Friday, January 11, 2013

Tu Dia !!! Di Sebabkan Isu Kalimah Allah, Blogger Pakatan Haram Desak PAS Pecat Ulama PAS Yang Menentang


Dalam isu Kalimah Allah, Pakatan Haram kian berpecah teruk. Bayangkan blogger pencacai Pakatan Haram sanggup mendesak PAS gugurkan Ketua Dewan Syura Ulama PAS, Haron Taib, Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din dan Bekas Timbalan Presiden PAS dan Ustaz Nasharudin Mat isa kerana menentang keputusan yang telah di buat Pakatan Haram berkenaan isu Kalimah Allah di dalam Bible Versi Bahasa Melayu yang di tuntut DAP.

Di bawah merupakan artikel yang di tulis dalam satu laman blog pro Pakatan Haram  (klik sini) yang mendesak, Haron Taib, Tuan Guru Haron Din dan Ustaz Nasha di pecat


AWAL lagi penulis sudah sebutkan bahawa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat untuk membincangkan soal penggunaan kalimah Allah di Gereja yang diadakan semalam, adalah satu tindakan yang hanya membuang masa, kerana seperti dijangka, keputusannya adalah keputusan yang sama seperti mana 2 tahun lepas.

Cuma yang sedikit membantu ialah ‘pencerahan’ dari PAS sendiri, lahir dari mulut Presidennya, Datuk Seri Abd Hadi Awang bahawa PAS bersama-sama dengan PKR dan DAP menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja ini, terutama sekali dalam kitab Bible berbahasa Melayu.

Penulis yakin, semasa artikel ini sedang ditulis, kitab yang penulis maksudkan itu sudah mula dicetak untuk digunakan bagi menarik orang Melayu mendalami dan memahami ajaran Kristian di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Tapi secara jujurnya penulis masih bimbang dengan bantahan dari ahli PAS peringkat bawahan dan segelintir pemimpin di atas, terutama yang menganggotai Majlis Syura Ulama, kerana dari apa yang penulis difahamkan, tidak semuanya setuju dengan keputusan semalam.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan sebarang percanggahan dan kekeliruan dimasa depan, Pakatan Rakyat telah mencadangkan kepada PAS agar memecat pemimpin dan ahli mereka yang membantah keputusan semalam. Pakatan Rakyat tidak mahu kekeliruan sama seperti yang berlaku sepanjang 2 tahun lepas, berulang semula.

Sudah ditetapkan bahawa PAS menerima perkataan Allah digunakan oleh pihak Gereja pun 2 tahun lepas pun, masih ada lagi suara yang tidak bersetuju, kononnya mewakili parti tersebut.

Maka itu tindakan tegas telah diputuskan akan diambil ke atas pemimpin dah ahli PAS yang masih berdegil.



Penulis bersetuju dengan cadangan tersebut kerana pemimpin seperti Datuk Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Nasharudin Mat Isa dan Datuk Mustapha Ali adalah antara pemimpin utama PAS yang kita tahu mempunyai pendirian bercanggah dengan keputusan yang dibuat semalam.

Tuan Ibrahim umpamanya, adalah pemimpin PAS pertama yang menyanggah kenyataan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mana dalam perutusan hari Krismasnya, menyeru kerajaan BN supaya membenarkan nama Allah digunakan di Gereja.

Walaupun hanya pemimpin berpangkat rendah (dilantik, bukan dipilih), tapi kedudukannya sebagai Ketua Penerangan PAS, telah menyebabkan kekeliruan dan ketakutan di kalangan masyarakat bukan Islam amnya dan penganut agama Kristian khasnya.

Selepas persetujuan yang diberikan Hadi semalam, penulis tidak pasti dengan pendirian rasmi semua pemimpin yang disebutkan namanya di atas. Walau apa pun ia, penulis tidak peduli dan mahu tindakan keras diambil kalau ada di antara mereka yang masih membantah kalimah Allah ini dari digunakan di Gereja.

Pecat dan singkirkan mereka dari parti itu. Biar mereka cari makan dengan kerja lain dan tidak menyusahkan Pakatan Rakyat apabila masing-masing memberikan kenyataan bercanggah dengan pendirian rasmi kita.

Harun Din sebagai contoh, semua orang tahu sudah jadi jutawan hanya dengan menjual air putih yang boleh mengubat penyakit, penulis tidak rasa tanpa jawatan Timbalan Mursyidul Am itu, Harun Din akan papa kedana.

2 comments:

  1. Harun Din sebagai contoh, semua orang tahu sudah jadi jutawan hanya dengan menjual air putih yang boleh mengubat penyakit, == jgn buat fitnah atas wali bro.. laknat ko nt.. ni bukan taraf nik aziz ko nak kutuk2 die..

    ReplyDelete
  2. Harap jgn la dikutuk2 mcm tu. Harap penyokong PAS dapt berfikir dgn baik situasi yg berlaku hari ni. Jgn buat2 pejam mata, pekakkn telinga dan mengambil apa yg dipersetujui dgn DAP/PKR sbg keputusan yg lebih baik dari majlis syura atau majlis fatwa kebangsaan. Sebhg ulama PAS berjuang betul2, bkn atas dasar kepentingan poltik, tapi ada juga ulama PAS yg sudah tenggelam dek kerana kepentingan politik. Skrg ni kita dh boleh nmpk ulama tulen dan ulama' Ular Semak. Kebenaran makin terserlah. Doa lah KO utk sama2 org islam, pastu ejek2 kata UMNO dh takut/gelabah....tpi hari ni...lihat apa yg dh jdi kt PAS sendiri. Makin haru biru/bercelaru. Itu lah akibat doakn keburukan utk orang islam lain. Harap Ustaz Haron Din amik pendekatan berani, sanggah amanat hadi dulu, berusaha kembali pereratkn persaudaraan PAS/UMNO. Keluarkn kembali hukum supaya ahli2 PAS dpt semula pencerahan atas sikap2 yg terhasil akibat amanat hadi tu. Jgn diam shj. Tolong lakukn sesuatu.

    ReplyDelete

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!