Kelmarin, cybertrooper Pakatan Haram termasuklah lidah rasmi keldaian daily dengan bangganya mengatakan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin telah kalah dan menarik balik kenyataannya terhadap Anwar Ibrahim dalam kes saman RM 100 Juta yang telah di failkan Anwar Ibrahim pada 07 September 2007 yang lalu.
Sedangkan hakikatnya Anwar Ibrahim sendiri yang menarik balik saman tersebut .
SHAH ALAM – Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak menarik balik kenyataannya berkenaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi cuma berkata apa yang dipetik itu tidak betul dan tidak tepat.
Menurutnya, beliau berpuas hati kerana Anwar meminta kes ini diselesaikan tanpa kos dan dengan permohonan maaf.
“Ya, beliau tarik balik samannya tanpa kos atau minta saya mohon maaf. Saya cuma perlu kata, saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam akhbar dari ucapan saya.
“Beliau yang saman, beliau minta diselesaikan. Mungkin sebab tidak mahu perbicaraan penuh sebab ada implikasi terhadap beliau,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya lagi, beliau turut bersetuju kerana tidak mahu membuang masa di mahkamah kerana terdapat tugasan-tugasan lain yang lebih penting.
Kes saman fitnah RM100 juta difailkan oleh Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.
Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
Pagi semalam, Anwar mencapai penyelesaian dalam kes fitnah RM100 juta beliau ke atas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
Perkara itu dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Tapi MENAFIKAN yang KJ telah bercakap tentang Anwar tuu...samalerr juga MENGAKU KALAH!! Ertinyer, KJ juga tak ada telog....Aku dah hilang respect kat budak niiii!!! Tak kan monang kau kek Rombau doh!!!
ReplyDelete