pisaukedah@gmail.com

sekiranya anda mahu berkongsi maklumat atau menyumbangkan artikel sila emailkan kepada Pisau Kedah.-Terima Kasih- pisaukedah@gmail.com

Catatan Popular

Rakan di blog

Saturday, January 5, 2013

Rahsia Kesedapan Gulai Daging Rias Pisang Yang Perlu Anda Tahu

aaaa9.jpg

Walaupun musim cuti sekolah sudah berakhir beberapa hari yang lalu, tetapi ianya tidak menghalang majlis perkahwinan di adakan..

Pagi tadi Pisau Kedah bersama bapa saudara Pisau Kedah dari Baling di minta memasak gulai daging yang cukup populor di Baling iaitu " Gulai Daging Rias / Umbut  Pisang " di satu kenduri di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Selalunya di Baling, Pisau Kedah bersama bapa saudara memasak menggunakan kayu api kerana gulai yang di masak menggunakan kayu api lebih cepat lembut dan rasa gulainya lebih sedap kerana ramuan rempahnya cepat mesra berbanding menggunakan dapur gas. Namun apakan daya apabila di minta memasak di kawasan pekan yang mempunyai kawasan memasak yang cukup terhad dan bahan kayu api yang susah untuk di perolehi. Oleh itu terpaksa la menggunakan dapur gas.

Untuk pengetahuan semua, sesetenggah orang selalu menyebut nama gulai berkenaan, "Gulai Daging Batang Pisang" tapi ianya adalah sebutan yang salah, mereka tidak menyedari bahawa bahan yang di gunakan bukan la batang pisang tapi sebaliknya ianya " Rias Pisang / Umbut Pisang " ( bahagian lembut dalam batang pisang). Untuk mengambil " Rias Pisang / Umbut Pisang " yang berkualiti tinggi, seseorang itu kena pandai memilih Pokok Pisang yang mempunyai " Rias Pisang / Umbut Pisang " kerana tidak semua Pokok Pisang yang di ambil mempunyai Rias / Umbut.

Pokok Pisang yang di pilih untuk di ambil mesti la mempunyai pucuk daun pisang yang masih bergulung daunnya yang keluar dari pelepah.

Jenis-jenis Pokok Pisang yang di pilih selalunya dari jenis Pisang Batu kerana ianya mudah di perolehi di Baling. Namun jenis Pisang lain juga boleh di gunakan terutamanya Pisang Hutan tetapi ianya tidak memenuhi citarasa yang di inginkan.

Paling utama yang membuatkan masakan gulai berkenaan rasa sedap adalah penggunaan kuantiti krisik dan jenis rempah yang di gunakan untuk memasak. ( Selalunya akan di rahsiakan tukang masak ).

Jangan terkejut sekiranya gulai yang di masak berbeza dengan gulai yang selalu di masak, bagi "Gulai Daging Rias / Umbut Pisang" seharunya memasukan BELACAN BAKAR ketika mengaul rempah bersama krisik bagi menambahkan kesedapannya.

Kenikmatan " Gulai Daging Rias Pisang " sememangnya menu yang paling di cari-cari sekiranya berkunjung ke majlis perkahwinan di Baling.

aaaa1.jpg

aaaa2.jpg

aaaa3.jpg

aaaa4.jpg

aaaa6.jpg

aaaa5.jpg

aaaa7.jpg

aaaa8.jpg

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Artikel Tekini Media Kedah


Sumber Rujukan: Tutorial Create Recent Post Blogspot | Anastasyea Blog

Pisau Kedah Blog