felda dapat kalau ikut Mazlan Aliman berdemo? Kalau setakat sebotol air mineral, sebungkus nasi kandar dan duit minyak motor RM10, rasanya lebih berbaloi jika anak-anak Felda itu tolong ibubapa mereka usahakan tanah rancangan.
Sekurang-kurangnya mereka dapat upah setimpal, keluar peluh sihat dan dapat pahala besar membantu membanting keringat menolong ibubapa mereka di kampung, bukan?
Lagipun saya percaya, banyak lagi aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah yang boleh dilakukan anak-anak Felda di sana. Malah, ada pula di kalangan mereka yang bernasib baik terpilih untuk luar negara seperti di Akademi Bolasepak Felda Kuantan itu, kan?
Anak-anak Felda sebenarnya sudah jauh maju ke depan. Hanya Mazlan Aliman dan “ANAK”nya yang masih terkebelakang dan kadang-kala mundur seribu tapak ke belakang. Semuanya gara-gara Mazlan Aliman yang ajar mereka…
Anak-anak Felda juga sudah berjaya ke luar negara melalui program-program Felda. Tapi Mazlan Aliman jangankan nak bawak “ANAK”nya ke luar negara, dia sendiri nak masuk tanah rancangan Felda pun dihalau para peneroka!
Nampak sangatlah Mazlan Aliman hanya membawa kecelakaan dan perkara negatif kepada seluruh warga Felda. Dari depan ibu pejabat Felda di Kuala Lumpur, hinggalah ke tanah-tanah gugusan Felda di seluruh pelosok negara, Mazlan Aliman tidak habis-habis membuat angkara.
Persoalannya, sampai bila? Sampai bila kita mahu membiarkan “parasit tegar” ini membawa “virus berpenyakit” kepada masyarakat Felda? Tolaklah Mazlan Aliman, saya yakin Felda akan aman selamanya, kan?
Sumber :- Mykmu
No comments:
Post a Comment
Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!