Thursday, January 17, 2013

Panas !!! Majlis Fatwa Pakatan Haram Di Bidas Di Kedah





laporan polis

Disebabkan geram dengan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, si Guan Eng, Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap tiga pemimpin parti pembangkang berkenaan cadangan menggunakan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu.

Laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kota Setar itu dibuat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang Dipertua PSGM Kedah, Mansor Ahmad (3 dari kanan) yang mewakili NGO terbabit berkata laporan itu menuntut pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap ketiga-tiga mereka bagi memastikan perkara itu tidak berulang.

Empat pertubuhan berkenaan adalah Pertubuhan Silat Garuda Malaysia (PSGM), PSGM Kedah serta Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kota Setar dan Kedah.

Mereka juga mahu mendengar pendirian Lim selepas Pas menarik balik sokongan mereka terhadap saranan Lim dan keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang.

Apakah Dap akan melenting? Atau mereka sudah berkira-kira untuk buat 'plan' baru bagi menghadapi pilihanraya.

Hinggalah kehari ini, Dap masih lagi tidak memberi komen mengenai hal ini.


Sumber :-Kedah Ke Kl

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!