Ramai yang dah agak dah, pastinya golongan PAS yang tidak mempersetujui penggunaan kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu seperti mana tuntutan DAP akan hilang teloq untuk mempertahan ketegasan pendirian mereka demi Islam sekiranya Presiden mereka, Hadi Awang mempersetujui dan memberi kebenaran kepada DAP.
Antara golongan yang menentang tuntutan DAP adalah Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Tantawi, Ulama-Ulama PAS serta Timbalan Mursyidul Am PAS.
Namun tindakan Ketua Pemuda PAS menentang Tuntutan DAP hanyalah boleh di ibaratkan umpama " Anjing yang menyalak bukit ", bukit tak runtuh tapi anjing yang menyalak bukit pula di palu tuannya sehinggakan terpaksa anjing itu menurut kehendak tuannya.
Di bawah ini merupakan kenyataan terbaru, Ketua Pemuda PAS setelah, Presiden PAS, Hadi Awang membuat keputusan selepas selesai bermuzakarah dengan majlis Fatwa Pakatan Haram yang di Ketuai Anwar Ibrahim membenarkan kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu seperti mana yang di tuntut DAP.
Ketua Pemuda PAS,"Berhubung kalimah Allah itu, saya sudah tidak boleh memberikan sebarang komen. Presiden telah keluarkan kenyataan, jadi kita anak buah ni...fullstop (berhenti dan akur).
"(Keputusan) itu sudah dibincangkan dalam (mesyuarat) PAS Pusat. Maknanya apa yang dia (Presiden) kata itu, muktamad dan mewakili parti," ujarnya dengan nada kecewaSudah jelas dan terang, PAS sanggup mengadaikan Islam, sangup menjadi penjilat demi keuntungan Politik setelah bersama dengan DAP dan PKR.
Bayangkanlah kalau Pakatan Haram berjaya mentadbir Negara Malaysia, apakah nasib yang bakal menimpa Umat Islam sekiranya pihak yang mengaku mempertahankan Islam dalam Pakatan Haram menjadi pengadai Islam kerana Politik dan Jawatan.
1 comment:
Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan
Daripada Abu Bakar RA katanya, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini:
• •
105. Wahai orang-orang Yang beriman! jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu Yang dilarang oleh Allah). orang-orang Yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa Yang kamu telah lakukan.
(005. Al Maa-idah : Ayat 105)
Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka dengan azab.”
Riwayat: Abu Daud, at-Tirmidzi dan An-Nasaie
Sumber :
http://www.islam.gov.my/e-hadith/mencegah-kezaliman-dan-kemungkaran-suatu-kewajipan
Post a Comment