Thursday, February 14, 2013

Tahniah Pemuda PAS Negeri Kedah Yang Sanggup Mempertahankan Azizan Razak



Walaupun berbeza pandangan politik dengan Pemuda PAS Negeri Kedah, Pisau Kedah nak ucapkan Tahniah kepada Pemuda PAS Negeri Kedah kerana berani ke hadapan ( walaupun 10 hari sudah berlalu ) untuk mempertahankan Azizan Razak, selaku Menteri Besar Kedah yang di kritik hebat oleh segelintir penyokong PAS yang terlalu extrem dalam berpolitik.





Pisau Kedah akui sering mengkritik kelemahan Azizan Razak di dalam mentadbir negeri. Tapi tidak la sehingga sanggup menganggap Azizan Razak seorang yang sial, tidak la sampai Pisau kedah anggap Azizan Razak seorang yang kafir.

Bagi Pisau Kedah sial atau tidak seseorang tu, kafir atau tidak seseorang tu ianya di tentukan Allah S.W.T dan bukannya di tentukan makhluk ciptaanya.

Apa yang Pisau Kedah dapat lihat, agak keterlaluan segelintir ahli PAS yang extrem kepada politik menghina Azizan Razak. Pisau Kedah yang berbeza pandangan politik dengan Azizan Razak pun sakit hati apabila mengetahui Azizan Razak di Sialkan oleh mahasewel Khalid Ismath yang mengakui dirinya berpegang pada ajaran fahaman syiah.

Yang paling Pisau Kedah agak terkejut adalah dengan sikap segelintir penyokong PAS di dalam kumpulan YB Nasir Mustafa, sanggup kafirkan Azizan Razak hanya kerana Azizan Razak menghadirkan diri ke program Kerajaan Pusat " My Baeutiful Malaysia " dengan berpakaian IM4U.

Rasanya tidak keterlaluan la Azizan Razak memakai baju IM4U kerana 1M4U ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan jaminan di bawah Akta Syarikat 1965 yang mempunyai pasukan pengurusan membawa profesional oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif. Ahli pengurusan yang berpengalaman, mempunyai kepakaran yang relevan dan yang paling penting sekali, mempunyai hati dan semangat untuk aktiviti sukarela akan memastikan kemapanan dan keberkesanan 1M4U.


1 comment:

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!