pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Friday, January 18, 2013

Gila !!! Ibubapa Seorang Pelajar Mengamuk Di Balai Polis Hanya Kerana Anak Di Ubah Kelas


Manusia sekiranya nafsu sudah dapat menguasai akal fikiran sememangnya manusia itu akan bertindak seperti orang bodoh walaupun mempunyai ilmu, pengalaman dan jawatan tinggi dalam hidupnya.

Begitulah hakikatnya yang boleh di tuju kepada pasangan doktor yang mengamuk hanya di sebabkan anak mereka di tukar ke kelas lain di Balai Polis Subang Jaya, kelmarin .


Berang anaknya ditukar ke kelas lain, sepasang suami isteri masing-masing berusia 40 dan 35 tahun yang juga doktor ‘mengamuk’ di Balai Polis Subang Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, pasangan terbabit turut dilapor memaki hamun dan mengugut pegawai serta anggota polis menyebabkan suasana di balai polis berkenaan kecoh.

Berikutan itu, pasangan terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.

Difahamkan, pasangan sama dilaporkan pernah ‘mengamuk’ di sekolah anaknya lebih enam kali sejak 2010 namun berjaya ditenangkan dengan kehadiran polis.

Bagaimanapun, dalam kejadian kelmarin, polis tidak lagi mampu bertolak ansur dengan pasangan terbabit yang bukan saja memaki hamun sebaliknya mencabar serta mengugut pegawai serta anggota polis di balai polis berkenaan. (petikan Harian Metro).

Apa yang dapat Pisau Kedah fahamkan sudah enam kali pasangan terbabit mengamuk sejak tahun 2010 di sekolah anak mereka belajar kerana tidak puas hati kepada pengurusan sekolah.

Kalau Pisau Kedah jadi cikgu pun, Pisau Kedah tak sanggup nak ajar anak murid yang ibu bapanya berfikir mengikut nafsu. Pastinya Pisau Kedah akan tolak ke kelas lain sebab tidak mahu mengambil risiko untuk berhadapan dengan ibu bapa seperti itu.

Bagi pendapat Pisau Kedah, anak pasangan terbabit pasinya merasa tertekan dengan sikap ibu bapanya itu sehinggakan pemikirannya jadi kusut dan tidak dapat tumpukan pada pelajaran.

Oleh kerana tidak dapat tumpukan pada pelajaran, anak pasangan terbabit mendapat keputusan yang kurang memuaskan dan terpaksa di ubah ke kelas lain pada tahun berikutnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog