Di Malaysia, Umat Islam di kejutkan dengan tuntutan Lim Guan Eng semasa berucap pada perayaan Hari Natal yang lalu di Pulau Pinang apabila menuntut agar penggunaan kalimah Allah di benarkan guna pakai di dalam Bible.
Sebagai pencacai dalam Pakatan Haram, PAS yang mengaku memperjuangkan Islam di lihat menganggap perkara ini hanya isu kecil berbanding keuntungan politik sekiranya mereka masih berterusan menjadi penjilat DAP.
Dalam kenyataan terbaru pemimpin DAP Perak Ngeh Koo Ham melalui akaun twitternya telah menyatakan bahawa parti PAS telah membuat keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam di dalam Bible.
Apa yang dapat di lihat, keputusan PAS membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam adalah berunsur keuntungan politik pada PRU13 nanti.
Sebagai Umat Islam, kita sepatutnya mempertahankan penggunaan kalimah Allah kerana sekiranya di benarkan penggunaannya di dalam Bible maka padahnya akan di terima Umat Islam generasi akan datang di dalam mempertahankan akidah Umat Islam.
Bagi yang masih lagi tidak memahami mengapa Umat Islam perlu mempertahankan kalimah Allah dari di guna pakai dalam Bible, Ustaz Fathul Bari telah memperjelaskan melalui ceramah perdananya di Kupang, Baling.
Sekiranya ada yang beranggapan penjelasan yang di beri Ustaz Fathul Bari berunsurkan politik keuntungan kepada UMNO, mari pulak kita mendengarkan penjelasan dari Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Harun Din berkenaan penggunaan kalimah Allah.
No comments:
Post a Comment