Friday, January 11, 2013

Panas ( Orang PAS Patut Baca ) !!! Kalimah Allah, Ulama-Ulama PAS Sudah Di Buang Oleh Hadi Awang



Pisau Kedah agak pening la dengan pendirian PAS dalam keputusan isu Kalimah Allah yang di tuntut DAP. Siapa sebenarnya yang mewakili pendirian parti PAS yang sebenarnya ?

Ketua Dewan Syura Ulama PAS, Harun Taib atau Presiden Parti, Hadi Awang ?

Sebab kedua-dua pemimpin ini mempunyai pendirian yang berbeza di dalam membenarkan kalimah Allah di guna pakai dalam Bible Versi Bahasa Melayu sepertimana yang di tuntut DAP.

Sebelum ini, di dalam membuat satu keputusan parti berkenaan Islam, selalunya PAS akan bermuzakarah di dalam Dewan Syura Ulama PAS. Tetapi apa yang berlaku dalam isu tuntutan kalimah Allah oleh DAP, Hadi Awang langsung tidak merujuk perkara ini ke Dewan Syura Ulama PAS, sebaliknya Hadi Awang bermuzakarah dengan Majlis Fatwa Pakatan Haram yang di ketuai Anwar Ibrahim.

Apakah dalam keuntungan poitik, PAS sudah membuang Ulama-Ulama PAS dengan membelakangi Dewan Syura Ulama PAS yang sebelum ini di megah-megahkan PAS mengatakan mereka bersama para Ulama.


SHAH ALAM: Ketua Dewan Syura Ulama PAS, Datuk Harun Taib menegaskan parti itu tidak akan bersetuju dengan sebarang cubaan  untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible. 
Harun berkata, walaupun penggunaan kalimah Allah dibolehkan untuk bukan Islam namun kalimah suci itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada Bible versi bahasa Melayu. 
"(Penggunaan kalimah Allah) bukan tak boleh diguna pakai (oleh penganut Kristian tetapi), saya rujuk kepada kenyataan Lim Guan Eng nak pakai dalam kitab Bible, nak tukar kalimah 'God' kepada kalimah Allah yang itu saya tak setuju,” beliau memberitahu Antarapos.  
Dewan Syura Ulama PAS akan bermesyuarat Sabtu ini untuk mengupas isu berkenaan yang semakin terpasak dalam politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.  
Kenyataan terbaru Harun itu ditunggu-tunggu setelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam menegaskan kalimah Allah boleh digunapakai oleh agama lain, sekali gus membayangkan beliau bersetuju ia digunakan dalam Bible Kristian.  
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencetuskan semula kontroversi itu apabila mendesak Putrajaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung.  
Beberapa buah negeri termasuk Selangor menetapkan kalimah itu hanya boleh digunakan oleh penganut Islam demi mengelakkan kekeliruan dan pertikaian agama.  
Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menegaskan kalimah Allah adalah untuk umat Islam sahaja dan menolak gesaan Guan Eng untuk ia digunakan dalam Bible.  
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor dilihat meremeh titah di raja itu apabila menuduh Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai tidak adil dalam dalam menjalankan tugasnya.  
Harun berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut selepas mesyuarat Majlis Syura Sabtu ini.  
"Saya tak akan buat komen baru kecuali lepas mesyuarat (Majlis Syura), sebelum mesyuarat saya tak komen. Komen (saya) yang lalu masih kekal,” kata beliau.
Bulan lalu, Harun berkata penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.  
“Agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali menggunakan kalimah suci itu, apatah lagi untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu,” katanya. 

Sumber antarapos

No comments:

Post a Comment

Komen dengan mengunakan akal bukan dengan lutut!